Sabtu, 26 Ogos 2017

NOVEL TANPA KONFLIK IBARAT MASAKAN TAK SEMPURNA



SESEBUAH novel yang ditulis tanpa konflik ibarat satu masakan yang tidak sempurna. Secara luaran ua nampoak menarik. Tetapi apabila dirasa, ia tidak ada rasa masin, tidak manis malam tawar seolah-olah tidak ada perencah.

Walaupun bahan-bahan asasnya ada dan cukup tetapi jika sesuatu masakan tidak ada bahan perasa atau perencah, masakan itu tidak akan sempurna dan sedap. Sekali orang mencuba, orang tidak akan mencuba kali kedua.

Peraturan mencetus dan menyelesaikan konflik. Konflik harus dibina secara bertingkat. Bermula dari kecil kemudian membersar sedikit, membesar lagi sehinggalah sampai ke klimaknya.

Manakala menyelesaikannya pula seperti menuruni tangga. Konflik yang sudah sampai klimak, kemudian diredakan juga secara perlahan umpama menuruni tangga. Turun sedikit demi sedikit sehinggalah sampak tangga terkebawah dan selesailah konflik. 

Ingin mewujudlkan konflik harus pada permulaan cerita bukan pada akhir bab kecuali jika dalam sesebuah bab itu ada dua atau tiga konflik. Ia dicetuskan satu persatu. Tidak semestinya  konflik pada bab 1akan diselesaikan juga pada bab 1.

Konflik pertama boleh diselesaikan pada bab 3 atau 4, terpulang kepada pengarang. Manakala konflik pada bab 2, diselesaikan pada bab 5 atau 6, begitulah seterusnya. Setiap konflik akan diselesaikan satu persatu mengikut urutan cerita.

Mencetuskan konflik pada awalan cerita akan menyebabkan pembaca terpaksa menunggu atau tidak mahu meninggalkan membaca novel selagi apa yang menyebabkan konflik itu terjawab.

Membaca novel pada awalkan cerita tanpa konflik akan membuatklan pembaca bosan. Apa sebenartnya yang hendak diceritakan dalam bab berkenaan. Sebagai contoh Ahmad bertemu Bakar pada satu majlis tanpa disangka. Kalau setakat bertanya khabar, kerja di mana , latar belkakang dan sebagainya sehingga akhir bab berkenaan, pembaca tidka mendapat apa sebenarnya yang hendak disampaikan penulis.

Tetapi jika paba bab awal Ahmad bertemu dengan Bakar sebagai kawan lama yang berkonflik, ia akan memanjangkan cerita. Mungkin satu ketika dulu Ahmad dan Bakar berkawan. Kemudian Ahmad merampas kekasih Bakar lalu mereka berkahwin.

Kes ini berpanjangan dan menjadi dendam. Akibatnya kawan baik menjadi musuh. Kemudian mereka ditemukan semula dan kisah lama muncul kembali kerana masih ada yang belum selesai.

Konflik menjadi rumit apabila anak Ahmad dan anak Bakar saling jatuh cinta tanpa menyedari bapa mereka selama ini bermusuhan. Bagaimana kesudahannya?
Konflik ini akan menjadi panjang dan saling kait mengait. Ini membuatkan ada sahaja konflik baru wujud pada setiap bab berpunca daripada konflik bab awal tadi,

www.sifubuku.com

Tiada ulasan: