Sabtu, 26 Ogos 2017

BAHAYANYA BANYAK IDEA KETIKA MENULS



KITA selalu dengar rungutan banyak sangat yang hendak ditulis, akhirnya tiada satu pun yangb berjaya ditulis.

Ini satu kesilapan sebenarnya apabila terlalu banyak idea yang hendak ditulis. Idea dataing bertalu-talu sehingga tidak tahu yang mana hendak ditulis.

Bayangkan di hadapan kita ada tiga ekor arnab. Mampukah kita menangkapnya ketiga-tiganya sekaligus pada satu masa. Jawabnya tidak. Jika seekor pun belum tentu Berjaya menangkapnyanya, mana mungkin ketiga-tiganya dapat ditangkap dalam satu masa.

Begitulah analoginya. Kita yakin dan mampu menangkap seekor jika kita benar-benar fokus untuk menangkap seekor sahaja. Sama juga halnya jika kita hendak menulis novel, cerpen, buku dan sebagainya.

Apa yang penting di sini ialah fokus pada idea yang satu. Orang yang berjaya menghasilkan novel atau buku kerana fokus kepada apa yang sedang dibuat.  Kita tidak mungkin menulis tiga atau empat novel dalam satu masa.

Percayalah kita akan gagal. Selesaikan yang satu dahulu. Sudah selesai barulah kerjakan yang lain. Ramai penulis baru gagal untuk menyiapkan sesebuah novel kerana tidak fokus.

Belum siap novel pertama sudah ghairah hendak menulis novel kedua. Jika ada banyak idea, simpan dulu idea itu. Idea itu tidak akan lari ke mana. Inilah yang saya lakukan sejak mula menulis novel pertama dan sehingga kini sudah lebih 20 novel diterbitkan.

www.sifubuku.com

Tiada ulasan: