Jumaat, 21 September 2012

100 PESANAN TERAKHIR RASULULLAH - TEMPAT KEDUA ANUGERAH PILIHAN PEMBACA POPULAR - BERITA HARIAN 2012


MELALUI entri kali ini, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua yang telah memiliki buku 100 PESANAN TERAKHIR RASULULLAH dan kepada mereka yang mengundi buku berkenaan sehingga buku berkenaan mendapat tempat kedua ANUGERAH PILIHAN PEMBACA POPULAR – BERITA HARIAN 2012 kategori buku bukan fiksyen yang keputusannya diumumkan pada 25 Ogos  2012 yang lalu.

Ucapan terima kasih juga saya rakamkan kepada pihak penerbit buku berkenaan Karya Bestari Sdn. Bhd., editor yang menangani manuskrip buku berkenaan serta kakitangan yang terlibat di dalam menerbitkan serta unit promosi yang tidak jemu-jemu membuat promosi sehingga buku berkenaan memasuki cetakan kelima dalam tempoh setahun diterbitkan.
      
Dalam pertandingan yang dianjurkan oleh Rangkaian Kedai Buku POPULAR dan Berita Harian setiap tahun itu, buku Anda Bertanya Ustaz Azhar Menjawab diumumkan sebagai pemenang pertama, tempat kedua buku 100 Pesanan Terakhir Rasulullah oleh Muhd Nasruddin Dasuki dan tempat ketiga Oi..Bangunlah Oi..oleh Dr. HM Tuah Iskandar bagi kategori bukan Fiksyen.

Manakala bagi kategori novel pula, Novel M.A.I.D karya Suri Ryana dinobatkan sebagai pemenang pertama, kedua novel 7 Hari Mencari Cinta karya Siti Rosmizah dan tempat ketiga novel  Yes Boss karya Areila Sahimi.

Sebanyak 10 buku untuk kategori novel dipertandingkan dan 10 buku kategori bukan fiksyen juga dpertandingkan. Buku-buku yang dipertandingkan dipilih berdasarkan carta jualan paling laris sepanjang tahun 2011 di rangkaian kedai buku POPULAR.

Tahniah kepada para penulis yang tersenarai sebagai finalis, walaupun anda tidak berjaya, sekurang-kurangnya ia menjadi pembakar semangat untuk terus menulis.

TIGA NOVEL DALAM SATU


MENGIKUT kebiasaan, sebuah novel ditulis oleh seorang penulis. Tetapi ada juga sebuah novel dengan judul yang sama ditulis oleh dua atau tiga orang  penulis. Bagaimanapun  novel seumpama ini jarang kedapatan di pasaran. Bagaimanapun sejak kebelakangan ini sudah ada penerbit yang menerbitkan tiga novel dalam sebuah buku dan ditulis oleh tiga penulis berlainan dan ceritanya juga berlainan.
          
Ini satu perkambangan menarik yang perlu juga diambil perhatian supaya teknik penulisan novel mengalami pembaharuan. Pembaharuan yang dimaksudkan ialah pembaharuan seperti yang dinyatakan di atas.

Bagi  mereka yang pertama kali mencuba menghasilkan sebuah novel  mungkin mengalami masalah apabila diminta menulis novel sehingga 500 sehingga 600 halaman. Mereka yang tidak biasa sudah tentu menghadapi kesulitan. Apakah yang ditulis di dalam novel itu tambahan pulaanda  baru mencuba menulis novel?

Jika rajin perhatikan sekarang sudah ada kecenderungan sesetengah penebit menerbitkan novel  setebal begitu tetapi ditulis oleh tiga  penulis yang berlainan. Maksudnya dalam satu buku setebal enam ratus terdapat tiga novel yang berlainan tajuk dan penulis. Mungkin boleh dikatakan tiga dalam satu.

Untuk tujuan ini, seorang penulis perlu menghasilkan sebuah novel yang mempunyai halaman kira-kira 200 lebih. Mungkin bagi penulis baru,menulis novel setebal 200 halaman tidak menjadi masalah. Sebagai langkah permulaan untuk menulis novel teknik ini boleh direalisasikan. Penerbit yang menerbitkan novel 3 dalam 1 ini pasti sudah mengkaji kehendak pasaran sebelum menerbitkannya.

Bayangkan jika pembaca mengeluarkan RM 25.00 untuk membaca sebuah novel, tetapi dengan adanya novel 3 dalam 1 ini,pembaca dapat membaca tiga buah novel yang berlainan dengan harga RM 25.00. Kelebihan kepada pembaca dapat membaca tiga novel dalam satu  masa.

Mereka yang mempunyai kewangan yang tidak mengizinkan, ada kemungkinan memilih novel 3 dalam 1 ini kerana mempunyai  kelebihan tersendiri. Mereka dapat membaca tiga cerita di dalam satu novel.

Mereka yang ingin menulis novel 3 dalam 1 ini boleh mengintai-intai penerbit yang menerbitkan novel seperti ini. Di antara penerbit yang telah merintis penerbitan seperti ini ialah penerbitan..
           

Khamis, 20 September 2012

KARYA TINTA MENCARI MANUSKRIP NOVEL


SEBUAH penerbit baru Karya Tinta sedang mencari manuskrip novel untuk diterbitkan. Kepada mereka yang sudah menyiapkan manuskrip novel dan tidak tahu hendak ke mana mahu  disalurkan, boleh berhubung dengan penerbit berkenaan. Anda boleh juga boleh mendapatkan maklumat lanjut dengan menghantar  emel kepada: karyatinta@gmail.com.

ALAMAT PENERBIT NOVEL


KEPADA  mereka yang sudah menyiapkan manuskrip novel dan tidak tahu ke mana manuskrip  hendak dihantar, di sini saya sertakan nama dan alamat penerbit yang anda boleh pilih sebagai penerbit novel anda itu. Bagaimanapun sebelum menghantar manuskrip novel itu, sila hubungi pihak penerbit terlebih dahulu untuk memaklumkan pengiriman manuskrip anda itu.

ALAF 21 SDN. BHD,
Lot 21, Jalan Sepana 15/3, Off Jalan Persiaran Selangor, Seksyen 15, 40200 Shah Alam, Selangor. Tel: 03-5101 3836.

PRIMA BUKU SDN. BHD,
Lot 21, Jalan Sepana 15/3, Off Jalan persiaran Selangor, seksyen 15, 40200 Shah Alam, Selangor. Tel: 03-5101 3836

FAJAR PAKEER,
7/GF, Jalan 1/18A, Taman Mastiara Off Jalan Ipoh, Batu 5, 51200 Kuala Lumpur. Tel: 03-6258 1196, 03-6258 1195. Web site: http://www.fajarnovel.com.my

NB KARA SDN. BHD
D 19-1B, Jalan Prima Saujana 2/E, Seksyen 2, Taman Prima Saujana, 43000 Kajang, Selangor. Tel: 03-8736 4025, 03-8736 4028. Website: http://www.nbkara.com.my

PENERBITAN JEMARI SENI,
G & 1-25, Jalan Kajang Impian 1/11, Taman Kajang Impian, 43600 Bandar Baru Bangi, Selangor. Tel: 03-8926 0142, 03-8297 3967. Website: http://www.jemariseni.com

KARYA SENI ENTERPRISE
41-1 Jalan Temenggung 9/9, Bandar Mahkota Cheras, 43200 Cheras
Selangor. MALAYSIA.
Tel: 03-9010 4779, Fax: 03-9010 4511. Website: http://www.karyaseni.com.my

Syarikat-syarikat Kumpulan PTS
PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.
PTS Consultants Sdn. Bhd.
PTS Millennia Sdn. Bhd.
PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.
PTS One Sdn. Bhd.
PTS Litera Utama Sdn. Bhd.
PTS Islamika Sdn. Bhd.
PTS Darul Furqan Sdn. Bhd.
PTS Pop Sdn. Bhd.
PTS Netmedia Sdn. Bhd.
PTS Bookcafe Sdn. Bhd.
PTS Edar Sdn. Bhd.
No 12, Jalan DBP, Dolomite Business Park, 68100 Batu Caves, Selangor, MALAYSIA. Tel: 603-6188 0316, 603-6189 0316. Website: http://www.pts.com.my

KARNADYA SOLUTIONS SDN BHD,
No. 12, Jalan BP 6/6, Bukit Puchong Commercial Centre, 47100 Puchong, Selangor.
Tel: 03-8068 4763. Website: http://www.karnadya.com.my

BANYAK FAKTOR PENGARUHI JUALAN NOVEL POPULAR


BANYAK sebab mengapa ramai yang berlumba-lumba ingin menjadi penulis novel. Pertama mereka mempunyai minat ada  ada bakat menulis novel, kedua kerana ingin mencipta nama menerusi penulisan, ketiga kerana daya tarikan novel yang menjadi kegemaran pembaca ketika ini, keempat kerana ingin mendapatkan royalti hasil penulisan novel, kelima ingin menjadikan novel sebagai tempat untuk meluahkan perasaan atau apa yang terpendam di hati, keenam ingin dikenali sebagai penulis novel dan banyak lagi sebab yang tidak dapat dituliskan di sini.

            Apa yang pasti, hanya mereka sahaja yang tahu apakah  niat mereka menulis novel. Ditambah pula dengan bilangan penerbit novel yang bertambah, secara tidak langsung peluang untuk penulis menerbitkan manuskrip mereka terbuka luas. Jika kita rajin ke kedai buku, mungkin lebih daripada 20 judul novel diterbitkan setiap bulan yang diterbitkan oleh pelbagai syarikat penerbitan.

            Jumlah  novel yang terbit setiap bulan ini akan menyebabkan pesaingan semakin sengit untuk menarik peminat novel membeli novel mereka. Mereka yang masih baru dan belum mempunyai nama mungkin akan tenggelam di tengah-tengah kehangatan penulis yang sudah melahirkan novel sebelum ini.

            Bagaimanapun jangan dijadikan alasan ini untuk kurang menulis atau memetahkan semangat. Penulis yang ingin Berjaya seharusnya tidak gusar dengan fenomena ini. Jika karya anda baik, sudah tentu akan menjadi rebutan peminat novel. Jika novel pertama tidak Berjaya, jangan patah semangat, tulis dan tulislah semampu nya sehingga nama anda sebaris dengan  penulis lain di rak-rak buku.

            Sebenarnya banyak faktor yang menyebabkan novel anda meledak di pasaran, selain anda sudah mempunyai nama yang kukuh, cerita yang dipaparkan, promosi novel berkenaan, penerbit yang menerbitkan dan banyak lagi. Penulis juga wajar mempunyai blog sendiri untuk memasarkan novelnya sendiri dan tidak bergantung semata-mata kepada penerbit dan pengedar.

            Tidak terujakah anda jika novel anda mencatat jualan sehingga 20 ke 30 ribu naskah?