Sabtu, 26 Ogos 2017

SETIAP KONFLIK MESTI KUAT



SETIAP  konflik yang dicetuskan mestilah kuat, bukan konflik remeh temeh. Apabila konflik kuat, cara penyelesaiannya juga mesti kuat dan logik. Apa yang dimaksudkan konflik yang lemah ialah konflik yang tidak mencabar untuk diselesaikan. 

Sebagai contoh kes anak Ahmad dan Bakar yang saling jatuh cinta dan mahu berkahwin. Penyelesaian yang lemah ialah membenarfkan mereka berkahwin dan ahmad serta Bakar melupakan kisah lama. Selesailah konflik.

Penyelesaikan yang kuat ialah apabila Ahmad menentang anak perempuannya berkahwin dengan anak lelaki Bakar. Ahmad akan melakukan apa sahaja asalkan anaknya tidak jadi berkahwin dengan anak Bakar.

Begitu juga dengan Bakar yang berusaha untuk memisahkan anaknya berkahwin dengan anak Ahmad. Bakar pula sudah menyediakan seorang gadis yang sesuai untuk dijodohkan dengan anaknya.

Konflik demi konflik demi konflik terus tercetus. Konflik di antara Ahmad dengan Bakar, Ahmad dengan anaknya, Ahmad dengan isterinya. Bakar dengan anaknya, konflik Bakar dengan isterinya dan anak Ahmad dengan anak Bakar juga turut berkonflik.

Bgeotulah cerita akan terus berkembang pada lamdasan konflik yang dibina dengan binaan yang kuat dan kukuh. Cara penyelesainya juga memerlukan ketelitian dana mat mencabar.
Mungkin pada akhir cerita setelah melalui pelbagai konflik, anak Ahmad dan anak Bakar akhirnya berkahwin atau Ahmad dan Bakar berpatah arang dan berkerat rotan. Mereka  menghalang perkahwinan anak-anak mereka.

Itu terpulangkan kepada pengarang mencari solusinya. Sebenarnya konflik seperti ini boleh dipanjangkan sekiranya novel tidak cukup tebal. Untuk memanjangkannya, pengarang harus bijak memasukkan banyak plot.

Bagi memastikan konflik yang kuat, dialog yang digunakan juga mesti kuat, ada isi dan bukan dialog yang remeh seperti betanya khabar, sudah makan atau belum atau dialog-dialog yang tidak bermakna atau nilai.

Dialog juga mesti menjurus kepada pokok persoalan konflik. Jika konflik mengenai keretakkan rumahtangga, dialog mesti ada kaitan dengan perihal rumahtangga sahaja.

Tiada ulasan: