RAMAI pembeli buku saya yang terbaru 100 Wasiat Rasulullah Kepada Wanita teruja dan tidak menyangka dapat bertemu dengan penulis. Mereka menyatakan kegembiraan apabila mendapat tandatanga penulis pada buku yang dibelinya.
Apatah lagi kebanyakkannya mereka datang dari jauh. Ada yang dari Pulau Pinang, Johor Bharu, Kelantan dan serata negera semata-mata kerana mahu mencari buku-buku terbaru. Mereka mengambil peluang bergambar dengan penulis sebagai kenang-kenangan.
Gambar yang disiarkan di atas merupakan guru-guru dari Pulau Pinang yang kebanyakannya membeli empat buku yang kesemuanya bermula dengan judul 100. Penulis sudah menyediakan lima hadiah kepada lima pembeli pertama yang membeli empat judul buku 100 ini.
Nampaknya mereka gembira dengan hadiah misteri yang mereka perolehi dan mereka tidak menyangka, membeli buku dapat lagi wang misteri.
Isnin, 11 Mei 2015
PENULIS PERLU BELAJAR MEMASARKAN BUKU SENDIRI
PESTA Buku Antarabangsa
Kuala Lumpur (PBAKL15) baru sahaja berlalu. Bagi penulis, inilah masanya untuk
mencari buku-buku yang diperlukan untuk menambahkan ilmu.
Pada waktu inilah juga banyak penerbit berlumba-lumba
menerbitkan buku-buku terbaru supaya dapat dipasarkan ketika PBAKL15. Para
penerbit juga mencari ruang tertentu untuk memperkenalkan buku-buku terbaru
terbitan mereka.
Sebagai penulis, kita sebenarnya tidak boleh mengharapkan
penerbit mempromosi buku-buku yang diterbitkan tanpa penglibatan penulis.
Penerbit banyak buku yang perlu dipromosikan. Para penulis pula perlu mengambil
kesempatan mempromosikan buku sendiri sama ada di Facebook, Twitter, Instragram
dan sebagainya sebagai satu inisiatif.
Selain itu penulis juga wajar ‘turun padang’ untuk
turut mempromosikan buku kepada para pengunjung. Saya juga tidak terlepas untuk
mempromosikan buku terbaru berjudul 100 Wasiat Rasulullah Untuk Wanita terbitan
Karya Bestari, Grup Buku Karangkraf.
Hasilnya, pembeli lebih tertarik jika penulis
sendiri turun padang, menceritakan kandungan buku terbaru kepada pembeli. Pasti
mereka juga akan terkejut apabila penulis sendiri mempromosikan buku-bukunya.
Malah ramai tidak menyangkan penulis sanggup turun
padang mempromosikan buku sendiri kerana setahu mereka, penulis hanya tahu
menulis sahaja. Ya, memang penat melayan
pembeli yang pelbagai karenah tetapi berbaloi apabila pembeli rasa berpuashati.
Mereka rasa bertuah kerana penulis sendiri melayan
mereka dan bersedia menandatangani buku yang telah mereka beli. Namun untuk
mempromosikan buku memerlukan ilmu.
Sesetengah penulis ada yang tidak sanggup berbuat
demikian mungkin kerana malu atau tidak biasa. Tetapi sekiranya buku mahu cepat
dikenali pembaca, tidak perlu malu untuk menyarankan pembeli membaca buku kita.
Tidak ramai penulis yang sanggup ‘memujuk’ pembeli
membeli buku kita. Mereka lebih suka duduk di meja yang disediakan, hanya menunggu
jika ada pembeli yang mahu membeli buku kita, barulah kita akan menanda-tangani
buku yang dibeli.
Pengalaman saya ‘menjual’ buku sendiri di pesta buku
seperti ini memang menyeronokkan.
Langgan:
Catatan (Atom)