Isnin, 24 Julai 2017

ELAK RAMBANG MATA BILA MULA MENULIS


RAMAI yang baru mula hendak menulis, terlalu ghairan hendak menulis apa sahaja yang terlintas di fikiran. Perbuatan ini sama dengan kita yang rambang mata apabila melihat sesuatu yang mengasyikan.

Setiap barangan kita belek dan semangat untuk memiliknya berkobar-kobar. Akhinya tiada satu pun yang dibelinya kerana gagal memilih yang terbaik.

Begitu juga dengan menulis. Dalam kepala terfikir untuk menulis novel bertemakan A, ketika mula hendak menulis, terlintas pula hendak menulis novel seram, baru terfikir hendak menulis novel seram, terlintas pula hendak menulis travelog dan macam-macam lagi.

Ini memang biasa berlaku. Akibatnya semua tidak menjadi. Apabila ini terjadi, tidak ada satu pun dapat diselesaikan. Menulis sudah menjadi kerja yang terbengkalai.

Untuk elak perkara ini. Penulis mesti fokus pada yang satu. Jika hendak menulis novel seram, lupakan yang lain. Siapkan dahulu novel seram itu. Jika sudah siap barulah mulakan novel yang lain.

Jika hendak menulis puisi, fokus pada puisi dahulu. Sudah siap, boleh beralih menulis cerpen pula. Sudah siap cerpen boleh tulis novel.

Jika hendak melakukan tiga kerja penulisan serentak, hanya penulis yang sudah ada pengalaman sahaja boleh lakukan. Jika barui muila hendak menulis. Ingatan saya, jangan rambang mata.

Tulislah satu-satu dahulu. Anda yakin, anda mampu berjaya.

www.sifubuku.com

Tiada ulasan: