Ahad, 25 Mac 2012

EBOOK CARA MUDAH MENULIS NOVEL MASIH BOLEH DIMILIKI

SAMBUTAN terhadap ebook CARA MUDAH MENULIS NOVEL (CMMN) yang saya hasilkan pada tahun 2010 sehingga kini masih mendapat sambutan hangat Namun masih ada di kalangan pembaca blog ini yang tidak pasti sama ada ebook berkenaan masih dijual lagi? Untuk pengetahuan, ebook Cara Mudah Menulis Novel masih dijua lagi dengan harga RM 40. 00.

Menariknya untuk kali ini saya akan memberikan sebuah ebook percuma bagi setiap pembelian dan sebuah novel bonus berjudul ‘Sebening Air Mata’ atau “Air Mata Pertama” dan pembeli boleh memilih salah satu novel bonus berkenaan.

Manakala ebook percuma yang akan saya beri ialah PANDUAN MENULIS NOVEL: Berdasarkan Kisah Benar. Mereka yang masih tercari-cari ebook bagaimanakah cara yang mudah menulis novel, sila dapatkan buku ini dengan membuat pesanan segera.

Sementara itu, saya masih ada satu ebook mengenai penulisan novel berjudul: 50 TIP MENULIS NOVEL. Ebook ini mengandungi 50 tip teknik menulis novel, diprsembahkab dengan bahasa yang mudah diahami terutamanya mereka yang baru belajar menulis novel. Harga ebook ini hanya RM 20.00 sahaja.

Jika ada pembaca yang ingin memiliki kedua-dua ebook ini, mereka hanya perlu bayar RM 50.00 sahaja bukan RM 60.00. Tawaran ini masih dibuka sehingga hujung tahun dan jangan lepaskan peluang.

Pembaca juga akan mendapat novel bonus dan juga Tip Bimbingan Menulis Novel. Pembaca yang berminat boleh membuat pesanan ebook yang saya maksudkan.

Pembayaran kedua-dua ebook ini boleh dilakukan dengan cara bank in ke akaun saya:

MUHD NASRUDDIN DASUKI

AKAUN MAY BANK : 162115976283

CIMB : 1277-0002240-20-7



Pembeli boleh mengirimkan butiran pembelian ke emel: mnasd_326@yahoo.com atau sms ke HP 013-3635560.



Ahad, 11 Mac 2012

ASAM GARAM MENJADI PENULIS



MASUK tahun ini bermakna sudah 36 tahun saya mengabdi diri kepada bidang penulsan. Tempoh yang lama dan panjang itu sudah tentu banyak pengalaman pahit dan manis saya tempuhi terutamanya di dalam bidang penulisan. Bagaimanapun semua pengalaman itu menjadi sempadan dan iktibar kepada saya sehingga kini.
          
Pengalaman manuskrip ditolak oleh penerbit bukanlah perkara asing malah saya pernah menjaga manuskrip pertama itu ke beberapa penebit tetapi tidak berhasil diterbitkan kepada ketika itu nama dalam bidang penulisan masih hijau, kata orang.

            Mungkin penerbit tidak yakin dengan hasil tulisan  penulis baru seperti saya pada ketika itu. Bagaimanapun penolakkan novel itu bukan bermakna saya kecewa dan tidak mahu menulis lagi. Saya masih meneruskan menulis novel yang lain pula walaupun tiada satu pun novel diterbitkan.

            Setelah dua atau tiga buah mansukrip diterbitlkan, barulah ada penerbit yang mahu menerbitkan. Ketika itu tidak dapat dibayangkan betapa gembiranya hati seolah-olah mahu melompat setinggi langit. Walaupun sudah diterbitkan, tiada satu sen pun mendapat bayaran.

            Ketika itu, bayaran seolah-olah bukan yang utama tetapi yang penting novel dapat diterbitkan. Apabila novel sudah diterbitkan, tiada siapa yang tahu novel dibayar atau tidak kerana ia di antara penulis dengan penerbit. Jika dibayar pun hanya sekadar RM 200 – RM 300 dengan menjual manuskrip. Jika dicetak ulang kali, penerbit yang untung dan penulis menggigit jari. 

      Walaupun begitu semangat untuk terus menulis masih membara. Tanpa memperdulikan soal bayaran, lahirlah satu demi satu novel dari pelbagai jenis penerbitan, ada yang membayar dan ada yang langsung tidak membayar apa-apa. Proses  seperti ini saya ibaratkan proses ‘mengukir nama’.
         
Semangat mengukir nama terus membara dengan menyertai sayembara penulisan novel. Ini sekadar mahu menguji kemampuan.  Orang lain saya tidak tahu, pertama kali menyertai sayembara novel saya mendapat tempat ketiga, kemudian menyertai lagi dan mendapat tempat kedua, dan beberapa hadia saguhati yang lain, hanya tempat pertama sahaja saya belum nikmati.

            Namun di dalam banyak-banyak novel yang terbit itu, rasanya hanya beberapa buah saja yang dicetak ulang sedangkan yang lain tidak diketahui statusnya. Saya nekad untuk tidak menulis novel lagi setelah novel terakhir ‘ Semenjak Kau Datang” diterbitkan oleh Prima Buku.

           Akhirnya saya mengambil keputusan untuk menulis buku-buku bercorak keagamaan kerana pasarannya cukup bagus. Contohnya buku 100 Pesanan Terakhir yang diterbitkan oleh Karya Bestari sudah masuk cetakan ketiga walaupun belum setahun berada di pasaran dan kini termasuk di antara buku terlaris dan ‘best seller’. Mungkin ini anugerah akibat kesabaran sepanjang menjadi penulis…Syukur Alhamdulillah.
           
Mereka yang ingin mendapatkan buku ini boleh memesan terus dari saya atau sms kepada saya di talian:  013-3635560.   

KEMAMPUAN MENGOLAH CERITA SANGAT PENTING



WALAUPUN berpuluh-puluh judul novel terbit setiap bulan dengan pelbagai cerita namun bukan bermakna telah habis cerita ditulis. Sebenarnya banyak cerita yang boleh digarap dan diolah dengan kebijaksanaan penulis untuk dijadikan cerita dalam novel. Bergantung kepada kemampuan penulis untuk mengolah tema yang dipaparkan. Meskipun ceritanya ringan kerana cara pengolahan yang bijak, ia menjadi sebuah cerita yang menarik.

            Terdapat juga ada cerita yang menarik tetapi kerana cara pengolahan yang ‘hanya asal siap’ ia menjadi kurang menarik walaupun sebenarnya ia boleh digarap dengan baik. Di sini kemampuan penulis cerita sangat penting.

            Sebagai contoh jika sebuah sinopsis cerita   yang sama diberikan kepada 10 penulis untuk dijadikan sebuah novel, sudah tentu cara penulisan, teknik, bahasa, dan sebagainya tidak akan sama. Jika diberikan pula kepada penulis yang sudah berpengalaman dengan penulis yang baru menulis, hasilnya sangat berbeza.

            Penulis yang bijak mungkin tidak akan menulis mengikut urutan cerita yang bermula dari A – Z tetapi menggunakan teknik imbas kembali yakni bermula dari Z kemudian A. Penulis yang lain pula akan mengambil pertengahan cerita seperti bermula dari M kemudian kembali kepada A seterusnya mengakhirkannya dengan Z pula.

            Penulis bijak yang lain pula mungkin juga memulakan cerita dari pertengahan yakni dari M terus kepada Z dan kembali semula kepada A. Kemampun pengolahan tidak akan dating sendiri melainkan mencubanya melalui pengalaman.

            Kebiasaannya pengalaman menulis akan memudahkan teknik penulisan seperti ini. Bagi penulis baru sudah tentu akan mengalami kesukaran dan akan menjadi keliru, akhirnya akan menjadikannya bosan lalu terbengkalailah novel yang sedang dihasilkan.

           Namun bagi penulis baru disarankan supaya menulis novel mengikut kronologi cerita atau urutan kerana ia mudah tanpa menggunakan teknik imbas kembali atau imbas muka. Jika tidak berhati-hati perjalanan atau plot novel akan tunggang langgang dan penilai sukar hendak faham sekaligus menolak novel seperti ini untuk diterbitkan kerana pengolahannya yang mengelirukan.    

 

TUGAS PENULIS HASILKAN YANG TERBAIK



DARIPADA  emel-emel yang saya terima, nampaknya masih ramai di antara mereka yang berminat menulis novel tidak tahu secara jelas perkara-perkara asas untuk menghasilkan novel. Perkara asas yang saya maksudkan ialah bagaimana menulis novel tetapi cara menghasilkan novel seperti cara menaip, huruf taip apa yang perlu digunakan, panjang halaman setiap bab dan berapa jumlah halaman kertas saiz a4 yang diperlukan bagi sesebuah novel.

Saya sebenarnya sudah menerangkan perkara-perkara seperti ini dalam entri-entri yang lepas. Sila rujuk satu persatu, anda pasti temui masalah-masalah yang anda hadapi itu.

Lambakan novel-novel baru di pasaran setiap bulan, sebenarnya satu persaingan yang sihat kepada mereka yang ingin menceburi karier ini. Justeru para penerbit berlumba-lumba mencari penulis yang novelnya boleh mencatatkan jualan tertinggi. Di dalam banyak-banyak novel sudah tentu amar sukar untuk mencari yang mana satukah novel yang bermutu.

Sehubungan itu sebagai penulis, menghasilkan karya yang baik dan bermutu kemudian diterbitkan pula oleh penerbit yang sudah ada nama sudah tentulah menjadi impian. Tambahan pula kemunculan novel baru anda itu mendapat perhatian di majalah, facebook dan sebagainya.

Tidak ada sesiapa yang tahu, bagaimananakah nasib novel anda apabila berada di tengah-tengah pasaran dan bersaing pula dengan lambakan novel baru oleh penerbit-penerbit lain. Justeru itu tidak hairanlah akan lahir pelbagai-bagai nama penulis dengan pelbagai nama pena menghiasi kulit novel.

Terdapat penggemar novel hanya mahu membeli novel daripada hasil penulis yang sudah ada nama dan diketahui corak ceritanya dan ada pula yang hanya membeli novel yang diterbitkan oleh penerbit tertentu sahaja kerana sudah diketahui umum, banyak novel yang diterbitkan sudah dicetak ulang beberapa kali.

Dalam hal ini terpulanglah kepada pembaca untuk mendapatkan yang mana satukah novel yang menarik ceritanya. Tugas penulis novel sudah tentu menghasilkan yang terbaik kerana jika jualan novel melonjak, namanya penulis juga akan turut melonjak dan membina nama dalam penulisan bukan memakan masa sehari dua. Anda mesti terus menghasilkan novel tidak kira sama ada novel itu mendapat jualan yang baik atau tidak.

Janganlah hendaknya selepas lahir novel pertama, anda berhenti menulis kerena komitmen rumahtangga dan sebagainya walaupun ada kalanya mereka yang lahir menjadi penulis novel setelah hidup berumahtangga.  

WASPADA KIRIM NOVEL KE PENERBIT



BAGAIMANAKAH perasaan anda sebagai penulis novel, apabila manuskrip novel ditolak oleh penerbit sedangkan anda sudah mengirimkan keseluruhan manuskrip itu melalui emel atau secara pos. Jika dipos biasa, kemungkinan anda boleh meminta penerbit memulangkan manuskrip itu.

Tetapi bagaimana jika anda mengirimkan melalui emel? Sebagai penulis baru, tidak salah jika anda berasa curiga atau bimbang jika novel itu di ‘copy’ semula oleh penerbit dan kemudian diterbitkan dengan nama orang lain.

Bagaimanapun sebagai penulis yang sudah lama menceburi bidang ini, saya berharap sangat penerbit tidak melakukan perbuatan seperti ini dan fahamilah jerih payah penulis menghasilkan novel yang memerlukan banyak masa dan tenaga.

Untuk mengatasi perkara seperti ini, saya menasihatkan mereka yang baru menulis hanya perlu menulis synopsis dan dua tiga bab awal novel berkenaan sekiranya mahu menghantarkan manuskrip ke mana-mana penerbit.

Sebelum mengirimkan manuskrip novel sama ada secara bertaip atau melalui emel, pastikan dahulu anda menghubungi editor penerbit terlebih dahulu dan berbincanglah bagaimana yang sepatutnya mengirimkan manuskrip novel anda itu.

Mengikut kebiasaan, anda boleh mengirimkan manuskrip novel yang bertaip kepada penerbit. Sekiranya pihak penerbit sudah bersetuju untuk menerbitkan setelah melalui proses penilaian, kebiasaan pihak penerbit akan meminta penulis mengirimkan manuskrip novel secara email untuk memudahkan proses “type setting” , ‘Lay-Out’ dan sebagainya.

Penulis  yang baru berjinak-jinak menulis novel dan ingin mengirimkan manuskrip kepada mana-mana penerbit harus waspada dengan perkara ini walaupun ia jarang berlaku tetapi kebimbangan tetap ada kerana menulis novel memerlukan komitment yang tinggi.

Bayangkanlah berbulan-bulan anda menghasilkan sebuah novel, apabila dihantar ke penerbit, manuskrip ditolak tetapi beberapa bulan kemudian mansukrip  anda itu diterbitkan tetapi dengan nama orang lain. Tidakkah anda berasa kecewa.

Untuk memastikan novel anda diterbitkan, sila ikuti bengkel-bengkel yang diadakan oleh penerbit kerana dengan cara ini anda boleh bertanya terus kepada pihak penebit, apakah kreteria yang diperlukan sebelum menghasilkan novel bagi mengelakkan kejadian seperti ini berlaku.