Ahad, 21 Mei 2017

BEZANYA MEMBACA NOVEL BAGI DUA GOLONGAN




MEMBACA novel hanya sekadar ingin tahu isi cerita dengan membaca novel dengan niat ingin menghasilkan sebuah novel satu ketika nanti, ada bezanya. Membaca novel hanya sekadar ingin tahu cerita dan kesudahannya boleh dilakukan secara santai.

Mungkin membaca novel boleh dilakukan ketika mengisi waktu lapang, waktu tidak sibuk atau sememangnya dikhaskan waktu untuk membaca novel dalam setengah atau satu jam. Selepas membaca dan tahu isi cerita novel, buku itu akan disimpam di dalam rak dan mengambil novel lain pula untuk dibaca.

Jika novel itu membosankan, mereka akan membaca sekali lalu dengan cepat supaya cepat habis. Tetapi jika novel itu bagus, mereka akan membacanya satu persatu perkataan dan dapat membayangkan apa yang dibacanya di dalam kepala.

Manakala mereka yang membaca novel dengan niat ingin menghasilkan sebuah novel satu hari nanti, mereka akan mengambil masa yang agak lama. Ada dua kemungkinan. Pertama sambal membaca, mereka akan meneliti cara pengolahan penulis, bahasanya, bagaimana menjalin plot, penyudahan dan sebagainya.

Mereka akan membuat catitan sebagai panduan. Ini akan memudahkannya apabila ingin membuat rujukan ketika menulis novel.
Kedua, mereka akan membacanya dengan teliti sehingga habis. Setelah mengetahui isi ceritanya, mereka akan membaca sekali lagi dengan tujuan untuk membuat catitan bagaimanakah penulis mengolah cerita dan sebagainya.

Tugas seperti ini memakan masa lama. Ya, seseorang yang ingin membuat sesuatu sudah pasti sejak awal ia akan membuat kajian. Sebagai contoh, seseorang yang ingin membuat kek. Pastinya ia sudah tahu apakah bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat kek. Kemudian bagaimana mahu mengadun dan sebagainya.

Selepas itu berapa lama masa diambil untuk menyiapkan sebiji kek. Jika dia membuat lebih daripada sebiji, berapa lama masa akan diambil dan tidak semua kek rasanya sama bahan yang sama.
Secara ringkasnya, banyak kajian dibuat sebelum menghasilkan sesuatu produk. Ini berbeza dengan mereka yang ingin memakan kek. Mereka boleh beli di kedai, kemudian bawa balik, potong dan memakannya.

Ingin menghasilkan novel juga begitu. Jika tidak tahu bagaimana mahu membuatnya, mereka akan belajar sama dengan menghadiri bengkel atau buku-buku mengenai penulisan novel.
Membaca novel bagi kategori pertama tidak perlu berfikir dan memikir. Ia sama seperti membeli kek di kedai, bawa balik rumah, potong dan terus dijamah.

Berbeza dengan kategori kedua. Mereka akan membeli bahan-bahan membuat kek di kedai, kemudian bawa balik rumah dan terus membuatnya. Jika difikirkan, tidak perlu bersusah payah membuat kek jika ingin memakannya.

Begitu juga dengan menulis novel. Bagi mereka yang ingin menghasilkan novel sudah tentu akan berusaha dan belajar sehingga berjaya. Jadi, mereka yang ingin menghasilkan novel perlu banyak menghabiskan masa untuk belajar dan mengkaji sebelum menghasilkan sesebuah novel.
Jika anda terus membuat novel tanpa persediaan, novel anda mungkin tidak sebaik jika anda belajar dulu. Sesudah anda memiliki ilmu, barulah anda menghasilkan sebuah novel. Ketahui teknik-teknik bagaimana mahu menulis novel supaya kerja anda tidak terbe gkala di tengah jalan.

1 ulasan:

ridhmie berkata...

mantapppp