Isnin, 24 Julai 2017

BEBERAPA KESILAPAN MENULIS YANG TIDAK DISEDARI

KALAU kita rajin mengkaji novel-novel yang ditulis oleh penulis baru, banyak kesilapan yang mereka lakukan sama secara disedari atau tidak. Kesilapan ini dilakukan mungkin kerana kurang bahan ilmu bantu atau penulis itu sendiri belum masak dengan penulisan novel.

Di antara kesilapan yang sering dilakukan ialah:
Kurang konflik.

Bagi sesebuah novel, konflik merupakan nyawa kerana konfliklah cerita akan berkembang biak. Lebih banyak konflik, lebih baik tetapi harus berhati-hati untuk menyelessikannya. Bukan mencipta konflik tetapi tidak ada jalan penyelesaiannnya.

Konflik tidak bersimpang siur sehinggakan pembaca menjadi keliru.Sebaik-baiknya konflik jangan terlalu lama hendak diselesaikan. Apabila menimbulkan konflik pada bab 1, cuba selesaikan pada bab yang tidak terlalu jarak.

Selesai satu konflik. Timbulkan konflik lain. Atau timbulkan dua atau tiga konflik dan diselesaikan mengikut turutan. Sepanjang cerita dalam novel berjalan, ada sahaja konflik tercetus. Ini akan memaksa pembaca tidak akan meninggalkan pembacaan selagi konfik tidak diselesaikan.

Ini juga untuk mengelakkan penulis ketandusan idea untuk meneruskan cerita. Novel terbengkalai, salah satu puncanya kerana tidak ada konflik. Jika tidak ada konflik, bermakna tidak ada masalah yang hendak diselesaikan.

Salam satu tujuan menulis novel ialah mewujudkan cerita, kemudian mewujudkan masalah dan menyelesaikan masalah. Selagi ada masalah, selagi itulah jalan cerita semakin panjang. Tugas penulis ialah mencetuskan masalah dan bagaimana mahu menyelesaikan masalah.

Jangan sesekali mencetuskan masalah jika tidak tahu bagaimana mahu menyelesaikan masalah. Mematikan watak untuk menyelesaikan masalah bukanlah jalan terbaik. Kecuali jika watak itu dimatikan untuk mewujudkan masalah lain.

Konflik pula mestilah sesuai dengan watak dan ada kaitan. Jangan timbulkan konflik yang tidak ada kaitan dengan watak. Cara hendak menyelesaikan konflik pula hendaklah secara berperingkat-peringkat tetapi sedikit demi sedikit. 

Sebagai contoh jika ada watak berhutang dengan seseorang. Dengan membayar hutang, kita fikir masalah akan cepat selesai. Memang betul. Tetapi cara itu sangat mudah. Tidak mencabar. Mungkin untuk lebih  mencabar, watak terpaksa melakukan pelbagai kerja sehingga tidak memikirkan kesihatan diri.

Apabila duit sudah hampir cukup untuk membayar hutang, duit pula kena rompak atau disamun. Timbul pula konflik baru. Konflik saling bertimpa akan menyebabkan  penulis sentiasa ada idea untuk menyelesaikan masalah yang belum selesai.

www.sifubuku.com

Tiada ulasan: