Sabtu, 26 Ogos 2017

NOVEL TANPA KONFLIK IBARAT MASAKAN TAK SEMPURNA



SESEBUAH novel yang ditulis tanpa konflik ibarat satu masakan yang tidak sempurna. Secara luaran ua nampoak menarik. Tetapi apabila dirasa, ia tidak ada rasa masin, tidak manis malam tawar seolah-olah tidak ada perencah.

Walaupun bahan-bahan asasnya ada dan cukup tetapi jika sesuatu masakan tidak ada bahan perasa atau perencah, masakan itu tidak akan sempurna dan sedap. Sekali orang mencuba, orang tidak akan mencuba kali kedua.

Peraturan mencetus dan menyelesaikan konflik. Konflik harus dibina secara bertingkat. Bermula dari kecil kemudian membersar sedikit, membesar lagi sehinggalah sampai ke klimaknya.

Manakala menyelesaikannya pula seperti menuruni tangga. Konflik yang sudah sampai klimak, kemudian diredakan juga secara perlahan umpama menuruni tangga. Turun sedikit demi sedikit sehinggalah sampak tangga terkebawah dan selesailah konflik. 

Ingin mewujudlkan konflik harus pada permulaan cerita bukan pada akhir bab kecuali jika dalam sesebuah bab itu ada dua atau tiga konflik. Ia dicetuskan satu persatu. Tidak semestinya  konflik pada bab 1akan diselesaikan juga pada bab 1.

Konflik pertama boleh diselesaikan pada bab 3 atau 4, terpulang kepada pengarang. Manakala konflik pada bab 2, diselesaikan pada bab 5 atau 6, begitulah seterusnya. Setiap konflik akan diselesaikan satu persatu mengikut urutan cerita.

Mencetuskan konflik pada awalan cerita akan menyebabkan pembaca terpaksa menunggu atau tidak mahu meninggalkan membaca novel selagi apa yang menyebabkan konflik itu terjawab.

Membaca novel pada awalkan cerita tanpa konflik akan membuatklan pembaca bosan. Apa sebenartnya yang hendak diceritakan dalam bab berkenaan. Sebagai contoh Ahmad bertemu Bakar pada satu majlis tanpa disangka. Kalau setakat bertanya khabar, kerja di mana , latar belkakang dan sebagainya sehingga akhir bab berkenaan, pembaca tidka mendapat apa sebenarnya yang hendak disampaikan penulis.

Tetapi jika paba bab awal Ahmad bertemu dengan Bakar sebagai kawan lama yang berkonflik, ia akan memanjangkan cerita. Mungkin satu ketika dulu Ahmad dan Bakar berkawan. Kemudian Ahmad merampas kekasih Bakar lalu mereka berkahwin.

Kes ini berpanjangan dan menjadi dendam. Akibatnya kawan baik menjadi musuh. Kemudian mereka ditemukan semula dan kisah lama muncul kembali kerana masih ada yang belum selesai.

Konflik menjadi rumit apabila anak Ahmad dan anak Bakar saling jatuh cinta tanpa menyedari bapa mereka selama ini bermusuhan. Bagaimana kesudahannya?
Konflik ini akan menjadi panjang dan saling kait mengait. Ini membuatkan ada sahaja konflik baru wujud pada setiap bab berpunca daripada konflik bab awal tadi,

www.sifubuku.com

TEKNIK MENYELESAIKAN KONFLIK DALAM NOVEL


UNTUK  tidak bercelaru dan keliru kepada pembaca juga kepada penulis yang mengarang cerita, lebik baik catatkan dalam satu kertas, apakah bentuk-bentuk konflik yang akan ditimbulkan dan cara bagaimana untuk menyelesaikan.

Apabila sesuatu konflik itu sudah diselesaikan, bagaimanakah caranya untuk menimbul atau mencetuskan konflik baru. Pastinya konflik itu ada kaitan dengan konflik pertama dan jenis konflik itu pula berlainan. Umpamanya selesai bab menyelesaikan hutan, timbul pula konflik baru yang berkaitan dengan balas dendam atau sebagainya.

Supaya lebih mudah, catatkan apakah konflik yang akan ditimbulkan pada bab 1, bab 2, bab 3 dan seterusnya sehinggalah ke bab akhir, di mana kesemua konflik dalam novel itu dapat diselesaikan satu persatu mengikut kronologi cerita.

Dalam sebuah bab, perlu ada sekurang-kurangn nya mesti ada satu konflik. Dua atau tiga boleh boleh tapi jangan terlaku banyak. Ia akan bercelartu nanti, sama ada konflik sudah diselesaikan atau tidak dan jangan biarkan tergantung.

Adanya konflik dalam satu-satu bab akan memudahkan penulis menyambung cerita sekiranya pengarang hendak berhenti menulis untuk bab berkenaan. Sebaik-baiknya setiap kali menulis, siapkanlah separuh atau satu bab lagi bagus.

Jangan menulis dalam satu-satu bab, dua atau tiga perenggan selepas itu  berhenti kerana ada kerja lain yang akan dibuat kemudian akan di sambung pula pada waktu lain. Memang tidak ada pengarang novel yang menulis bermula dari bab pertama sehingga  ke akhir tanpa berhenti dalam satu-mastu masa.

Sebagai contoh, mula menulis pada jam 1.00 pagi 20 haribulan dan novel siap pada 1.00 pagi 21 haribulan. Maksudnya menulis novel dalam masa 24 jam tanpa henti. Jangan menyiksa diri semata-mata mahu cepat menyiapkan sesebuah novel.

Isnin, 24 Julai 2017

BEBERAPA KESILAPAN MENULIS YANG TIDAK DISEDARI

KALAU kita rajin mengkaji novel-novel yang ditulis oleh penulis baru, banyak kesilapan yang mereka lakukan sama secara disedari atau tidak. Kesilapan ini dilakukan mungkin kerana kurang bahan ilmu bantu atau penulis itu sendiri belum masak dengan penulisan novel.

Di antara kesilapan yang sering dilakukan ialah:
Kurang konflik.

Bagi sesebuah novel, konflik merupakan nyawa kerana konfliklah cerita akan berkembang biak. Lebih banyak konflik, lebih baik tetapi harus berhati-hati untuk menyelessikannya. Bukan mencipta konflik tetapi tidak ada jalan penyelesaiannnya.

Konflik tidak bersimpang siur sehinggakan pembaca menjadi keliru.Sebaik-baiknya konflik jangan terlalu lama hendak diselesaikan. Apabila menimbulkan konflik pada bab 1, cuba selesaikan pada bab yang tidak terlalu jarak.

Selesai satu konflik. Timbulkan konflik lain. Atau timbulkan dua atau tiga konflik dan diselesaikan mengikut turutan. Sepanjang cerita dalam novel berjalan, ada sahaja konflik tercetus. Ini akan memaksa pembaca tidak akan meninggalkan pembacaan selagi konfik tidak diselesaikan.

Ini juga untuk mengelakkan penulis ketandusan idea untuk meneruskan cerita. Novel terbengkalai, salah satu puncanya kerana tidak ada konflik. Jika tidak ada konflik, bermakna tidak ada masalah yang hendak diselesaikan.

Salam satu tujuan menulis novel ialah mewujudkan cerita, kemudian mewujudkan masalah dan menyelesaikan masalah. Selagi ada masalah, selagi itulah jalan cerita semakin panjang. Tugas penulis ialah mencetuskan masalah dan bagaimana mahu menyelesaikan masalah.

Jangan sesekali mencetuskan masalah jika tidak tahu bagaimana mahu menyelesaikan masalah. Mematikan watak untuk menyelesaikan masalah bukanlah jalan terbaik. Kecuali jika watak itu dimatikan untuk mewujudkan masalah lain.

Konflik pula mestilah sesuai dengan watak dan ada kaitan. Jangan timbulkan konflik yang tidak ada kaitan dengan watak. Cara hendak menyelesaikan konflik pula hendaklah secara berperingkat-peringkat tetapi sedikit demi sedikit. 

Sebagai contoh jika ada watak berhutang dengan seseorang. Dengan membayar hutang, kita fikir masalah akan cepat selesai. Memang betul. Tetapi cara itu sangat mudah. Tidak mencabar. Mungkin untuk lebih  mencabar, watak terpaksa melakukan pelbagai kerja sehingga tidak memikirkan kesihatan diri.

Apabila duit sudah hampir cukup untuk membayar hutang, duit pula kena rompak atau disamun. Timbul pula konflik baru. Konflik saling bertimpa akan menyebabkan  penulis sentiasa ada idea untuk menyelesaikan masalah yang belum selesai.

www.sifubuku.com

ELAK RAMBANG MATA BILA MULA MENULIS


RAMAI yang baru mula hendak menulis, terlalu ghairan hendak menulis apa sahaja yang terlintas di fikiran. Perbuatan ini sama dengan kita yang rambang mata apabila melihat sesuatu yang mengasyikan.

Setiap barangan kita belek dan semangat untuk memiliknya berkobar-kobar. Akhinya tiada satu pun yang dibelinya kerana gagal memilih yang terbaik.

Begitu juga dengan menulis. Dalam kepala terfikir untuk menulis novel bertemakan A, ketika mula hendak menulis, terlintas pula hendak menulis novel seram, baru terfikir hendak menulis novel seram, terlintas pula hendak menulis travelog dan macam-macam lagi.

Ini memang biasa berlaku. Akibatnya semua tidak menjadi. Apabila ini terjadi, tidak ada satu pun dapat diselesaikan. Menulis sudah menjadi kerja yang terbengkalai.

Untuk elak perkara ini. Penulis mesti fokus pada yang satu. Jika hendak menulis novel seram, lupakan yang lain. Siapkan dahulu novel seram itu. Jika sudah siap barulah mulakan novel yang lain.

Jika hendak menulis puisi, fokus pada puisi dahulu. Sudah siap, boleh beralih menulis cerpen pula. Sudah siap cerpen boleh tulis novel.

Jika hendak melakukan tiga kerja penulisan serentak, hanya penulis yang sudah ada pengalaman sahaja boleh lakukan. Jika barui muila hendak menulis. Ingatan saya, jangan rambang mata.

Tulislah satu-satu dahulu. Anda yakin, anda mampu berjaya.

www.sifubuku.com

Ahad, 21 Mei 2017

BEZANYA MEMBACA NOVEL BAGI DUA GOLONGAN


MEMBACA novel hanya sekadar ingin tahu isi cerita dengan membaca novel dengan niat ingin menghasilkan sebuah novel satu ketika nanti, ada bezanya. Membaca novel hanya sekadar ingin tahu cerita dan kesudahannya boleh dilakukan secara santai.

Mungkin membaca novel boleh dilakukan ketika mengisi waktu lapang, waktu tidak sibuk atau sememangnya dikhaskan waktu untuk membaca novel dalam setengah atau satu jam. Selepas membaca dan tahu isi cerita novel, buku itu akan disimpam di dalam rak dan mengambil novel lain pula untuk dibaca.

Jika novel itu membosankan, mereka akan membaca sekali lalu dengan cepat supaya cepat habis. Tetapi jika novel itu bagus, mereka akan membacanya satu persatu perkataan dan dapat membayangkan apa yang dibacanya di dalam kepala.

Manakala mereka yang membaca novel dengan niat ingin menghasilkan sebuah novel satu hari nanti, mereka akan mengambil masa yang agak lama. Ada dua kemungkinan. Pertama sambal membaca, mereka akan meneliti cara pengolahan penulis, bahasanya, bagaimana menjalin plot, penyudahan dan sebagainya.

Mereka akan membuat catitan sebagai panduan. Ini akan memudahkannya apabila ingin membuat rujukan ketika menulis novel.
Kedua, mereka akan membacanya dengan teliti sehingga habis. Setelah mengetahui isi ceritanya, mereka akan membaca sekali lagi dengan tujuan untuk membuat catitan bagaimanakah penulis mengolah cerita dan sebagainya.

Tugas seperti ini memakan masa lama. Ya, seseorang yang ingin membuat sesuatu sudah pasti sejak awal ia akan membuat kajian. Sebagai contoh, seseorang yang ingin membuat kek. Pastinya ia sudah tahu apakah bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat kek. Kemudian bagaimana mahu mengadun dan sebagainya.

Selepas itu berapa lama masa diambil untuk menyiapkan sebiji kek. Jika dia membuat lebih daripada sebiji, berapa lama masa akan diambil dan tidak semua kek rasanya sama bahan yang sama.
Secara ringkasnya, banyak kajian dibuat sebelum menghasilkan sesuatu produk. Ini berbeza dengan mereka yang ingin memakan kek. Mereka boleh beli di kedai, kemudian bawa balik, potong dan memakannya.

Ingin menghasilkan novel juga begitu. Jika tidak tahu bagaimana mahu membuatnya, mereka akan belajar sama dengan menghadiri bengkel atau buku-buku mengenai penulisan novel.
Membaca novel bagi kategori pertama tidak perlu berfikir dan memikir. Ia sama seperti membeli kek di kedai, bawa balik rumah, potong dan terus dijamah.

Berbeza dengan kategori kedua. Mereka akan membeli bahan-bahan membuat kek di kedai, kemudian bawa balik rumah dan terus membuatnya. Jika difikirkan, tidak perlu bersusah payah membuat kek jika ingin memakannya.

Begitu juga dengan menulis novel. Bagi mereka yang ingin menghasilkan novel sudah tentu akan berusaha dan belajar sehingga berjaya. Jadi, mereka yang ingin menghasilkan novel perlu banyak menghabiskan masa untuk belajar dan mengkaji sebelum menghasilkan sesebuah novel.

Jika anda terus membuat novel tanpa persediaan, novel anda mungkin tidak sebaik jika anda belajar dulu. Sesudah anda memiliki ilmu, barulah anda menghasilkan sebuah novel. Ketahui teknik-teknik bagaimana mahu menulis novel supaya kerja anda tidak terbe gkala di tengah jalan.

www.sifubuku.com

MENGHADAM NOVEL BERAT DAN NOVEL RINGAN




DARIPADA tajuk sesebuah novel, kita sudah dapat membayangkan sama ada novel yang kita beli atau sedang baca itu sebuah novel ringan atau novel berat/ilmiah. Novel ringan atau novel novel popular sekarang melambak-lambak di pasaran.

Genre yang seperti itu jugalah yang menjadi kegemaran para penulis yang batu mmencuba menghasilakn novel. Tajuk-tajuknya mudah dan tidak perlu memaksa kita berfikir. Berbeza dengan novel berat atau ilmiah.

Judulnya sahaja sudah membayangkan betapa memaksa kita supaya banyak berfikir. Contohnya seperti novel sasterawan Negara Datuk A.Samad Said seperti Hujan Pagi, Langit Petang dan seumpamanya.

Begitu juga dengan novel sasterawan negara yang lain seperti Arena Wati, Anuar Ridhwan dan beberapa orang lagi. Membaca novel mereka, memaksa kita banyak berfikir.

Tujuan kita membaca novel yang ringan, hanya sekadar untuk mendapat hiburan dan bukan ilmunya. Dibaca hanya untuk suka-suka kebetulan minat sangat dengan novel cinta, seram, dan sebagainya.
Apa yang jelas membaca novel ilmiah atau berat ini bukan hanya untuk suka-suka. Jika untuk suka-suka ia akan membosankan. Kecuali mereka yang membaca kerana mahu mencari ilmu dan mempertajamkan fikiran.

Kita akan membacanya dengan teliti. Bahkan untuk memahami apa yang hendak disampaikan oleh penulis novel ilmiah ini, mengambil banyak masa untuk faham.
Sebagai orang yang ingin  menulis novel sangat wajar untuk membaca kedua-dua jenis novel ini. Novel ringan dan novel ilmiah. Tujuannya supaya kita faham apakah yang hendak disampaikan oleh penulis novel popular dan penulis novel ilmiah.

Sebagai permulaan, tidak salah jika kita hendak membaca novel yang sifatnya popular sekarang untuk belajar. Tetapi pada masa yang sama, ada baiknya juga cari sebuah novel yang sederhana ilmiah sebagai mencambahkan fikiran.

Seperti juga dalam sesuatu masakan, ada manis, pedas, masam, masin dan sebaaginya. Apabila semua itu dicampurkan dalam satu masakan ia akan menghasilkan satu rasa yang lain, tidak manis sangat, tidak pedas dan tidak juga masin tetapi kena dengan selera orang yang menjamahnya.
Begitu juga bakal seorang penulis novel, harus tahu apakah yang diperlukan di dalam novel yang sedang digarapnya.