UNTUK tidak bercelaru dan keliru kepada pembaca
juga kepada penulis yang mengarang cerita, lebik baik catatkan dalam satu
kertas, apakah bentuk-bentuk konflik yang akan ditimbulkan dan cara bagaimana
untuk menyelesaikan.
Apabila
sesuatu konflik itu sudah diselesaikan, bagaimanakah caranya untuk menimbul
atau mencetuskan konflik baru. Pastinya konflik itu ada kaitan dengan konflik
pertama dan jenis konflik itu pula berlainan. Umpamanya selesai bab
menyelesaikan hutan, timbul pula konflik baru yang berkaitan dengan balas
dendam atau sebagainya.
Supaya
lebih mudah, catatkan apakah konflik yang akan ditimbulkan pada bab 1, bab 2,
bab 3 dan seterusnya sehinggalah ke bab akhir, di mana kesemua konflik dalam
novel itu dapat diselesaikan satu persatu mengikut kronologi cerita.
Dalam
sebuah bab, perlu ada sekurang-kurangn nya mesti ada satu konflik. Dua atau
tiga boleh boleh tapi jangan terlaku banyak. Ia akan bercelartu nanti, sama ada
konflik sudah diselesaikan atau tidak dan jangan biarkan tergantung.
Adanya
konflik dalam satu-satu bab akan memudahkan penulis menyambung cerita sekiranya
pengarang hendak berhenti menulis untuk bab berkenaan. Sebaik-baiknya setiap
kali menulis, siapkanlah separuh atau satu bab lagi bagus.
Jangan
menulis dalam satu-satu bab, dua atau tiga perenggan selepas itu berhenti kerana ada kerja lain yang akan
dibuat kemudian akan di sambung pula pada waktu lain. Memang tidak ada
pengarang novel yang menulis bermula dari bab pertama sehingga ke akhir tanpa berhenti dalam satu-mastu
masa.
Sebagai
contoh, mula menulis pada jam 1.00 pagi 20 haribulan dan novel siap pada 1.00
pagi 21 haribulan. Maksudnya menulis novel dalam masa 24 jam tanpa henti.
Jangan menyiksa diri semata-mata mahu cepat menyiapkan sesebuah novel.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan