Isnin, 20 Disember 2010

SELAMAT TAHUN BARU 2011


KEPADA semua pembaca setia blog ini, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih dan Selamat Tahun Baru 2011. Kepada mereka yang bercadang dan berazam untuk menghasilkan novel pada tahun 2011 ini, berapakah jangkaan novel yang anda mahu tulis.

Jangan fikirkan dahulu soal sama ada dapat diterbitkan atau tidak. Apa yang penting, anda mesti menghasilkan sekurang-kurangnya sebuah novel pada suku tahun pertama tahun 2011.

Jangan menunggu novel yang pertama tadi terbit, selesai sahaja menghabiskan novel pertama tadi, teruslah merangka untuk menulis novel kedua dan seterusnya. Bolehkah anda menghasilkan tiga atau empat buah novel setahun atau sepanjang tahun 2011?

Jawabnya, BOLEH. Segala-galanya terpulang kepada anda. Banyak tema atau rangka cerita berada di seputar kita. Tugas kita untuk mengutip cerita-cerita itu dan merangkumkan menjadi sebuah novel.

Mereka yang masih samar-samar menulis novel, sila dapatkan ebook CARA MUDAH MENULIS NOVEL (CMMN) berharga RM 40.00. Anda tidak rugi memilikinya. Selain mendapat secara percuma sebuah novel bonus, anda akan dibekalkan 10 tip penulisan novel dan sebuah ebook percuma PANDUAN MENULIS NOVEL – Berdasarkan Kisah Benar.

Sila SMS 013-3635560 untuk mendapatkan maklumat lanjut atau lihat entri bulan Januari 2010 untuk mendapat cara-cara mendapatkan ebook ini.

Sabtu, 18 Disember 2010

INILAH NOVELOG 'SEMENJAK KAU DATANG' (SKD)


DALAM entri sebelum ini saya ada memberitahu mengenai novelog saya yang akan terbit. Perkembangan terakhir, novelog ini masih dalam proses percetakan. Jika tiada aral, kemungkinan novelog ini akan menemui pembaca pada awal tahun hadapan.

Novelog ini hasil perbincangan saya dengan Pengurus Besar Oasis Buku, Hajah Sri Diah. Dalam perbincangan itu beliau mahukan satu kelainan dalam penulisan novel, tidak sebagaimana yang ditulis oleh penulis sekarang.

Dalam perbincangan ini lahirlah perkataan ‘novelog’ yakni novel yang menceritakan mengenai perjalanan atau pengalaman bagaimana seorang gadis yang terjebak dengan cinta jejaka Lombok.

Bermula dengan perkenalan, seterusnya perjalanan merempuh onak dan duri menyeberang lautan dengan kapal dan bot untuk sampai ke Pulau Lombok. Segala butir-butir perjalanan disertakan dengan tiket perjalanan, peta perjalanan, tempat-tempat yang dilalui dan sebagainya.

Saya tidak boleh menceritakan lebih lanjut mengenai novel ini. Tunggulah kelahiranya nanti, dan bagaimanakah corak penulisannya. Jika anda berminat hendak menulis novelog seperti ini boleh berhubung dengan editor pernerbit novelog ini – Buku Prima.

Saya hanya boleh membantu mendapatkan maklumat dan apa-apa yang diperlukan.

SATU MANUSKRIP UNTUK SATU PENERBIT

BOLEHKAH menghantar satu manuskrip yang sama ke penerbit yang berlainan pada masa yang sama?

Jawabnya. Tidak boleh. Sama ada anda seorang penulis baru atau penulis yag sudah lama menulis, ada baiknya diambil perhatian perkara ini. Satu manuskrip novel hanya boleh dihantar kepada sebuah penerbit sahaja pada masa yang sama.

Anda boleh menghantar menuskrip yang sama kepada penerbit lain sekiranya penerbit yang pertama menolak novel anda itu. Tetapi jika ada belum ada hitam putih mengenai penolakkan, sila daptkan kepastian daripada penerbit pertama jika anda berhasrat untuk menghantar kepada penebrit lain setelah anda berasakan terlalu lama menunggu untuk diterbitkan.

Perbuatan menghantar satu manuskrip yang sama kepada dua atau tiga penerbit juga pada masa yang sama, adalah perbuatan penulis yang tidka sabar untuk mencipta nama. Akibat perbuatan yang tidak bertanggungjawab, akan menyebabkan nama penulis berkenaan disenaraihitamkan.

Saya pernah menemui kes yang seperti ini semasa menjadi editor sebuah penerbitan. Seorang penulis yang ada nama melakukan perbuatan seperti ini tanpa memberitahu terlebih dahulu penerbit pertama sedangkan pada masa yang sama itu novel itu dalam proses untuk diterbit.

Mujur juga editor pada penerbit yang satu lagi ada memberitahu saya, penulis yang dimaksudkan itu ada menghantar manuskrip yang sama dengan penerbit lain. Bayangkanlah jika manuskrip novel yang sama , ditulis oleh penulis yang sama, terbit dalam masa yang sama?

Akhirnya manuskrip berkenaan terpaksa dikeluarkan daripada senarai novel yang akan diterbitlkan. Perbuatan ini merugikan penulis sendiri.

Bagaimanapun penulis boleh menghantar manuskrip yang berlainan kepada beberapa penerbit yang berlainan dan cerita juga berlainan. Itu pun jika penulis novel berkenaan bukan tertakluk kepada syarat-syarat hanya menulis novel untuk sesebuah syarikat penerbitan sahaja.

Penulis perlu menjaga nama baik sendiri supaya hasil tulisan kita tidak dipertikaikan oleh penerbit akibat kesabaran mahu mencipta nama dalam masa yang singkat.

BOLEH HANTAR MANUSKRIP NOVEL GUNA EMAIL

SAYA ada menerima beberapa emel yang bertanyakan, bolehkah manuskrip novel yang sudah siap dihantar kepada penerbit dengan hanya menghantar fail manu skrip dengan email sahaja tanpa manuskrip bercetak?

Saya jawab begini. Dahulu sebelum adanya teknologi internet, sememangnya manuskrip yang sudah siap dihantar kepada penerbit sama ada menghantar sendiri atau dengan cara mengepos manuskrip itu kepada penerbit.

Tetapi pada masa sekarang meskipun ada kemudahan teknologi, memang tidak salah menghantar manuskrip novel melalui emel sahaja. Saya sendiri menghantar manuskrip novel menggunakan emel sahaja dan sudah pun diterbitkan. Tetapi pada masa yang sama, saya juga sertakan manuskrip bercetak untuk memudahkan editor membuat penilaian, editing dan sebagainya.

Tujuan kita menghantar manuskrip menggunakan email untuk memudahkan penerbit tidak perlu menaip semula sekiranya manuskrip itu layak diterbitkan. Berbeza dengan zaman sebelum adanya internet, mansukrip bercetak perlu dihantar, apabila layak diterbitkan, manuskrip terpaksa ditaip semula. Ini sudah tentu membuang masa.

Walaupun menghantar manuskrip novel lebih mudah dan selamat dengan cara emel, tetapi perlu diingat membaca naskah novel dalam jumlah halaman yang beratus-ratus halaman, mungkin menjemukan sesetengah editor.

Sesetengah editor masih memerlukan manuskrip novel bercetak di samping manuskrip yang dikirim melalui emel sahaja. Bagi saya, cara yang sebaik-baiknya ialah mengirimkan manuskrip bercetak juga manuskrip yang dihantar melalui emel.

Khamis, 16 Disember 2010

TEKNIK MENULIS NOVEL YANG JARANG DIGUNAKAN

KITA mungkin pernah membaca atau belum, novel yang ditulis menggunakan sudut pandangan orang pertama pada satu bab. Kemudian pada bab seterusnya menggunakan sudut pandangan pertama juga tetapi watak yang berlainan. Begitulah seterusnya bab 3 atau 4 menggunakan nwatak-watak yang berlainan. Kemudian kembali semula kepada watak yang pertama pada bab awal tadi.

Sebagai contoh, pada bab 1, watak A akan memperkatakan hubungannya dengan watak B contohnya dan watak-watak lain, kemudian pada bab 2 pula Watak B akan memperkatakan hubungannya dengan watak A atau watak-watak lain.

Seterusnya pada bab 3, watak C pula memperkatakan hubungannya dengan watak A atau B. Untuk bab-bab seterusnya pengarang menampilkan setiap watak yang berbeza menggunakan sudut pandangan orang pertama iaitu ‘aku’ atau ‘saya’.

Menulis novel menggunakan teknik seperti ini agak rumit jika tidak biasa dan tidak membuat kajian terlebih dahulu. Sebab itulah ramai pengarang muda hari ini lebih suka menulis novel menggunakan sudut pandangan orang ketiga kerana ia lebih mudah untuk mengolah dan menyusun watak.

Bagi penulis baru, mereka boleh mencuba jika ingin mencari kelainan dalam karya mereka. Jika mereka kurang jelas teknik yang dibincangkan ini, cuba cari novel-novel lama yang menggunakan teknik sedemikian. Sepanjang pengetahuan saya, kebelakangan ini saya tidak menjumpai novel yang menggunakan teknik seperti ini.

Bagi mereka yang sudah biasa menulis novel, cuba-cubalah menggunakan teknik ini. Teknik ini tidaklah sesukar mana asalkan pengarang bijak menyusun cerita supaya ia tidak ‘tunggang terbalik’ dan memeningkan pembaca memahaminya.

Sabtu, 4 Disember 2010

MANA LEBIH MUDAH: TULIS CERITA SEDIA ADA ATAU REKAAN

YANG manakah lebih mudah, menulis novel berdasarkan cerita yang sudah ada atau cerita yang direka sendiri? Berdasarkan kepada pengalaman penulis, menulis cerita berdasarkan cerita yang sudah ada adalah lebih mudah berbanding dengan cerita yang direka sendiri.

Ini kerana cerita yang sudah ada ibarat landasan atau laluan yang akan kita tempuh untuk ke satu-satu tempat. Bagaimana pula jika kita ingin ke sesuatu tempat sedangkan kita sendiri tidak tahu arah atau laluannya?

Hal ini samalah dengan menulis sesebuah novel sedangkan kita tidak tahu apakah cerita yang hendak dituliskan. Kita terpaksa mereka cerita, sesudah lakaran cerita iytu siap, barulah kerja-kerja menulis boleh dimulakan.

Cerita sedia ada yang dimaksudkan ialah cerita yang terdapat di dada-dada akhbar setiap hari. Kita boleh ambil cerita yang disiarkan itu kemudian diolah dengan cara sendiri tetapi masih berdasarkan cerita yang dipaparkan. Samada ada kita mahu ambil cerita itu keseluruhan atau kita menokok tambah, terpulanglah kepada kita untuk menuliskannya.

Cuma apa yang penting di sini, janganlah ambil cerita itu bulat-bulat, intipati cerita masih sama tetapi tukarkan nama-nama watak atau tempat. Sekiranya anda seorang yang bijak mengolah cerita, anda boleh empat atau lima cerita yang disiarkan di akhbar itu kemudian cantum dan susun semula sehingga ia menjadi sebuah cerita.

Saya percaya cerita itu akan saling berkaitan jika anda bijak mengolah. Sebagai contoh ambil kisah ini.

Cerita 1: Menegenai seorang peragut yang ditangkap polis.
Cerita 2: Mengenai seorang ibu dan anak yang hidup dan kemiskinan.
Cerita 3: Seorang wanita kaya yang sombong baru keluarkan wang dari mesin ATM kemudian diragut.
Cerita 4: Seorang anak kecil yang berpenyakit kronik dan perlukan wang untuk rawatan.
Ceriat 5: Seorang ibu tua di kampong yang bertahun mengharapkan kepulangan anak lelakinya.

Jika anda bijak mengolah, keratan akhbar di atas boleh diolah menjadi sebuah cerita.

KELEMAHAN SESEBUAH NOVEL

MEREKA yang sudah biasa membaca novel, pasti akan dapat mengesan kelemahan sesebuah novel. Tetapi bagi pembaca biasa yang hanya sekadar ingin tahu cerita sesebuah novel, sudah tentu tidak dapat mengesan di mana kelemahan.

Mungkin mereka hanya akan berkata, “Cerita dalam novel ini tak menariklah.” Apabila diminta pendapat mengenai novel yang sudah dibacanya.

Bagi mereka yang bercadang menulis novel, apa yang akan diterangkan ini mungkin boleh dijadikan panduan.

1) Watak utamanya tidak aktif atau menonjol, sebaliknya watak pembantu pula yang menonjol kecuali jika memang penulis sengaja mahu menjadikan watak utamanya lemah.

2) Tidak ada konflik besar atau kecil yang menjadikan jalan cerita boleh dipecah-pecahkan atau ia hanya sekadar sebuah cerita mendatar. Pergerakan ceritanya perlahan, tidak ada isu yang membuatkan pembaca tertanya-tanya atau sesuatu yang mengejutkan.

3) Pengarang kurang bijak di mana mahu mencetuskan konflik dan di mana mahu menyelesaikan.

4) Watak utamanya tidak digambarkan sesuatu yang hebat dan mampu berhadapan dengan pelbagai rintangan sebelum menempuh kejayaan.

5) Setiap bab yang dipaparkan tidak ada konflik seolah-olah ia sebuah cerita karangan yang tidak ada hubungkait dengan bab-bab sebelum dan sesudahnya.
Sebenarnya banyak lagi kelemahan jika hendak dikaji tetapi pada asasnya, apa yang diterangkan di atas boleh dijadikan panduan.

EMOSI DALAM NOVEL

BAGAIMANAKAH caranya untuk menimbulkan kesan emosi ketika menulis novel? Di antara kesan emosi yang ada di dalam diri manusia ialah marah, sedih, benci, geram, ego, sombong dan banyak lagi. Kesan emosi seperti ini sememangnya amat penting sama ada dituturkan di dalam dialog, monolog atau dalam ayat penerangan.

Untuk lebih berkesan ketika menuliskan babak marah misalnya, perlukah penulis mesti ada perasaan marah kmenulis novel itu? Bagaimanakah hasil tulisannya kerana ketika menulis, dia dalam keadaan santai? Tidak marah atau sedang ketawa.

Walaupun ketika itu penulis tidak dalam keadaan marah, sudah tentu sebelum ini penulis pernah merasai keadaan marah, contohnya marah kepada kawan, kepada isteri, anak-anak atau sesiapa sahaja. Dalam hal ini menjiwai perasaan watak adalah penting.

Pengalaman marah itu tentu sahaja boleh diaplikasi ketika menulis novel. Kata-kata atau dialog ketika seseorang sedang marah biasanya pendek-pendek, bernada keras di samping raut muka yang tegang berselirat.

Begitu juga dengan perasan lain. Penulis sudah tentu pernah mengalami detik romantik, sedih, geram, mencemaskan dan sebagainya. Ketika dalam suasana romantik, penulis sudah tentu dapat membayangkan apakah kata-kata yang wajar dilafazkan.

Bagaimanapun mungkin kesan emosi itu akan lebih ‘real’ jika ketika sedang menulis novel, pengarang benar-benar sedang dalam situasi marah, sedih, geram dan sebagainya.

Tetapi bagi sesetengah pengarang, bolehkah dia menulis ketika perasan marah sedang melanda jiwanya, begitu juga dengan emosi-emosi lainnya? Sesetengah pengarang hanya akan menulis ketika suasana tenang kerana ketika itu emosi boleh dibentuk dengan mudah, tetapi tidak mampu berkarya ketika fikiran sedang berserabut.

Sekiranya ingin menulis babak marah, pengarang akan membayangkan bagaimanakah perilakunya ketika dia sedang memarahi seseorang.

Sebagai kesimpulannya, boleh menulis ketika emosi seseorang sedang bergolak seandainya pengarang memang pernah melakukannya. Tetapi bagi pengarang yang tidka pernah melakukannya, kesan emosi dalam penulis boleh dilakukan dengan lebih penghayatan mata dan fikiran.

Jumaat, 19 November 2010

NOVELOG SEMENJAK KAU DATANG (SKD)

NOVELOG?

Tak pernah mendengar perkataan itu sebelum ini. Tetapi TRAVELOG pernah mendengarnya. Travelog merupakan satu catatan perjalanan ke sesuatu tempat yang disampaikan dalam bentuk kretaif tetapi masih berpandukan kepada fakta dan buka disampaikan secara imaginasi.

Manakala Novelog pula merupakan sebuah novel yang disampaikan hasil gabungan imaginasi dan fakta. Nama-nama tempat di mana sesuatu peristiwa itu berlaku adalah benar sementara ceritanya pula boleh juga berdasarkan kisah benar atau kisah rekaan.
Saya baru sahaja menyiapkan sebuah Novelog yang bakal diterbitkan oleh Prima Buku.

Jika tidak ada aral melintang Novelog berkenaan akan terbit selewatnya tahun ini atau awal tahun hadapan. Pada pengamatan saya, inilah pertama kali sebuah novelog diterbitkan. Sebuah novel yang menggabungkan catatan perjalanan daripada kisah benar.

Sebuah novelog yang bertajuk Semenjak Kau Datang merupakan kisah benar bagaimana seorang gadis remaja dilarikan oleh jejaka dari Pulau Lombok dan bernikah di sana. Novel ini bermula dari kisah perkenalan sehinggalah detik-detik perjalanan yang mengharungi pelbagai dugaan di lautan dan kembali semula ke Malaysia.

Jika ingin mengetahui cara penyampaiannya dan apakah yang dikatakan novelog itu, tunggulah kemunculannya nanti dalam masa terdekat.

KETAJAMAN IMAGINASI DAN ILMU

DI DALAM konteks penulisan imaginasi merupakan ketajaman fikiran seseorang penulis untuk mewujudkan suatu suasana di dalam karya tanpa berada di tempat yang sedang digambarkan.

Sebagai contoh seorang penulis menggunakan imaginasinya sedang mengambarkan suatu keadaan di balai ketibaan sebuah lapangan terbang sedangkan ketika menulis itu dia sedang berkarya di dalam biliknya.

Selain menggunakan imaginasi (sebaik-baiknya penulis pernah berada di mana situasi itu sedang digambarkan), penulis boleh menggunakan gambar rakaman video, gambar-gambar dan medium lain yang berkaitan.

Sesudah memperolehi medium untuk menggambarkan suasana sedemikian, ilmu bagaimana untuk memindahkan di dalam bentuk tulisan amat penting. Jika diberikan tugasan kepada 10 orang untuk menggambarkan bagaimanakah keadaan balai ketibaan di seuah lapangan terbang, sudah pasti akan melahirkan 10 gambaran yang berbeza.

Untuk menjadi seseorang penulis yang berilmu di dalam berimaginasi, mereka sewajarnya luas pengalaman, banyak membaca, banyak mengkaji, rajin mengembara, berkomunikasi dengan ramai orang dan sebagainya.

Tidak semestinya seseorang penulis mesti berada di tempat di mana suatu gambaran hendak dituliskan di dalam novelnya, tetapi jika pernah berada di tempat berkenaan, itu adalah sebaik-baiknya.

Tetapi jika tidak pernah, selain menggunakan medium yang disebutkan di atas, penulis juga tajam pendengaran, tajam pemerhatian. Seseorang penulis akan dilihat ketajaman imaginasinya apabila dapat menggambarkan suatu keadaan dengan begitu ‘real’ sekali meskipun tidak pernah berada di tempat berkenaan.

BAKAT DAN MINAT DUA PERKARA BERBEZA

ADA orang minat menulis tetapi sesudah mencuba berkali-kali masih juga gagal. Ini kerana mereka tidak ada bakat. Minat dan bakat, dua perkara yang berbeza. Ada minat tidak semestinya ada bakat menulis.

Contohnya, daripada sekian banyak mereka yang menghadiri bengkel penulisan novel contohnya, hanya beberapa orang sahaja yang mampu menghasilkan novel. Yang lain kerana mempunyai minat tetapi tidak berkebolehan menulis kerana tidak ada bakat.

Bagaimanapun, jika ada bakat, minat wajib ada kepada mereka yang ingin menulis novel. Bakat boleh dipupuk, begitu juga dengan minat. Ada sesetengah orang yang tidak bemrinat dengan sesuatu perkara tetapi apabila didedahkan beberapa dengan perkara berkenaan, akhirnya mereka berminat.

Apabila sudah ada minat, bakat harus dipupuk. Ada sesetengah mereka yang tidak ada bakat tetapi apabila diberi pendedahan, akhirnya mereka berkemampuan untuk menulis.

Walaupun bakat dan minat dua perkara yang berbeza tetapi dua perkara ini boleh diletakkan di aras yang sama. Oleh yang demikian bakat dan minat harus seiringan jika ingin menghasilkan novel.

Minat ada tetapi bvakat tidak ada, novel tidak akan terhasil. Bakat ada tetapi minat tidak dipupuk selalu, akhirnya bakat akan lenyap begitu sahaja. Bayangkan di dalam satu-satu bengkel penulisan novel boleh dihadiri lebih kurang 40 orang, adakah kita yakin 40 orang ini mampu menghasilkan novel?

Jawapannya pasti tidak. Mungkin hanya beberapa orang sahaja yang betul-betul berminat dan berbakat akan muncul sebagai penulis novel yang berjaya.

PERLUNYA KETAJAMAN FIKIR PENULIS NOVEL

PERLUKAH seseorang penulis novel itu membuat rujukan atau pergi ke tempat di mana latar novel yang sedang dituliskannya supaya cara penyampaiannya lebih berkesan?

Saya sebenarnya banyak menerima soalan seperti ini daripada mereka yang bercadang menulis novel. Ada dua jawapan di sini. Pertama perlu dan kedua tidak perlu.
PERLU di sini membawa maksud, sekiranya penulis ada masa, ada sumber kewangan dan perlu membuat rujukan, ada baiknya ke tempat yang diambil sebagai latar sebuah cerita. Sebagai contohnya, peristiwa berlaku berlatar belakang Gunung Merapi di sebuah perkampungan yang teruk menerima kesan bencana itu.

Jika penulis ada peluang, ada masa, memang lebih baik pergi sendiri ke tempat berkenaan supaya latar cerita yang hendak disampaikan lebih ‘real’ seolah-olah penulis berada di tempat kejadian semasa letupan gunung Merapi berlaku.

Penulis akan dapat gambaran yang jelas, apakah sebenarnya yang berlaku dan bagaimana keadaannya setelah melihat dengan mata kepala sendiri. Tugas seperti ini sudah tentu memerlukan perbelanjaan yang tinggi. Jika penulis ada kemampuan, apa salahnya.

TAK PERLU jika penulis tidak ada kemampuan untuk sampai ke tempat berkenaan. Rujukan boleh dibuat melalui keratan akhbar, internet dan sebagainya. Mungkin cara begini kurang ‘real’nya tetapi jika penulis tajam daya imaginasinya, sudah tentu ia akan lebih berkesan.

Ramai juga penulis yang menggambar latar sesuatu tempat tanpa pergi ke tempat berkenaan, tetapi mereka harus mencari sumber rujukan supaya tidak tersalah fakta. Sebagai contoh jika mahu menjadikan peristiwa letupan gunung berapi di kepulauan Indonesia, sekurangnya penulis mesti tahu, ada berapa jumla gunung berapi yang aktif di negara itu.

Di antara banyak gunung bereapi itu, gunung manakan yang paling tinggi dan yang paling aktif. Sebagai penulis, kita tidak wajar untuk membuat andaian tanpa berdasarkan rujukan. Jika ini dilakukan, ia akan menggambarkan bahawa penulis tidak membuat persiapan rapi sebelum mengambil satu-satu tempat sebagai latar dalam novelnya.

Isnin, 1 November 2010

MESTI BERANI LAKUKAN EKSPERIMEN

APA yang penting, karya itu menjadi sebuah novel, ada cerita, ada dialog, ada ayat penerangan dan lain-lain yang diperlukan. Begitulah kata seorang penulis yang sedang menghasilkan sebuah novel apabila ditanya sama ada berani atau tidak membuat eksperimen atau menggarap sesuatu yang baru terhadap novel yang sedang dihasilkan.

Daripada penjelasan itu, ternyata penulis berkenaan tidak berani lagi membuat eksperimen atau sesuatu yang baru di dalam karya novelnya. Apatah lagi penulis novel itu masih tidak faham, apakah yang dimaksudkan dengan eksperimen atau pembaharuan itu.

Setahunya, selama ini dia membaca novel-novel hanya sekadar ingin tahu jalan cerita dan tidak pernah mempersoalkan bagaimanakah penulis novel itu mempersembahkan ceritanya.

Eksperimen atau pembaharuan boleh disifatkan seperti menampilkan kepelbagaian teknik dan penulisan untuk mempertingkatkan kesan dan mesej yang hendak disampaikan.

Kepelbagaian teknik yang dimaksudkan ialah dengan memasukan unsur-unsur imbas kembali, imbas muka, monolong, monolog dalaman dan sebagainya sementara meleraikan cerita dengan satu kejutan, lain daripada kebiasaan yang dijangkakan.

Ketidakberanian untuk mencuba kepelbagaian teknik menulis novel itu kerana bimbang akan menemui kegagalan dan ilmu yang kurang mencukupi untuk meredah belantara eksperimen yang lazimnya hanya berani diterokai penulis novel yang sudah mahir.

Sesebuah novel yang mampu mencuit hati pembaca harus ada nada penceritaan yang pelbagai. Mungkin ia lebih berbentuk ironis, satira atau melodrama. Semua ini sememangnya memerlukan kemahiran yang hanya mampu diperolehi dengan melakukan percubaan dan penulis mesti berani melakukannya.

Sesetengah penulis novel pula mempersoalkan, mengapa perlu melakukan pelbagai eksperimen? Bukankah ia akan memeningkan pemikiran? Tulislah novel yang mudah asalkan ada permulaan cerita, ada konflik dan ada penyelesaikannya, tidak kiralah bagaimana cara menulisnya.

Jawapannya, jika anda mahu menjadi penulis novel yang mampu melonjakkan karya anda berbanding penulis novel lain, anda harus berani melakukan sesuatu yang lain dan jangan mengekori jalan yang sudah dilalui oleh penulis lain sebelum ini.

ISU CINTA HANYA SEBAGAI PERENCAH NOVEL

SEORANG penceramah di dalam satu bengkel penulisan novel yang menjalankan kajian terhadap 50 buah novel yang dipilih mendapati 68% peratus novel yang dikaji itu memaparkan tema cinta. Menurutnya, oleh kerana novel cinta mempunyia nilai komersil, membuatkan semua penerbit novel termasuk DBP menerbitkan novel seperti ini.

Apa yang menyebabkan penerbit dan penulis menghasilkan novel sedemikian, kerana permintaan daripada pembaca sendiri yang mahukan novel yang ringan, tidak membebankan fikiran mereka dengan memikirkan novel yang berat-berat.

Di antara novel-novel yang termasuk di dalam senarai kajian merupakan novel yang sudah diulang cetak sehingga lapan kali. Ini membuktikan bahawa permintaan pembaca terhadap novel-novel seperti ini sentiasa mendapat tempat.

Tema cinta yang dimaksudkan di dalam kajian itu termasuklah sama ada cinta pandang pertama, cinta terhalang, putus cinta, cinta di antara dua darjat, cinta yang tidak kesampaian dan pelbagai lagi jenis cinta yang sememangnya dialami oleh setiap orang.

Walaupun ada novel-novel yang mengungkapkan isu lain yang lebih besar, namun isu cinta masih juga digarap sebagai penambah rencah resepi novel dan tidak lengkap jika sesebuah novel tidak diselitkan dengan isu cinta walaupun hanya dikesampaingkan.

Barangkali bukan satu yang wajar untuk menghalang para penulis novel supaya tidak menulis novel yang bertemakan cinta tetapi tema cinta wajar dijadikan bingkai sementara isu yang lebih besar dijadikan sandaran utama sesebuah novel.

Ibarat sesuatu resepi makanan, garam itu ibarat cinta yang harus ada tetapi jika terlalu banyak garam sudah tentu akan menghilangkan keenakannya kerana bahan-bahan lain juga harus ada cuma kuantitinya yang perlu diambil kira.

Kesimpulannya, keseimbangan isu cinta dan isu-isu lain wajar ditetapkan kuantitinya supaya sesebuah novel itu tidak lebih berat kepada cinta tetapi hanya sebagai perencah untuk menyedapkan cerita.

NOVEL YANG BAIK HARUS MEMILIKI NILAI

SEBUAH novel yang baik harus mempunyai nilai. Begitu di antara yang ditekankan oleh *Pengerusi laporan Panel Hakim Hadiah Sastera Exxon Mobil 2006 ada menyenaraikan beberapa nilai yang harus ada pada hasil karya yang baik. Nilai–nilai ini harus ada di dalam sesebuah karya sastera termasuklah novel.

Nilai-nilai yang dinyatakan itu ialah:
1. NILAI KOGNOTIF iaitu karya yang mampu menjana daya taakulan pembaca dan menawarkan pengalaman estetik.

2. NILAI PEMIKIRAN iaitu karya yang mampu mengemukakan karya positif, bervariasi atau sebaik-baiknya bervisi besar walaupun persoalannya berlatarbelakangkan tempatan, karya dapat juga berdialog di peringkat antarabangsa.

3. NILAI AKHLAK iaitu karya yang dapat menyumbangkan kepada pembinaan sahsiah khalayak.

4. NILAI KEPRIHATINAN iaitu karya yang peka terhadap aspirasi nasional, dinamika sosial dan isu kemanusiaan sejagat.

5. NILAI BAHASA iaitu karya yang memiliki bahasa indah, kreatif, imaginatif dan berkesan , kuat menunjang tema , bukan sahaja membawa makna cerita, bahkan bahasa itu sendiri merupakan idea, pemikiran dan ideologi.

6. NILAI KREATIVITI iaitu karya yang mengungkapkan idealisme dan pemikiran yang asli dan fasih serta berupaya membawa makna berlapis dan tafsiran yang pelbagai.

7. NILAI KESEIMBANGAN iaitu karya yang terbina secara harmonis antara subjek dan teknik dan pengolahan.

*(Warna Perang, Nor Azah Abd Aziz dan Rozlan Mohamed Noor, Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd, 2007).

Bagi mereka yang bercadang menulis novel untuk sayembara, boleh menjadikan nilai-nilai yang disebutkan di atas sebagai panduan asas di samping memperbaiki lagi hasil penulisan supaya lebih mantap dan berjaya menarik perhatian ahli panel sayembara.

Sabtu, 9 Oktober 2010

EBOOK CARA MUDAH MENULIS NOVEL MASIH BOLEH DIMILIKI



SAYA masih menerima SMS dan emel yang bertanyakan adalah ebook Cara Mudah Menulis Novel yang saya hasilkan masih dijual lagi? Dan adakah ebook ini boleh didapati di kedia-kedai buku?

Ya, ebook Cara Mudah Menulis Novel masih dijual lagi. Harganya masih sama iaitu RM 40.00. Mereka yang ingin memilikinya boleh menulis emel atau SMS ke 013-3635560 untuk mendapatkannya atau melayari blog ini kerana semua makluman mengenai pembelian ebook ini ada dinyatakan.

Mereka yang membeli ebook ini akan menerima satu novel percuma sebagai bonus pembelian berjudul ‘Sebening Airmata’ selain 10 Tip Bimbingan Menulis Novel yang akan dikirimkan secara berperingkat-peringkat.

Anda tidak rugi memiliki ebook CARA MUDAH MENULIS NOVEL ini kerana banyak manfaat yang akan anda perolehi. Anda akan diterangkan sesuatu topic bersertakan contoh sekali untuk mudah difahami.

Mereka yang ingin memiliki ebook PERCUMA Panduan Menulis Novel – Berdasarkan Kisah Benar juga masih boleh berbuat demikian. Anda boleh emelkan permintaan anda itu ke alamat: mnasd_326@yahoo.com atau SMS ke 013-3635560 dengan memberikan alamat emel anda.

Selain itu, sebuah lagi ebook yang masih boleh dimiliki ialah 50 TIP PANDUAN MENULIS NOVEL berharga RM 20.00. Ebook ini mengandungi tip-tip yang berguna kepada mereka yang ingin menghasilkan novel.

DIALOG DALAM NOVEL ADALAH ISI HATI PENGARANGNYA

APA jua dialog yang dihasilkan oleh penulis, kesemuanya adalah hasil dari hati nurani penulisnya. Jika dialog itu dituturkan oleh seorang pengemis, seorang pelacur, seorang tokoh agama dan sebagainya, semuanya dihasilkan dari hati nurani penulisnya. Penulis boleh menjadi watak apa sahaja di dalam novelnya.

Oleh yang demikian penulis wajar memiliki batasannya ketika menyelami watak-watak yang ditulisnya. Itulah kelebihan penulis yang jarang ada pada orang lain. Penulis boleh menjadi sepuluh watak atau lebih di dalam novelnya.

Sempadan atau batasan tidak wajar dicampur adukan. Sebagai contoh adegan seorang guru agama sedang menasihati seorang pelacur supaya bertaubat. Pada masa yang sama penulis menyelami watak guru agama. Ketika menyelami watak guru agama, penulis harus menjadi seorang guru agama dan bukannya seorang pelacur untuk menyampaikan tazkirahnya.

Selesai menyampaikan tazkirahnya, penulis juga kemudian menyelami watak seorang pelacur yang ingin kembali ke jalan yang benar. Pada ketika ini, penulis akan meletakkan dirinya sebagai pelacur.

Kadang-kadang tanpa disedari, pelacur pula yang memberi nasihat kepada guru agama untuk kembali ke jalan yang benar. Begitu juga sebaliknya. Bagaimanapun hal seperti ini jarang-jarang berlaku kerana sebagai penulis, mereka harus bijak meletakan dirinya pada pihak yang mana ketika berdialog.

Sebab itulah ketika menuturkan dialog harus ada pro dan kontra. Siapa yang pro dan siapa yang kontra, penulis juga yang menetapkan wataknya. Jika watak A yang kontra, watak B yang pro, jangan pula pada adegan selepasnya berlaku keterbalikan. Pembaca akan menjadi keliru. Bagaimanapun, hal-hal seperti ini akan dapat diperbetulkan setelah manuskrip siap, dan kerja-kerja membaca semula atau mengedit dilakukan sebelum manuskrip dihantar ke penerbit.

CONTOH DIALOG BERKONFLIK

MASIH lagi membicarakan fasal dialog.

Sebelum ini sudah dibincangkan mengenai dialog kosong dan dialog berisi. Kali ini akan dibincang mengenai dialog ada konflik dan dialog tiada konflik. Bagaimanakah ingin mengetahui dialog ada konflik dan dialog tiada konflik.

Dialog lazimnya diucapkan oleh dua watak atau lebih.Jika satu watak yang beridalog, itu dinamakan monolog dalaman, di mana watak akan berkata-kata dengan dirinya. Hal ini akan dibincangkan pada lain ketika.

Contoh dialog tiada konflik. Katakanlah A bertemu dengan B di sebuah pasaraya. Perbualan itu mungkin seperti ini.

“Kau apa khabar?” A bertanya.

“Baik. Kau pula apa khabar?” B menjawab dan bertanya soalan yang sama.

“Anak berapa orang?” A bertanya lagi.

“Empat orang. Dua lelaki dan dua perempuan.” B menjawab.

Contoh dialog di atas jelas tiadak ada konflik dan dialog kosong yang tidak ada konflik. Cuba pula bandingkan dengan dialog berikut. Kisahnya masih
sama, pertemuan di antara A dan B di sebuah pasaraya.

“Hei Kimi, apa khabar?” Haikal bertanya setelah lama tidak menegur.

“Baru sekarang nak tanya khabar? Selama ini bila kau Nampak aku dari jauh, kau pura-pura pandang tempat lain. Kau ingat aku tak perasaan?” Hakimi menjawab sambil memandang wajah Haikal yang nampak berubah.

“Kau sengaja nak cari fasal, Kimi. Perkara dah lepas, biarlah lepas. Aku pun tak nak fikirkan peristiwa lalu. Aku ingat kau pun sama tapi nampaknya kau masih nak berdendam,” balas Haikal memandang kea rah lain.

“Aku tak boleh lupa apa yang pernah kau buat pada aku dulu, Sampai sekarang pedihnya masih terasa, kau tahu tak?”

“Bukankah aku dah minta maaf. Kau pun dah maafkan. Apalagi yang kau mahu?”

Dialog di atas ialah dialog berisi yang ada mesej. Babak di atas boleh dikembangkan pada bab-bab selepas ini dengan mewujudkan peristiwa yang telah berlaku sehingga tercetus adegan ini dan apa yang akan berlaku seterusnya.

Anda tentu boleh bezakan dua contoh dialog yang diberikan. Adegan di atas boleh diteruskan atau dimatikan sahaja di mana kesinambungannya ditulis pada bab-bab selepas ini.

Bolehlah dibuat kesimpulan, apabila dua watak sedang menuturkan dialog biarlah ada pententangan pendapat, barulah wujud konflik bukannya watak hanya mengiakan sahaja apa yang dikatakan oleh watak seorang lagi.

Jumaat, 8 Oktober 2010

MENGENALI KELEMAHAN NOVEL

SEBAGAI penulis novel, mungkin kita sendiri tidak menyedari kelemahan novel kita tulis. Oleh yang demikian, para pembaca yang mahir sahaja dapat melihat di mana kelemahan novel. Sekiranya novel itu belum diterbitkan, mungkin ia boleh diperbaiki tetapi jika sudah terbit barulah disedari kelemahannya, cuba baiki kelemahan itu pada novel akan datang.

KELEMAHAN BAHASA
Kelemahan ini dapat dilihat sebaik sahaja kita mula membaca novel berkenaan. Sama ada bahasanya sesuai atau tidak dengan sasaran membaca, penilaian boleh dipastikan ketika ini.

KELEMAHAN PENGOLAHAN
Kelemahan seperti ini hanya dapat dipastikan apabila kita selesai membaca novel itu sama ada membaca sebehagian novel atau keseluruhan novel ini. Pengolahan yang tidak tersusun akan mengelirukan pembaca. Ini berlaku kerana penulis tidak menyediakan format atau garis panduan sebelum menulis novel.

KELEMAHAN WATAK UTAMA
Menenggelamkan peranan watak utama sebaliknya watak pembantu pula yang menonjol akan menjejaskan novel ini. Watak utama wajar diberi peranan yang lebih sesuai dengan wataknya, watak pembantu hanya sebagai pendokong.

KELEMAHAN JALAN CERITA
Penulis tidak mewujudkan persoalan atau konflik sehingga kelihatan perjalanan novel mendatar. Sebaik-baiknya perjalanan novel ada turun naik seperti geraf dan persoalan demi persoalan ditonjolkan sehinggakan pembaca tidka sabar untuk mengetahui apakah yang akan berlaku selanjutnya.

KELEMAHAN JIWA WATAK UTAMA
Watak utama digambarkan sebagai orang yang lemah, tidak bersemangat tidak sesuai dengan peranannya sebagai ‘hero’. Hero ialah orang yang kuat, tabah, sedia berhadapan dengan cabaran di mana akhirnya mencapai kejayaan walaupun pada awalnya lemah tetapi akhirnya bangkit dan mencapai kemenangan.

Apa yang dinyatakan di atas merupakan kelemahan sesebuah novel yang dapat dikesan. Tetapi sebenarnya banyak lagi kelemahan yang boleh diperolehi jika seseorang rajin membuat kajian.

Sebagai latihan, cuba baca sesebuah novel kemudian catatkan apakah bentuk kelemahan itu. Kemudian buat pula catatan bagaimanakah pula untuk mengatasi kelemahan itu. Penulis novel seperti juga manusia lain, ada kelemahan dan ada kehebatannya. Mencari kelemahan dan cuba mengatasi kelemahan itu akan mematangkan penguasan terhadap penulisan novel.

KEPENTINGAN BAB AWAL NOVEL

JIKA anda berhajat ingin menyertai mana-mana sayembara menulis novel, jangan abaikan kepentingan bab-bab awal novel. Bab-bab awal novel seperti bab 1,2,3,4 dan 5 perlu diberi perhatian. Ini kerana bab awal merupakan magnet atau daya penarik untuk ahli panel membaca keseluruhan cerita.

Bayangkan jika bab 1 sehingga bab 4, ahli panel masih tidak dapat menangkap apa yang hendak disampaikan oleh penulis dalam novelnya. Kegagalan penulis akan menyebabkan ahli panel tidak meneruskan pembacaan kerana merasa bosan dan penulis lambat hendak menyampaikan mesej.

Perlu diingatkan setiap ahli panel bukan hanya membaca sebuah novel sahaja, mungkin lebih daripada 10 manuskrip. Untuk menjimatkan masa, hanya novel-novel yang menarik sahaja akan mendapat perhatian.

Sekira pada bab pertama, ahli panel sudah dihidangkan dengan kejutan, suspen dan mendebarkan sudah tentu ahli panel akan tertarik untuk mengetahaui apakah yang akan berlaku seterusnya.

Bagaimanapun untuk memastikan bab-bab awal mengandungi mesej dan kejutan, ia memerlukan kemahiran penulis mengolah cerita di mana setiap bab akan diakhiri dengan persoalan. Persoalan itu pula akan dijawab pada dua atau tiga bab selepas itu.

Untuk memahirkan diri mengetahui teknik seperti ini, penulis disarankan agar membaca novel-novel yang pernah memenangi sayembara. Kaji gaya penulisan, pengolahan, bahasa dan sebagainya.

Di dalam satu-satu sayembara pihak penganjur akan menerima puluhan manuskrip. Sekiranya manuskrip anda berjaya termasuk dalam sepuluh yang terbaik, di peringkat akhir, itu sudah cukup membanggakan.

Oleh yang demikian kepada yang berniat ingin menyertai mana-mana sayembara penulisan novel, pastikan bab-bab awal novel anda itu mampu memikat ahli panel untuk membaca sehingga ke akhir.

DIALOG BERISI DAN DIALOG KOSONG

APAKAH dialog berisi dan dialog kosong?

Dialog berisi ialah dialog yang mengandungi mesej yang hendak disampaikan atau dialog yang mengandungi konflik dan perlu diselesaikan. Manakala dialog kosong ialah dialog yang tidak mempunyai mesej atau konflik yang tidak perlu ditonjolkan. Dialog yang tidak penting ini kadang-kadang disebut juga ‘dialog klise’ yang tidak ada kena mengena dengan jalan cerita. Jika tiada, ia tidak menjejaskan jalan cerita.

Contoh dialog penting:

“Apakah pesakit skizofrenia ini akan mengalami kesakitan sepanjang hayatnya dan tidak boleh disembuhkan, doktor?” Encik Fairuz inginkan kepastian daripada doktor yang merawat anak gadisnya.

“Skiofrenia ialah penyakit kecelaruan mental yang serius di mana tanda-tanda seseorang itu akan mengalami kemerosotan tugas dan peranannya sebagai manusia yang produktif,” jawab Dr. Iz Taufik, doktor pakar yang merawat Iffah Filzah.

“Apakah penyakit ini boleh mempengaruhi pemikiran pesakit itu doktor?” Tanya Encik Fairuz lagi.

“Ya, pesakit yang menghidapi penyakit ini boleh mempengaruhi emosi, persepsi, tingkahlaku, personality dan pemikiran,” jawab Dr. Iz Taufik sambil memandang wajah Encik Fairuz yang resah memikirkan masa depan anak gadisnya.

Contoh dialog di atas adalah fakta yang memerlukan kesimbungan cerita apakah yang berlaku selepas itu dan apakah yang menyebabkan seseorang itu terjebak dengan penyakit itu. Kesimbangungan cerita di atas tidak semestinya berkahir pada babak berkenaan sahaja tetapi wajar juga diselitkan pada bab-bab seterusnya.

Contoh dialog kosong:

“Man, kau apa khabar, lama tak jumpa?” Idrus bertanya kepada Man ketika terserempak di sebuah pasaraya.

“Aku baik saja. Kau apa khabar? Sejak kita habis kursus setahun lepas, kau tak hubungi aku. Kerja di mana sekarang?” Man bertanya sambil bersalaman.

“Aku macam nilah. Sejak habis kursus keusahawanan dulu, aku bisnes kecil-kecilan. Tapi nasib aku malang, bisnes aku gagal,” ujar Idrus seolah-olah kecewa.

“Aku pulak masih kerja tempat lama. Jadi kerani cabuk, nak berniaga tak berani lagi, takut gagal macam kau,” balas Man.

Dialog di atas tidak ada mesej penting yang hendak disampaikan hanya sekadar bertanya khabar dan perkembangan terbaru di mana dialog seperti di atas sudah ‘klise’ atau sudah biasa.

Sebagai penulis novel cuba elakkan dialog yang tidak penting, apatah lagi tidak ada kena mengena dengan jalan cerita. Dalam erti kata lain, dialog itu tidak menjejaskan cerita jika ditiadakan tetapi jika ditulis juga, sudah tentu ia tidak memberih kesan apa-apa, hanya sekadar untuk memanjang-manjangkan cerita.

Di dalam kehidupan kita sehari-harian, kita sudah tentu dapat membezakan mana satukah perbualan kita yang ada kena mengena dengan diri kita atau perbualan kosong yang tidak memberikan faedah apa-apa.

Dalam erti kata lain, dialog penting ialah dialog atau perbualan yang jarang kita ucapkan ketika perbualan sehari-harian dan dailog itu pula mengandungi isi yang hendak disampaikan.

Manakala dialog kosong pula merupakan dia yang sudah biasa diucapkan seperti:

“Sudah makan?”

“Belum. Nak belanja?”

“Sudah minum?”

“Sudah, minum air kosong saja.”

“Dari mana?”

“Tak dari mana-mana. Saja jalan-jalan cari makan..”

Diharapkan, pembaca dapat membuat perbandingan. Cuba tuliskan dalam satu kertas perbezaan dialog penting dan tidak penting sebagai latihan.

Rabu, 15 September 2010

TEKNIK MENULIS DIALOG DALAM NOVEL

“SAYA hanya akan datang apabila dijemput,” kata Hazifah sambil menggaru-garu keningnya ketika ditanya mnenai keinginannya untuk menghadiri majlis perjumpaan itu .

Hazifah mengggaru-garu keningnya lalu berkata, “Saya hanya akan datang apabila dijemput.”

Cuba bezakan kedua-dua ayat tersebut. Bezanya hanyalah, ayat pertama, dialog dahulu dituturkan kemudian barulah dijelaskan siapa yang menuturkan. Manakala ayat kedua pula, orang yang berkata dulu dijelaskan, kemudian barulah dialog dituturkan.

Di dalam istilah penulisan novel, orang yang berkata disebut ‘pekata.’ Contoh ayat pertama di atas, biasa kita temui di dalam penulisan novel masa kini, di mana dialog dahulu dituturkan kemudian barulah dijelaskan siapa yang menuturkan.

Bagaimanapun contoh ayat kedua amat jarang dilakukan oleh penulis dalam penulisan novel masa kini. Kemungkinan mereka tidak biasa menggunakan teknik seperti ini. Tetapi jika kita mengkaji cerita-cerita di dalam al-Quran, kebanyakkan ‘pekata’ disebutkan dahulu kemudian barulah diikuti dengan dialog yang dituturkan.

Contohnya: Lalu Zulaikha berkata kepada Yusuf ,”Keluarlah! Temui perempuan-perempuan itu.” (Merujuk surah Yusuf ayat 31).

Contoh lain: Berkata Yusuf, “Dialah yang mengajak saya.” (Merujuk surah Yusuf ayat 26).

Teknik seperti ini juga berlaku kepada cerita-cerita lain di dalam al-Quran.

Apa yang membezakan di antara kedua-dua contoh ayat 1 dan ayat 2, hanya teknik sahaja manakala maksud yang disampaikan masih sama.

Tujuan perbezaan penyampaian ini ditonjolkan kerana penulis wajar untuk mencari pembaharuan atau variasi penulisan supaya pembaca tidak terasa jemu dengan teknik penulisan yang sama. Jika ditanya mengapa di dalam al-Quran, pekata diletakkan di hadapan dan dialongnya dibelakangnya, hanyalah Allah yang tahu.

Kita sebagai penulis sememangnya wajar untuk mengikuti dan mematuhi apa yang terkandung di dalam al-Quran tetapi jika dapat menggunakan teknik penulisan dalam al-Quran itu juga satu kewajaran.

Kita bukan sahaja mematuhi isi yang terkandung di dalam al-Quran tetapi juga mengikuti cara penulisan al-Quran. Jika kita sebagai penulis mampu untuk melakukan perubahan di dalam penulisan, maka kitalah yang akan menjadi pelopornya.

KEPERLUAN MENULIS DIALOG DALAM NOVEL

UNTUK satu-satu babak atau adegan di dalam novel, manakah yang lebih mudah menulis menggunakan dialog atau menulis secara naratif? Persoalan ini walaupun nampak remeh dan kecil tetapi mempunyai kesan terhadap pembacaan.

Daripada kajian yang dilakukan, pembaca lebih gemar kepada novel yang ditulis dengan dialog kerana ia lebih cepat faham dan lancar serta cepat jalan cerita berbanding dengan penulisan secara naratif yakni berbentuk karangan.

Bagaimanapun ia bergantung kepada adegan yang dipaparkan. Jika sesuatu adegan itu berbentuk pertemuan, perbincangan, pergaduhan, perdebatan dan yang seumpamanya di mana lazimnya diselang-selikan dengan aksi, lebih baik ditulis dengan dialog. Ketika dialog dituturkan, penulis boleh menggambarkan apakah reaksi atau aksi watak yang terbabit.

Berbanding ketika penulis sedang membayangkan atau menuliskan mengenai isi dalaman watak yang tidak berkomunikasi dengan sesiapa, tentulah tidak wajar dituliskan dialog kerana watak berkenaan tidak bercakap dengan sesiapa kecuali jika bercakap dengan dirinya sendiri.

Sebagai contoh adegan yang tidak melibatkan watak lain kecuali watak utamanya.

Ketika Ulfah meninggalkan rumah itu, tidak ada yang difikirkan kecuali untuk mencari rumah sepupunya di sebuah taman perumahan yang tidak jauh dari situ. Tetapi masalahnya, dia sendiri tidak tahu apakah alamat rumah sepupunya itu dan dia sendiri tidak ada nombor telefon untuk dihubungi.

Ketika fikirannya berkecamuk, barulah dia menyesal kerana selama ini dia tidak pernah berniat untuk meminta nombor telefon dan alamat tempat tinggal sepupunya itu. Peristiwa yang menimpanya juga tidak pernah terlintas di fikirannya akan berlaku.

Hanya setelah dihalau keluar dari rumah itu, barulah dia teringat untuk menghubungi sepupunya. Oleh kerana tidak ada cara lain, dia hanya berpandukan nama taman tempat tinggal sepupunya. Mujur juga dia tahu nama taman tempat sepupunya tinggal, jika tidak, dia sendiri tidak tahu ke mana hendak mengadu nasib.

Sebaik sahaja sampai di jalan besar, dia segera menahan teksi dan meminta pemandu teksi itu menghantar ke Taman Seri Puteri tempat sepupunya itu tinggal. Sesampai sahaja di taman itu, Ulfah turun dari teksi dan termangu-mangu sendirian.

Dia terpaksa bertanyakan penghuni rumah di taman itu sama ada mengenali sepupunya atau tidak. Lebih daripada enam orang ditemui tetapi mereka memberitahu tidak mengenali sepupunya itu. Tetapi Ulfah tidak berputus asa. Dia akan bertanya kepada lebih ramai orang selagi tidak bertemu dengan rumah sepupunya itu.

Adegan di atas tidak banyak memerlukan dialog. Jika ada pun dialog dengan pemandu teksi atau orang-orang yang ditemui tetapi dialog seperti itu tidak perlu kerana ia akan habis di situ dan tidak akan wujud lagi pada adegan lain.

Adegan atau babak di atas tidak memerlukan dialog kerana watak tidak berkomunikasi dengan sesiapa. Manakala jika watak berkomunikasi dengan watak lain, sebaiknya gunakan menulis dengan dialog sahaja.

Isnin, 13 September 2010

SEDIAKAN GARIS PANDUAN SEBELUM MENULIS NOVEL

RAMAI di kalangan calun penulis novel bertanyakan kepada saya, betapa mereka berminat menulis novel tetapi tidak tahu di mana harus bermula kerana di dalam satu masa banyak perkara yang hendak ditulis. Menurut mereka, jika hendak diturutkan, keseluruhan cerita hendak ditulis di dalam bab permulaan.

Hal ini berlaku kerana penulis tidak mempunyai garis panduan atau ‘guide line’. Apabila tidak ada garis panduan, penulis tidak ada arah mana satu yang hendak dtuls dahulu dan bahagian mana yang hendak ditulis kemudian.

Cara paling mudah ialah, tuliskan cerita anda itu bermula daripada mula sehingga akhir atau dari A ke Z. Ketika di bangku sekolah, anda sudah tentu diajar menulis karangan berdasarkan kepada pengalaman atau cerita yang diberi. Pengalaman asas itu boleh dijadikan panduan.

Kemudian pecahkan cerita itu kepada tiga bahagian.
Pertama: Bahagian permulaan.
Kedua: Bahagian tengah atau isi cerita.
Ketiga: Bahagian akhir cerita.

Bahagian permulaan, pecahkan pula kepada beberapa bab. Sebagai contoh, cerita bermula dari A sehingga J. Kemudian bahagian kedua bermula dari K sehingga R dan bahagian ketiga bermula S sehingga Z.

Kebiasaannya, bab permulaan hanya menceritakan tentang watak-watak yang akan muncul sepanjang novel itu kemudian dikembangkan sedikit demi sedikit, selain memperkenalkan siapakah watak-watak utama dan watak pembantunya.

Pada bahagian kedua penulis perlu menceritakan perjalanan cerita secara mendalam di samping mencetuskan konflik kemudian menyelesaikan secara perlahan-lahan.

Manakala pada bahagian ketiga dan terakhir, penulis perlu menyelesaikan konflik yang timbul sepanjang perlajanan novel itu. Mana-mana ada konflik dan persoalan harus diselesaikan dengan baik dan jangan ada yang tergantung kecuali jika novel itu ada lanjutannya.

Panduan rigkas ini diharapkan dapat membantu mereka yang masih teraba-raba untuk menulis novel. Jika masih kurang faham, mereka boleh mendapatkan ebook CARA MUDAH MENULIS NOVEL. Cara untuk mendapatkan ebook berkenaan boleh di dapati di dalam blog ini atau menulis emel ke : mnasd_326@yahoo.com.

SEIMBANGKAN WATAK JAHAT DALAM NOVEL

SEBAGAIMANA tema di dalam drama dan filem, tema di dalam novel juga terdapat watak hitam atau watak jahat di samping putih atau watak baik. Apa yang menjadi persoalannya, sejauh manakah kejahatan watak-watak hitam ini perlu ditonjolkan sebelum ia dikalahkan oleh watak baik?

Menjadi kebiasaan di dalam mana-mana cereka, watak jahat semestinya akan dikalahkan oleh watak baik ketika pengakhiran cerita. Ini untuk menunjukkan konsep yang benar tetap benar dan yang salah tetap salah.

Untuk memantapkan sesebuah cerita d dalam novel, berapa kalikah watak-watak jahat ini memainkan peranan sebelum berjaya dikalahkan oleh watak baik? Sebagai contoh, seorang perogol, perlukah ia melakukan perbuatan seumpama itu tiga atau empat kali atau cukup sekali di samping melakukan perbuatan kejahatan yang lain, seperti merompak, menipu, memeras ugut, rasuah dan sebagainya?

Penonjolan perbuatan jahat yang berulang-ulang sebelum watak itu menyedari kesilapan adakalanya perlu dan ada kalanya tidak perlu. Ia bergantung kepada jalan cerita dan keperlan perbuatan jahatnya itu dalam cerita.

Mungkin cukup sekali watak berkenaan melakukan kejahatan seperti pembunuhan kemudian ditangkap, di penjara selepas itu insaf dan dibebaskan. Selepas dibebaskan, perlukah watak berkenaan melakukan kejahatan yang lain?

Kalau kita mengkaji cerita-cerita di dalam al-Quran kebanyakan kejahatan yang dilakukan oleh pelakunya hanya dilakukan sekali sahaja. Di dalam novel, mungkin tidak cukup dengan sekali melakukan kejahatan kemudian watak itu di cop sebagai penjenayah. Bagaimanapun di dalam dunia realiti, kejahatan banyak dilakukan berulangkali oleh pelakunya sebelum dia insaf dan menjadi ahli masyarakat yang berguna.

Bagaimanapun di dalam penulisan novel, jangan terlalu menggambarkan kejahatan yang terlampau seolah-olah kita menggalakan perbuatan kejahatan walaupun sebenarnya tujuan penulis hanya mahu menggambarkan betapa watak berkenaan memang terlalu jahat.

Sebagai penulis, kita wajar untuk menseimbangkan keperluan watak jahat supaya jangan berlebihan sebaiknya tonjolkan perbuatan kebaikan kerena novel diibaratkan sebagai mendidik dan bukan pendorong kepada perlakuan kejahatan.

FUNGSI BAB AKHIR NOVEL

KEPENTINGAN bab-bab akhir atau klimaks novel rasanya tidak perlu untuk diperkatakan lagi kerana mereka yang sudah mengenali ciri-ciri sesebuah novel pasti tahu apakah fungsinya. Bagaimanapun ada baiknya, kita imbas semula perlajaran ini supaya kita tidak terlepas mengetahui kepentingan bahagian bab-bab akhir sesebuah novel.

Bahagian akhir novel merupakan benteng terakhir plot sesebuah novel. Sebelum menghampiri ke bab-bab akhir, pastikan dahulu segala persoalan dan konflik pada bab-bab yang lepas diselesaikan satu persatu, jangan sampai ada yang tertinggal.

Sekiranya ada konflik atau persoalan yang tidak terjawab, ini akan menyebabkan pembaca kurang berpuas hati. Pihak editor yang penyunting manuskrip ini pasti akan dapat mengesan ada konflik atau persoalan yang tidak diselesaikan kecuali sengaja dibiarkan dengan niat novel itu akan bersambung.

Oleh kerana bahagian akhir juga merupakan jambatan di antara bab tengah dengan bab akhir, pastikan tidak ada lubang-lubang yang sengaja dibiarkan. Ini akan mencacatkan plot cerita.

Bagaimana cara penulis menyelesaikan novelnya, itu bergantung kepada kebijaksanaan penulis. Ada sesetengah penulis sengaja mahu menggantung cerita dengan harapan, pembaca akan berfikir sendiri mencari jawapannya.

Ada juga juga penulis yang mengakhiri novelnya dengan ‘happy ending” di mana segala konflik dan persoalan dijawab dengan sebaik mungkin. Manakala watak hitam pula menerima pembalasan akibat perbuatannya sementara watak putih yang pada mulanya menerima tekanan akhirnya mencapai kemenangan.

Ada juga penulis yang mengakhiri cerita dengan babak kesedihan dengan harapan mendapat simpati pembaca. Bagaimana pun semua itu bergantung kepada cerita novel itu sendiri, adakah ia wajar ditamatkan dengan cara yang sudah diduga oleh pembaca atau sebaliknya.

FUNGSI BAB TENGAH NOVEL

SEBAGAIMANA bab awalan, bab-bab pada bahagian tengah novel juga ada kepentingannya. Apakah kepentingan itu? Kita cuba kaji satu persatu.

Sama ada disedari atau tidak, kebanyakan penulis mengabaikan kepentingan bab tengah novel kerana memberi lebih tumpuan kepada awalan dan klimaks (akhir) novel.

Perlu diingatkan, kepentingan cerita pada bab-bab tengah bukanlah hanya sekadar sebagai pelengkap novel yakni ada awal, tengah dan klimaks sahaja. Ia sama pentingnya dengan bahagian depan dan belakangnya.

Sebagai contoh jika novel berkenaan mempunyai 30 bab. Bab 1 -10 merupakan bab awal. Manakala bab 11 – 21 merupakan bab pertengahan sementara bab 22 – 30 merupakan bab akhir atau klimaks.

Secara amnya bahagian tengah novel diumpamakan sebagai puncak konflik yang sering membawa keregangan di mana bermula dari sini, tolakan akan berlaku kepada bab-bab seterusnya sehingga klimaks.

Pada bahagian pertengahan ini perkembangan watak utama sudah nampak jelas sama ada dari segi sikap dan tindakannya. Manakala bab-bab seterusnya akan mendedahkan keseluruhan perkembangan watak dan perkembangan isi cerita.

Watak-watak sampingan pada peringkat ini juga perlu selaras dengan perkembangan watak utamanya.

Jika pada bab awalan, tetamu dibawa untuk singgah di ruang tamu, pada bab pertengahan ini tuan rumah (pengarang) akan membawa tetamu (pembaca) masuk lebih dalam ke seluruh isi rumah, bahagian tengah, bilik mandi dan bahagian dapur.

Membawa pembaca menyelami isi cerita sebelum ke bahagian akhir, ibarat mambawa tetamu melihat sekitar isi ruang rumah. Seandainya tetamu berasa teruja dan berasa dihargai oleh tuan rumah, sudah tentu tetamu kemungkinan akan bermalam di rumah itu.

FUNGSI BAB AWAL NOVEL

IBARAT pentingnya pintu di dalam sesebuah rumah, begitulah juga pentingnya bab permulaan bagi sesebuah novel. Oleh kerana pintu merupakan tempat untuk tetamu masuk ke dalam rumah, bab permulaan juga ibarat pembaca yang mahu membaca novel itu.

Secara ironinya bab awalan lebih merupakan daya tarikan pembaca untuk terus membaca novel berkenaan sehingga ke akhirnya. Ia juga lebih merupakan dekorasi ruang tamu untuk sesebuah rumah. Jika ruang tamu kemas, bersih, cantik, harum dan susuan perabot tersusun rapi sudah tentu tetamu yang datang akan duduk lama di ruang tamu.

Tetapi jika ruang tamu berselerak, kotor, tidak pernah dikemas, perabot berhabuk, sudah tentu tetamu yang datang akan segera beredar kerana situasi begitu tidak menyenangkan.

Dekorasi di ruang tamu yang kemas juga akan menggambarkan keseluruhan isi rumah berkenaan di mana sudah tentu setiap ruang rumah itu dalam keadaan bersih, cantik dan sedap mata memandang.

Tetapi jika melihat setting di ruang tamu yang kotor dan berselerak, tetamu akan beranggapan tuan rumah tidak begitu mementingkan kebersihan.

Begitu juga apabila membaca bab awalan novel, tidak ada satu daya tarikan, sudah tentu pembaca tidak berminat untuk meneruskan pembacaan sehingga akhir novel itu. Kita harus ingat, pembaca mengeluarkan modal untuk memiliki novel tersebut tetapi apabila membacanya, seolah-olah tidak ada apa yang menarik dan berasa tertipu.

Sama juga halnya dengan kita yang ingin menginap di hotel, kita mengeluarkan belanja untuk bermalam di hotel dengan harapan bilik hotel kemas, cantik, bersih, harum bilik mandi serta cukup dengan kelengkapan.

Perlu diingatkan apabila membaca bab awalan sesebuah novel, pastikan apakah yang hendak disampaikan oleh pengarangnya. Adakah pengarangnya mahu memperkenalkan watak-wataknya atau mahu memperkenalkan konflik di dalam novel itu?

Gambaran yang diberikan itu dapat dibuat kesimpulan bahawa pengarangnya akan menonjolkan salah satu daripada yang disebutkan itu. Oleh yang demikian, pengarang perlu memberikan gambaran awal supaya pembaca dapat dipandu, ke arah mana pengarang mahu membawa pembaca menyelami isi novel.

Jangan biarkan pembaca tercari-cari apakah sebenarnya yang mahu disampaikan oleh pengarang. Ada beberapa cara pengarang memulakan menulis novel. Ada yang terus dengan prolog, monolog dan imbas kembali.

Tidak salah pengarang menggunakan cara seperti itu tetapi sebaik-baiknya biarlah pengarang itu mahir. Bagi mereka yang baru hendak menulis novel, ada baiknya menggunakan cara yang biasa. Menulis mengikut kronologi.

Prolong lazimnya ditulis sebagai permulaan cerita yang tidak mengikut susunan keseluruhan cerita. Imbas kembali pula ditulis pada awalan cerita, di mana bab-bab seterusnya ditulis mengikut cerita yang telah berlaku.

Sebagai contoh, bab awalan, watak A sedang menaiki keretapi menuju ke satu destinasi jauh untuk membawa diri. Sepanjang perjalanan di dalam keretapi, watak A terkenangkan apa yang telah berlaku sehingga menyebabkan dia membawa diri.

Kemungkinan watak A kecewa dengan sikap orang-orang di sek ekeliling apabila menyedari dia bekas banduan yang ingin memulakan hidup baru di kampung halamannya. Walaupun sudah insaf, penerimaan masyarakat sekeliling membuatkannya terpaksa berhijrah ke tempat lain.

Kebiasaannya novel seperti ini ditulis oleh mereka yang sudah mahir menulis novel dan ingin kepelbagaian teknik dalam penulisan novelnya. Kemahiran adalah penting untuk mengolah cerita seperti ini supaya pembaca tidak berasa keliru dan bingung.

Khamis, 24 Jun 2010

PROMOSI DUA EBOOK DALAM SATU HARGA UNTUK SEPANJANG BULAN JULAI SAHAJA



SEPANJANG bulan Julai ini saya akan mengadakan promosi dua ebook dalam satu harga. Dua ebook itu ialah:

1. CARA MUDAH MENULIS NOVEL
– Pakej Lengkap Berserta Contoh

2. 50 TIP MENULIS NOVEL
Panduan Asas Yang Berkesan

Harga bukan promosi Cara Mudah Menulis Novel ialah RM 40.00
manakala 50 Tip Menulis Novel ialah RM 20.00

Harga promosi bagi sepanjang bulan Julai ini untuk dua ebook ini ialah
RM 40.00 sahaja. Jika anda membeli ebook ini semasa tempoh promosi, anda akan mendapat bonus PERCUMA sebuah novel ‘Sebening Airmata’ atau sebuah ebook Percuma PANDUAN MENULIS NOVEL – Berdasarkan Kisah Benar.

Anda boleh memilih salah satu daripada dua bonus yang ditawarkan.

CARA PEMBELIAN

Anda boleh ‘bank in’ wang sejumlah RM 40.00 ke salah satu akaun bank berikut:

1. CIMB BANK No Akaun: 1277-00002240-207
Nama : Muhd Nasruddin Dasuki

2. Maybank No. Akaun: 162115976283
Nama: Muhd Nasruddin Dasuki

Selepas membuat bayaran sila mesejkan butiran pembayaran ke
No. Tel: 013-3635560. Penghantaran akan dilakukan setelah pengesahan bayaran dilakukan. Anda juga boleh emailkan butiran itu ke: mnasd_326@yahoo.com.

Selasa, 22 Jun 2010

FORMULA SIAPKAN SATU NOVEL SEBULAN

SEORANG editor novel meminta anda menyiapkan sebuah novel dalam masa sebulan yang tebalnya sekitar 300 halaman ke atas. Editor berkenaan sudah menggariskan secara kasar ciri-ciri novel yang dimahukan. Mampukah anda menulisnya? Penulis yang sudah biasa menulis novel, mungkin tidak menjadi masalah tetapi bagaimana jika anda baru sebuah dua menghasilkan novel?

Anda boleh menerima dan anda boleh menolak jika anda tidak yakin boleh menyiapkannya. Anda boleh menerimanya atas beberapa sebab.
1. Anda yakin mampu menyiapkannya kerana anda pernah mencubanya.
2. Anda sudah tahu bagaimanakah cara menulis dengan cepat dan mudah.
3. Anda penulis sepenuh masa.
4. Anda sudah ada cerita dari awal sehingga akhir.
5. Anda sudah ada formula bagaimana untuk menyiapkan novel itu dalam tempoh yang ditetapkan.

Apakah formula untuk menyiapkan novel berkenaan da;lam tempuh sebulan? Cuba gunakan teknik ini.

Katakan novel anda itu tebalnya 350 Halaman. Anda sudah merangka untuk menjadikan novel itu 40 bab. Ini bermakna, Ini bermakna 350 bahagi 40, jawabnya satu bab mengandungi 8.75 (9 halaman).

Satu bulan ada 30 hari. Bermakna setiap hari, anda perlu menyiapkan sekurang-kurangnnya 1 bab setengah. Untuk lebih mudah, tulis 2 bab sehari. Tidak bolehkah anda menulis 2 bab sehari yang mengandungi 18 halaman?

Dalam masa sebulan jika anda menulis 2 bab sehari bermakna, anda mampu menyiapkan novel sebanyak 40 bab dalam masa 20 hari. (20 hari X 2 bab sehari = 40 bab). Ini bermakna novel anda sudah siap dalam masa 20 hari.

Sesudah novel anda siap, anda masa 10 hari untuk menghantar kepada editor. 10 hari anda gunakan untuk membaca semula, mengedit atau membuat perubahan jika perlu.
Apa yang penting sekali di sini ialah disiplin. Jika anda dapat pastikan menyiapkan 2 bab sehari, anda sudah berjaya melakukannya. Cuba cabar diri anda sendiri untuk melakukannya!

MUDAHKAH MENULIS NOVEL CINTA

BERDASARKAN kepada lambakan novel-novel cinta di pasaran dan banyaknya penerbit berlumba-lumba menerbitkan novel seperti itu membayangkan seolah-olah sesiapa sahaja boleh menulis novel cinta. Ini juga membayangkan tema novel cinta tidak pernah kering atau ketandusan untuk ditulis atau tema yang sama diulang tulis oleh penulis lain.

Hakikatnya tidaklah semudah itu untuk menulis novel cinta. Jika setakat menulis novel cinta yang biasa-biasa seperti putus cinta, kecewa, dendam, benci dan sebagainya sesiapa pun boleh menulis. Tetapi apakah mesej yang hendak disampaikan? Tambah menghairankan jika penulis itu sendiri tidak pernah bercinta, bagaimanakah hendak menghasilkan novel cinta yang baik?

Penulis yang bijak menulis novel cinta, hanya menjadikan tema cinta sebagai bingkai cerita sedangkan isi cerita yang sebenar bukanlah mengenai cinta semata-mata. Cinta di dalam novel hanya dijadikan sebagai penyedap ibarat cili, garam, bawang merah, bawang putih dan belacan dalam masakan.

Bayangkan jika sesuatu masakan tidak ada cili, garam, belacan dan bahan-bahan asas yang lain, apakah rasanya? Masakan akan menjadi tawar. Jika masakan tawar, siapa yang hendak menjamahnya?

Isi cerita sebenarnya mungkin mengisahkan perjuangan seorang watak untuk mengejar kejayaan dalam hidup. Untuk berjaya, watak utama menghadapi pelbagai cabaran dan kerap mengalami kegagalan. Kegagalan dalam bercinta hanyalah satu sub plot dan bukan menjadikannya sebagai plot utama.

Dari halaman pertama sehingga halaman akhir 400 halaman umpamanya, apakah penulis hendak menceritakan mengenai kisah percintaan sahaja. Tentulah tidak. Mungkin kisah percintaan watak utamanya hanyalah sebagai sampingan. Sampingan itulah yang diibaratkan sebagai ‘bingkai’ manakala gambarnya ialah isi cerita yang sebenar.

Penulis novel cinta yang baik bukan setakat bijak bermain kata-kata sahaja, tetapi bijak bermain emosi sehingga pembaca berasakan ia bernar-benar berlaku dan dialami oleh diri sendiri. Bagaimanpun semudah itukah hendak memainkan emosi sehingga pembaca terpaku?

Mampukah seorang penulis yang tidak romantik menghasilkan sebuah novel cinta yang agung? Sesiapa yang mengenali penulis dan membacanya novel cinta yang dihasilkan hanya akan tahu adakan keromantikannya atau tidak di dalam novelnya hanyalah imaginasi atau watak sebenarnya.

PERLUKAH HERO DAN HEROIN DALAM NOVEL MESTI KACAK ATAU CANTIK

SESETENGAH orang menonton filem kerana hendak melihat heronya yang kacak atau macho dan heroinnya yang cantik jelita. Ada juga yang menonton filem bukan kerana heronya yang kacak atau heroinnya yang jelita tetapi kerana ingin tahu ceritanya. Apalah guna heronya yang kacak atau heroinnya yang jelita jika lakonan dan ceritanya ‘hancur’?

Berlainan pula dengan novel. Membeli dan membaca novel bukan kerana hero atau heroinnya yang kacak atau jelita. Tetapi kerana ingin tahu gaya penceritaan dan jalan ceritanya. Bagaimanapun sudah menjadi kelaziman penulis novel, akan menggambarkan bahawa heronya mesti kacak dan heroinnya mesti cantik atau jelita.

Mengapa begitu? Membaca novel sukar hendak menggambarkan bagaimana kacak dan jelitanya hero dan heroinnya. Kebijaksanaan penulis melukiskan personality hero dan heroinnya mampu mengajak pembaca membayangkan bagaimanakah rupa paras hero dan heroinnya.

Perlukah mesti menggambarkan hero dan heroinnya yang kacak dan jelita dalam novel? Sebenarnya ia banyak bergantung kepada cerita. Jika novel untuk sasaran remaja sudah tentulah gambaran hero dan heroinnya mesti kacak dan cantik. Ini kerana sifat pembaca remaja itu sendiri yang lelaki gemar heroinnya cantik, bagi perempuan mahukan heronya kacak dan tampan.

Bagi novel dewasa hero dan heroinnya tidak semestinya kacak atau cantik. Ia bergantung kepada jalan cerita. Walaupun tidak digambarkan sebagai kacak atau cantik, tetapi kesempurnaan watak dan jalan ceritanya yang bagus akan mempengaruhi keinginan pembaca.

Bagaimanapun kebiasaannya heronya yang kacak akan menjadi kegilaan para wanita manakala heroinnya yang cantik akan menjaid buruan lelaki. Begitu juga jika heronya yang hodoh atau tidak kacak, ia akan menjadi bahan ejekan. Manakala heroinnya yang tidak cantik akan menjadi bahan cerita orang.

Kacak atau hodoh sesuatu watak hero dan heroinnya secara tidak langsung akan mempengaruhi jalan cerita. Cantik atau kacak akan menjadi buruan, manakala hodoh akan menjadi bahan ejekan.

Meneliti kebanyakan novel-novel di pasaran hari ini rata-rata menggambarkan hero dan heroinnya mesti kacak dan cantik. Tidak bolehkah jika menampilkan heronya yang yang biasa-biasa sahaja dan heroinnya yang tidak menarik mata memandang?

Apakah yang tidak kacak dan tidak cantik, tidak layak dijadikan hero dan heroinnya di dalam novel? Berlainan dengan filem dan drama, pengarah dan penulis skrip mesti akan menampilkan watak yang kacak dan heroinnya yang cantik?

Sebabnya, kacak dan cantiknya wajah hero dan heroinnya akan mampu menarik wang ke kantung penerbit filem. Siapakah yang ingin menonton filem jika hero dan heroinnya hodoh?

Ahad, 20 Jun 2010

MENULIS APA YANG PEMBACA MAHU ATAU MENULIS APA YANG PENULIS TAHU

PEMBACA sebenarnya ada hak untuk memilih novel yang bagaimana mereka mahu. Sebagai penulis novel, adakah saudara hanya mahu menulis apa yang saudara tahu sahaja atau menulis apa yang pembaca mahukan sedangkan saudara tidak tahu menulis apa yang mereka mahukan?

Sebagai penulis, sewajarnya saudara perlu serba tahu. Jika saudara tidak tahu mengenai sesuatu topik, saudara perlu ambil tahu dan mendapatkan maklumat daripada mana-mana sumber.

Contohnya jika saudara diminta menulis novel mengenai alam sekitar, adakah saudara mampu melakukannya sedangkan saudara tidak tahu topik itu manakala anda lebih mahir menulis novel cinta atau kekeluargaan.

Sebenarnya tidak susah jika saudara bijak mengolah cerita. Cerita yang berunsurkan cinta boleh diselitkan menghenai alam sekitar, begitu juga sebaliknya.

Walau apapun cerita, pengarang perlu bijak mengolah crita sebagaimana yang pembaca mahukan. Ia ibarat seorang tukang masak yang boleh memasak apa juga jenis masakan untuk pelangannya.

Jika masakan daging ayam contohnya. Daging itu boleh dimasak kari. Masak lemak, masak kicap. Daging ayam kurma, ayam goring bersalut madu dan pelbagai jenis masakan yang asalkan bermula daripada daging ayam.

Menulis novel juga begitu. Ia boleh diolah dengan pelbagai teknik dan cara asalkan pengarang pintar mengolahnya. Di sini tidak timbul, seorang penulis novel popular tidak mampu menulis novel Islami, atau novel sejarah atau novel seram dan sebagainya.

Apabila membaca tajuk di atas, ia boleh ditafsir sebagai dua perkara yang berbeza.

Pertama:
Penulis wajar menulis apa yang pembaca mahukan.

Kedua:
Penulis juga wajar menulis apa yang mereka tahu. Bagaimana hendak menulis sesuatu jika penulis tidak tahu apa yang hendak ditulis?

Oleh yang demikian, tulislah apa yang penulis tahu saja. Tetapi penulis wajar juga untuk belajar apa yang mereka belum tahu supaya tahu.

Kesimpulannya, penulis memang perlu menulis apa yang pembaca mahukan kerana itu merupakan satu permintaan. Penulis juga wajar menulis apa yang mereka tahu sahaja dan belajarlah menulis apa yang mereka tidak tahu supaya mereka tahu.

Apabila penulis menulis sesuatu yang di luar pengetahuan, sudah tentu apa yang ditulis itu hanyalah luaran sahaja sedangkan pembaca ingin tahu apa yang berlaku di dalam.

MENULIS TIGA NOVEL DALAM SATU MASA

MEMBACA tajuk di atas bukan mustahil untuk dilakukan. Tetapi bagi penulis novel yang baru hendak menulis novel, tidak digalakan untuk berbuat demikian. Memang ada penulis novel yang mampu berbuat demikian, tetapi mereka adalah penulis yang sudah mahir dan sudah melahirkan beberapa buah novel.

Penulis novel yang baru menceburi bidang ini digalakan menyiapkan sebuah novel dahulu. Apabila novel itu sudah siap, barulah mulakan menulis novel baru. Ini untuk mengelakkan proses penulisan bertindih akhirnya cerita menjadi bercelaru.

Jangan terlalu rakus untuk menyiapkan tiga novel sekaligus jika tidak berkemahiran dan cukup ilmu menulis novel. Mereka yang menulis tiga novel sekaligus kerana sudah menyediakan jadual sejak awal penulisan.

Contohnya:
Pengarang menulis novel B setelah menulis novel A 70 peratus siap.
Pengarang memulakan menulis novel C setelah menulis novel B 50 peratus siap.

Apabila novel A siap 100 peratus, novel B sudah siap 70 peratus manakala novel C siap 50 peratus.

Setakat ini, sebuah novel (A) sudah siap manakala novel B meningkat kepada 70 peratus dan novel C meningkat 50 peratus.

Apabila novel B siap 100 peratus, tinggal sebuah lagi novel (novel C) sudah meningkat ke 70 peratus.

Kerja menulis tiga novel sekaligus ini dilakukan apabila pengarang berasa jemu atau tiada idea menulis novel A. Dia beralih ke novel B. Begitulah seterusnya, jika tiada idea menulis novel B, pengarang beralih menulis ke novel C pula.
Ada baik dan ada keburukannya menulis tiga novel sekaligus. Baiknya, Masa yang sepatutnya dapat menyiapkan sebuah novel, sebaliknya dapat menyiapkan tiga buah novel.

Keburukannya pula, ada kemungkinan perwatakan watak-watak utama pada ketiga-tiga novel itu akan saling bercelaru jika pengarang tidak bijak mengawal perwatakan.

Perwatakan novel A kemungkinan menjelma pada watak novel B, begitu juga dengan watak-watak lain. Tetapi jika pengarang bijak mengawal pergerakan watak-watak dalam novel berkenaan, ia tidak menjadi masalah.

Keburukan lain, pengarang tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian kepada satu-satu novel kerana terpaksa mengerakan tiga novel dalam satu masa.

Pengarang mungkin ada jadual. Minggu pertama, menulis Novel A. Minggu kedua menulis novel B dan minggu ketiga menulis novel C pula. Begitulah seterusnya berpatah balik ke novel A oada minggu keempat.

Perbuatan seperti ini, ibarat seorang yang menggunakan tiga pedang untuk menewaskan musuh yang sama. Manakah yang lebih mudah menewaskan musuh dengan satu pedang atau tiga pedang?

Menggunakan satu pedang lebih mudah memberikan tumpuan. Manakala menggunakan tiga pedang mungkin sukar kerana kita hanya ada dua tangan, bagaimana hendak memegang satu pednag lagi?

Mungkin ada yang memberikan jawapan, bagaimana jika pedang pertama patah atau terpelanting? Bukankah kita ada pedang kedua sebagai gantinya? Jika pedang kedua pula terpelanting, kita masih ada satu peluang dengan pedang ketiga.

Bagaimanapun cara di atas tidaklah salah jika dilakukan. Terpulang kepada kebijaksanaan masing-masing menggunakan helah untuk berjaya.

Rabu, 12 Mei 2010

PROMOSI DUA EBOOK RM 50.00



KEPADA mereka yang belum memiliki ebook CARA MUDAH MENULIS NOVEL – Pakej Lengkap Berserta Contoh boleh mendapatkan ebook ini dengan melayari laman web http://www.caramudahtulisnovel.com untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai isi kandungan juga cara-cara untuk mendapatkan ebook ini.
Ebook berkenaan berharga RM 40.00 dan setiap pembelian berhak mendapat sebuah buku novel percuma berjudul Sebening Airmata.

Anda juga boleh melayari blog saya di URL http://mnasruddindasuki.blogspot.com atau http://muhdnasruddin.wordpress.com atau laman facebook http://www.facebook.com/muhd.n.dasuki.


50 TIP MENULIS NOVEL –
Panduan Asas Yang Berkesan

Sebuah lagi ebook yang baru terbit berjudul 50 TIP MENULIS NOVEL – Panduan Asas Yang Berkesan juga wajar saudara miliki. Ebook ini mengandungi pelbagai maklumat terperinci mengenai panduan menulis novel yakni lanjutan daripada ebook CMMN dan dijual dengan harga
RM 20.00
Anda boleh mendapatkan prebiu ebook ini secara percuma dengan melayari laman web yang disertakan.

Jika saudara memiliki kedua-dua ebook ini sekaligus, potongan harga akan diberikan di mana saudara hanya perlu membayar
RM 50.00 untuk kedua buku berkenaan dan anda juga masih berpeluang mendapat sebuah novel percuma dari saya berjudul ‘Sebening Airmata.’

Maklumat lanjut mengenai ebook ini boleh layari: http://mnasruddindasuki.blogspot.com.

Jangan lepaskan peluang ini kerana cetakan terhad.
Anda juga boleh menghantar email kepada saya : mnasd_326@yahoo.com

Salam hormat dari saya dan wassalam

Daripada
Muhd Nasruddin Dasuki.

Sabtu, 13 Mac 2010

EBOOK PERCUMA: PANDUAN MENULIS NOVEL - Berdasarkan Kisah Benar



EBOOk ini diberi secara PERCUMA kepada sesiapa yang berminat terutamanya mereka yang sedang merancang untuk menghasilkan sebuah novel. Setiap hari kita membaca akhbar dan menemui pelbagai cerita. Kebanyakkannya adalah cerita benar yang berlaku sehari-hari. Sebenarnya cerita-cerita daripada keratan akhbar itu boleh diolah untuk dijadikan sebuah novel.

Tetapi bagaimanakah caranya?
Ebook PERCUMA ini akan menerangkan kepada pembaca bagaimana mahu mendapatkan bahan-bahan daripada cerita yang dipaparkan di akhbar kemudian diolah menjadi sebuah novel. Pembaca juga akan diajar bagaimana mahu menulis sinopsis berdasarkan cerita berkenaan, kemudian diajarkan menulis rangka cerita seterusnya untuk menulis bab demi bab.

Untuk lebih memahami, pembaca akan disediakan contoh-contoh yang mudah. Sebenarnya banyak maklumat dan panduan berguna di dalam ebook ini yang tidak didapati oleh mana-mana buku panduan yang khususnya menulis novel.

Oleh itu jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan ebook percuma ini. Pembaca yang berminat tidak perlu membayar apa-apa. Cuma yang penting, pembaca mesti memberikan alamat email untuk penulis menghantarkan ebook ini ke kotak email saudara.

Untuk peringkat permulaan, pembeian ebook percuma ini akan diberikan kepada 100 orang yang mana dahulu, akan didahulukan selagi stok masih ada.
Berikan alamat email anda kepada saya di alamat: mnasd_326 @yahoo.com atau sms alamat email anda itu ke no. telefon: 013-3635560 dan nyatakan ingin mendapatkan ebook percuma.

Ahad, 7 Februari 2010

EBOOK TERBARU - 50 TIP PANDUAN MENULIS NOVEL




Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Daripada: Muhd Nasruddin Dasuki
Penulis ebook Cara Mudah Menulis Novel (CMMN) dan 50 Tip Panduan Menulis Novel


Saya tahu ramai di antara kita bercita-cita ingin menulis novel. Tetapi sayangnya, ramai yang sudah mencuba tetapi akhirnya terbengkalai di pertengahan jalan. Banyak masalah timbul kerana tiada pengalaman dan tiada persediaan sebelum menulis.

Akibatnya, impian itu terpadam begitu sahaja dan menganggap kerja menulis novel satu kerja yang merumitkan. Tetapi apabila melihat ramai penulis novel lahir satu persatu dan novel mereka mendapat tempat di pasaran, mulalah timbul rasa cemburu.

Anda tidak perlu risau. Anda juga mampu mengikuti langkah mereka. Mereka telah membuat persediaan rapi sebelum menulis novel. Sebab itulah mereka tidak menghadapi banyak masalah ketika menulis novel
Saya yakin ebook ini mampu menyelesaikan masalah anda itu.

Apa lebihnya mereka? Apa kurangnyanya saya?
Begitulah kata-kata yang akan tercetus di hati kecil kita. Mereka juga seperti kita, cuma mereka cukup persediaan sebelum memulakan menulis novel. Seperti juga kita hendak berlari sejauh 100 meter. Apakah kita sudah cukup persediaan?

Setakat berlari menghabiskan jarak 100 meter tentu tidak menjadi masalah. Tetapi jika berlari di dalam satu persaingan, untuk mendapatkan tempat pertama mungkin susah jika anda tidak pernah berlatih, tidak pernah menguji stamina, tidak cukup tenaga tambahan dan sebagainya.

Orang lain boleh berlari mendapat tempat pertama kerana mereka selalu berlatih. Permakanan dan penjagaan kesihatan dijaga di samping selalu membuat persediaan sebelum berlari. Begitu juga dengan menulis novel.

Menulis novel tidak cukup dengan hanya duduk menghadap laptop atau komputer dan terus menulis. Setakat menulis satu atau dua halaman mungkin tidak menjadi masalah. Tetapi menghasilkan novel memerlukan 300 atau 400 lebih halaman. Mampukah anda melakukannya tanpa pengetahuan yang mencukupi?

Jika sebelum ini anda sudah memiliki ebook Cara Mudah Menulis Novel (CMMN), ebook 50 Tip Panduan Menulis Novel merupakan koleksi tip dan panduan yang penting sebelum dan semasa kita menulis novel.

“Tip dan panduan di dalam ebook ini dirangka khas untuk mereka yang sedang belajar untuk menghasilkan novel. Ia merangkumi semua aspek penulisan novel seperti plot, perwatakan, fungsi bab awal, pertengahan dan akhir dan sebagainya. Maklumat yang disediakan walaupun ringkas tetapi padat dengan ilmu.”

Jika di dalam ebook CMMN, apa yang diterangkan merupakan perkara pokok tetapi di dalam ebook ini akan diterangkan secara terperinci di samping contoh untuk dibuat perbandingan.

Di antara tip dan panduan yang terdapat di dalam ebook ini ialah:

• Mencipta konflik dalam novel
• Tip menulis sinopsis yang baik
• Menulis nama dan watak sebenar
• Panduan menulis sinopsis yang baik
• Menulis nama dan watak sebenar
• Fungsi bab awal novel
• Emosi penulis pengaruhi tulisannya
• Kepentingan sub plot
• Strategi menulis novel
• Menseimbang rentak penulisan
• Memilih tema novel
• Teknik Menulis novel untuk sayembara
• Kepentingan latar dan masa
• Mengelak ketandusan idea dan banyak lagi tip-tip
menarik.


Judul-judul tip di atas dipilih kerana topik itulah yang kerap menjadi masalah kepada mereka yang hendak menulis novel. Saya yakin, tip dan panduan yang disediakan di dalam ebook ini akan dapat menyelesaikan masalah anda.

Harapan saya agar prebiu ini dapat memberikan anda gambaran awal mengenai kandungan ebook ini. Saya juga mengharapkan anda dapat memanfaatkan kandungan ebook ini dan memahami serta mempraktikkannya ketika menulis novel.

Semoga anda berjaya menjadi seorang penulis novel satu hari nanti. Mudah-mudahan.

Wassalam.
Muhd Nasruddin Dasuki

CARA BAYARAN MENGGUNAKAN BANK IN

Akaun Maybank
Nama Muhd Nasruddin Dasuki
No. Akaun 162115976283

Akaun CIMB
Nama Muhd Nasruddin Dasuki
No. Akaun 1277-0002240-207

Selepas saudara bank in ke akaun di atas, sila emailkan butiran anda.

Nama Penuh: Tarikh:
Alamat lengkap: Masa:
Alamat e-mail anda: Tempat:
Jumlah yang dibank in RM 20.00
No. Telefon Bimbit:
Emailkan butiran di atas ke alamat : mnasd_326@yahoo.com
Atau sms ke No. 013-3635560

www.caramudahtulisnovel.com
http://mnasruddindasuki.blogspot.com
http://muhdnasruddin.wordpress.com

Isnin, 25 Januari 2010

DAPATKAN EBOOK CARA MUDAH MENULIS NOVEL (CMMN)


PENDAHULUAN

Kain perca, kain seurat,
Pembuka kata, maksud tersirat.

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

TERIMA kasih pertama kali ingin saya rakamkan kepada saudara kerana berminat memiliki prebiu ebook percuma Cara Mudah Menulis Novel (CMMN) ini. Ebook percuma ini adalah sebagai pengenalan kepada Ebook Cara Mudah Menulis Novel yang telah saya lancarkan sebelum ini.

Tidak dinafikan, ramai di antara kita sebenarnya cenderong untuk menghasilkan novel tetapi malangnya saudara masih samar-samar bagaimana mahu memulakan kerana saudara tidak ada asas atau panduan yang boleh diikuti. Jika saudara berpeluang, mungkin saudara boleh mengikuti bengkel-bengkel penulisan yang diadakan tetapi jika tidak, saudara perlulah berusaha sendiri.

Bagaimanapun bengkel penulisan yang saudara ikuti hanya menerangkan secara asas kerana faktor masa. Tetapi saudara tidak perlu risau, ebook ini akan dapat menyelesaikan masalah saudara itu. Ebook ini akan menerangkan secara terperinci dari A-Z tanpa perlu saudara mengikuti sebarang bengkel.

Di dalam ebook CMMN ini, pembaca akan diperkenalkan dengan ciri-ciri novel, sinopsis, plot, rangka cerita, watak dan perwatakan, sudut pandangan, gaya bahasa dan sebagainya. Saya percaya, ebook ini tidak akan menghampakan jika saudara berkesempatan memilikinya.

Sebaik sahaja saudara memiliki ebook ini, saudara layak untuk mendapat bonus sebuah novel berjudul ‘Sebening Airmata’ serta 10 tip bimbingan percuma setiap minggu sehingga saudara mampu menghasilkan sebuah sinopsis novel. Untuk maklumat lanjut sila layari http://www.caramudahtulisnovel .com. atau menghantar email ke: mnasd_326@yahoo.com atau sms ke 013-3635560.

Sekian terima kasih daripada saya:

Muhd Nasruddin Dasuki.


PENGENALAN

EBOOK mengandungi 150 halaman ini sememangnya dihasilkan khusus untuk mereka yang hendak belajar menulis novel dan bercita-cita menjadi novelis supaya nama mereka sebaris dengan mereka yang sudah menempa nama di bidang ini. Ebook Cara Mudah Menulis Novel (CMMN) ini dihasilkan dengan bahasa yang mudah supaya senang difahami.

Selain itu contoh-contoh juga disediakan supaya mereka dapat memahami dengan lebih jelas. Ebook ini dibahagikan kepada tiga bahagian di mana pada setiap bahagian terdapat judul-judul yang mengandungi maklumat berguna untuk dipraktikkan.

BAHAGIAN PERTAMA

SELAIN pengenalan, pembaca akan diterangkan bagaimana bidang penulisan ini jika dilakukan dengan bersungguh-sungguh ia boleh menyumbangkan pendapatan sampingan daripada royalti yang diterima setelah novel diterbitkan. Diterangkan juga mengapa ramai di kalangan remaja gemar membaca novel ketika mengisi masa terluang atau satu kemestian untuk memiliki novel karya penulis idola mereka.

Industri novel yang sedang pesat sekarang menyaksikan banyak novel diterbitkan di pasaran. Ini secara tidak langsung memberi peluang kepada yang mempunyai bakat untuk menyerlahkan bakat mereka.

Kepada mereka yang sedang berjinak-jinak dengan dunia penulisan novel dan ingin membuktikan kemampuan mereka, inilah masanya untuk berbuat demikian. Peluang tersedia di hadapan mata, mengapa harus dilepaskan peluang itu?

Ia juga akan menjadi penanda aras sama ada saudara berkemampuan atau tidak membuktikan kebolehan saudara menjadi pengarang atau tidak. Jika
ini kali pertama saudara menghasilkan novel, ia juga merupakan satu ujian sama ada saudara mampu menarik khalayak peminat saudara atau tidak.

Ramai juga yang berpendapat, menanti kehadiran novel sulung ibarat menantikan kelahiran seorang cahayamata sulung bagi pasangan yang sudah berumahtangga.

Apabila kita menulis novel, kita juga perlu mengkaji apakah yang sebenarnya pembaca mahu. Oleh kerana pembaca mempunyai selera yang berbeza-beza, menjadi tugas penulis untuk menghasilkan novel yang mampu memenuhi impian mereka. Jika saudara sudah mempunyai khalayak pembaca saudara sendiri, apakah cara yang terbaik supaya mereka terus meminati karya saudara itu. Semua ada diterangkan di bahagian pertama ebook ini.

BAHAGIAN KEDUA

PADA bahagian kedua ini, pembaca akan didedahkan kepada 26 tajuk yang kesemuanya berupa panduan yang mengandungi maklumat berguna. Ia menerangkan cara menghasilkan novel bermula dari A – Z.

Di sini, saya akan terangkan secara ringkas judul-judul penting yang wajib diikuti ketika menulis novel. Judul-judul di bahagian kedua ini juga akan diselitkan dengan contoh agar pengajaran menjadi lebih mudah dan berkesan.

Di antara judul-judul itu ialah:

• Definisi novel

Sebelum melarikan pena menghasilkan ayat pertama di dalam novel, saudara akan diperkenalkan dengan novel dan cerpen kerana ia merupakan dua bidang yang berbeza. Ada novel sejarah, novel remaja, novel kanak-kanak, novel Islami dan pelbagai lagi.

• Tema

Isi di dalam judul ini penting untuk diambil perhatian. Sebelum menulis novel, saudara harus memastikan apakah tema yang akan ditulis. Contohnya novel yang bertemakan kekeluargaan, sejarah, perjuangan, sosial, keagamaan dan sebagainya.

• Plot

Plot ialah peristiwa yang disusun dan peristiwa dengan peristiwa yang lain itu saling berkaitan dan ia berlaku kerana adanya sebab dan akibat. Oleh
itu setiap peristiwa yang hendak ditimbulkan mestilah bersebab dan ada kaitan dengan cerita.

• Watak

Bagaimana mahu menampilkan watak utama dan watak pembantu? Bagaimana juga mahu memperkenalkan watak dan perwatakan? Ingin
memperkenalkan watak, banyak caranya. Di antaranya dengan meneliti cara watak bertindak, berfikir, gerak laku dan sebagainya.

Perwatakannya begaimana pula, adakah ia seorang yang sombong, ego, pemalas, pendendam, bengis, rakus dan sebagainya. Ebook ini akan menerangkan segalanya di bawah tajuk mengenali watak dan perwatakan.

• Latar

Setiap plot di dalam novel harus mempunyai latarnya. Ia ibarat ‘parking’ bagi sebuah kereta ketika mana kereta itu berada. Jika berada di dalam bangunan, di manakah kereta itu berada? Di tempat letak kereta bawah bangunan atau di luar bangunan?

Latar pula dibahagi kepada beberapa jenis. Di antaranya latar tempat, latar waktu, latar masa dan waktu dan latar persekitaran. Apakah bezanya di antara latar yang disebutkan itu?

Sementara itu, di dalam novel, ada dua latar yang mesti ada:
Pertama: Latar masa keseluruhan cerita. Contohnya, zaman sekarang atau zaman selepas perang atau sebelum perang.

Kedua: Latar belakang sesuatu peristiwa.

• Sudut pandangan
Sudut pandangan dibahagi kepada empat:
1. Sudut pandangan orang pertama.
2. Sudut pandangan orang serbatahu.
3. Sudut pandangan peninjau
4. Sudut pandangan objektif.

• Gaya bahasa

Pembaca akan diterangkan bagaimana mahu mengolah novel dengan bahasa yang mudah difahami pembaca. Ebook ini akan menjelkaskan kepada pembaca.

• Mendapatkan bahan menulis

Pelbagai cara dijelaskan bagaimana mahu mendapatkan bahan untuk menulis novel. Satu daripadanya cerita yang dialami diri sendiri, orang lain atau dari keratan akhbar dan sebagainya.

• Menulis sinopsis

Ini merupakan satu judul yang penting. Sinopsis merupakan cerita keseluruhan novel yang sedang ditulis. Contoh menulis sinopsis juga disediakan kepada pembaca. Sinopsis hanya sebagai panduan supaya memudahkan penulis menulis mengikut aliran cerita yang disediakan.

• Menulis rangka cerita

Sesudah menulis sipnopsis, kini giliran untuk menulis rangka cerita berdasarkan sinopsia tadi. Contoh rangka cerita juga disediakan untuk lebih difahami.

• Menulis novel mengikut kerangka cerita

Daripada kerangka cerita yang sudah disediakan, kini tiba giliran pula untuk memulakan kerja menulis novel bermula dengan Bab satu dan seterusnya.

• Jadual menyiapkan novel

Setelah kesemuanya saudara fahami dan kerja menulis sudah dimulakan, satu perkara yang perlu diambil perhatian ialah mengenai target m,enyiapkan novel.

Apa juga pekrjaan, kita mesti menetapkan waktu untuk menyiapkannya, begitu juga dengan menulis novel. Di dalam ebook ini sudah disediakan satu judul sebagai panduan supaya kerja-kerja menulis tidak terencat di pertengahan jalan.

BAHAGIAN TIGA

Pada bahagian ini, diterangkan secara ringkas, apakah yang perlu dilakukan oleh penulis setelah manuskrip novel disiapkabn. Sama ada saudara mahu
penerbitkan sendiri, dihantar ke penerbit novel atau mahu menjadikan enovel dan dijual melalui laman web. Itu terpulang kepada saudara.

KELEBIHAN MEMILIKI EBOOK CMMN

1. Mengapakah ebook ini perlu saudara miliki?
Ebook ini akan membantu saudara menghasilkan novel berpandukan panduan, maklumat dan contoh yang disediakan. Oleh itu memilikinya bukan satu kerugia, Ia ibarat ilmu tidak akan hilang selagi saidara mahu mengamalkannya.

2. Saudara tidak perlu membuang masa mencari maklumat di Kedai-kedai buku, di internet dan mengumpulkan satu persatu kerana ebook ini akan menjelaskan segala-galanya mengenai novel.

3. Sebelum ini belum ada ebook yang memberikan panduan dan maklumat bagaimana cara yang lebih efisyen untuk menghasilkan novel. Ebook ini akan membuka kunci permasalahan anda selama ini.

4. Saudara akan dibimbing sehingga saudara sekurang-kurangnya menghasilkan satu bab daripada novel yang akan saudara hasilkan. Ini sebagai komitmen kami yang tidak mahu anda berasa sia-sia memiliki ebook ini.

Untuk lebih jelas mengenai isi kandungan ebook ini secara terperinci, layarilah: http://muhd nasruddin.wordpress.com dan milikilah ebook ini.

Setelah saudara membaca prebiu ebook percuma ini, terpulanglah kepada saudara sama ada saudara mahu memiliki ebook yang hanya berharga RM 40.00 sahaja ditambah pula saudara akan mendapat bonus sebuah novel berjudul Sebening Airmata atau Airmata Pertama secara percuma.


CARA BAYARAN MENGGUNAKAN BANK IN

Akaun Maybank
Nama Muhd Nasruddin Dasuki
No. Akaun 162115976283

Akaun CIMB
Nama Muhd Nasruddin Dasuki
No. Akaun 1277-0002240-207



Selepas saudara bank in ke akaun di atas, sila emailkan butiran anda.

Nama Penuh: Tarikh:
Alamat lengkap: Masa:
Alamat e-mail anda: Tempat:
Jumlah yang dibank in RM 40.00
No. Telefon Bimbit:
Emailkan butiran di atas ke alamat : mnasd_326@yahoo.com
Atau sms ke No. 013-3635560
Pilih salah satu novel sebagai bonus: Sebening Airmata/Airmata Pertama

Sebagai penutup, jika saudara mahukan kejayaan, ia harus dilakukan dengan pengorbanan. Pengorbanan wang ringgit dan masa. Semua orang yang berjaya, mereka mengamalkan apa yang disebutkan tadi.
Bertindaklah sekarang! Keputusan di tangan saudara.

Ahad, 24 Januari 2010

RANGKA NOVEL SEBAGAI GARIS PANDUAN

KELMARIN saya menerima emel daripada seorang yang telah membeli ebook Cara Mudah Menulis Novel (CMMN) dari Kluang, Johor beberapa bulan lalu. Pengirim emel yang baru belajar hendak menulis novel itu telah mempraktikkan apa yang saya sarankan di dalam ebbok berkenaan.

Berkat kesabaran dan kesungguhanya, dia telah menghasilkan satu sinopsis novel berpandukan apa yang saya tulskan di dalam ebook itu langkah demi langkah. Katanya, dia sekarang sedang menyiapkan bab 8 daripada 39 bab yang dituliskan dalam kerangka cerita.

Dia juga memberitahu, tidak menghadapi masalah kebuntuan idea menulis kerana selesai satu bab, dia sudah tahu apa yang akan ditulis selepas ini. Cuma apa yang menjadi masalah, ketika menulis novel itu, tiba-tiba ada idea baru muncul sedangkan idea tidak ditulis di dalam kerangka cerita.

Dia bertanya, “Perlukah saya abaikan atau masukkan idea itu dalam novel yang sedang saya tulis?”

Saya membalas emel itu, “Jika idea itu relevan dengan dengan cerita, tidak ada sebab untuk diabaikan meskipun tiada dalam rangka cerita?”

Saya jelaskan lagi,”Rangka cerita hanyalah garis panduan supaya tidak terkeluar dari plot cerita. Selagi ada idea baru ketika menulis dan ada kaitan dengan novel yang sedang ditulis, cuba manfaatkan sebaik mungkin.”

Setengah penulis yang menulis novel tanpa garis panduan ibarat pergi ke satu-satu tempat yang tiada tujuan dan matlamat. Kita mestilah tentukan apakah tujuan dan arah apabila keluar dari rumah.

Begitu juga dengan menulis novel. Menulis novel ibarat satu perjalanan dari A ke Z. Di dalam perjalanan itu kita sudah tentukan apakah yang bakal kita temui dan bilakah masanya kita akan sampai. Jika kita bertemu dengan sesuatu yang tidak dirancang dan tidak ada kena mengena dengan kita, abaikan sahaja.

Tetapi jika kita bertemu dengan sesuatu yang ada kaitan, manfaatkan sebaik mungkin. Sebagai contoh, A menaiki komuter dari Klang ke Kuala Lumpur untuk ke bangunan Lembaga Tabung Haji kerana ada urusan. Sampai di stesyen Subang Jaya dia bertemu dengan rakan lama yang bekerja di situ.

Pertemuan itu perlu dimanfaatkan kerana sudah pasti rakannya itu dapat membantu melicinkan urusannya di bangunan Lembaga Tabung Haji itu.

Begitulah. Saya harapkan pengirim emel berkenaan akan terus mempraktikan apa yang tuliskan di dalam ebook CMMN itu.

Selamat menulis.

* SEMUA ARTIKEL DI DALAM BLOG INI DIIZINKAN UNTUK DITERBITKAN SEMULA DI BLOG MEREKA YANG BERMINAT DENGAN SYARAT MESTI MENYATAKAN SUMBER ARTIKEL INI DARI http://mnasruddindasuki.blogspot.com

MEMILIH ADEGAN ATAU BABAK YANG PERLU DITULIS

SETIAP kita mempunyai masa yang sama dalam masa 24 jam sehari. Tetapi dalam masa yang panjang itu, berapa banyak masakah yang benar-benar penting di dalam kehidupan kita? Ditolak masa tidur, bekerja, berehat, mandi, makan dan sebagainya berapakah banyak masa yang tinggal?

Mungkin hanya satu atau dua jam sahaja yang benar-benar penting di dalam hidup kita. Selebihnya banyak masa terbuang dengan perkara-perkara yang kurang berfaedah di dalam hidup kita sehari-hari.

Jika mengambil kira masa bagi satu-satu watak di dalam novel yang perlu dituliskan, sudah tentulah hanya masa yang penting sahaja perlu ditulis. Tidak mungkin di dalam keseluruhan hidup sehari-hari, apa yang dilakukan oleh watak berkenaan perlu ditulis.

Sebagai penulis novel, wajar untuk memilih waktu yang penting sahaja. untuk ditonjolkan di dalam satu-satu babak. Itu pun mesti ada kaitan dengan plot cerita atau isi yang sedang dibicarakan.

Sebagai contoh jika plot novel itu sedang membicarakan soal perebutan anak di antara suami atau isteri yang sudah berpisah, dialog atau adegan yang perlu ditonjolkan mesti ada kaitan dengan masalah yang sedang dibicarakan.

Tentulah agak janggal, jika isu di atas sedang dibicarakan, tiba-tiba ada dua watak sedang membicarakan soal bermain futsal yang tidak ada kena mengena dengan plot.

Bagaimanapun isu ini boleh ditonjolkan di gelanggang futsal. Contohnya dua watak yang baru selesai bermain futsal, ketika sedang berehat watak A bertanya dengan watak B mengenai perkembangan dengan masalah penjagaan anak B yang belum selesai.

Apa yang penting ditonjolkan ialah isu penjagaan anak yang penting manakala permainan atau gelanggang futsal sebagai latar, bukannya watak A dan B sedang berbicara mengenai kekalahan bermain futsal dan mengenepikan masalah penjagaan anak..

Contoh lain, watak A bertanya kepada watak B mengenai masalah perebutan anak dengan bekas isterinya ketika sama-sama berjongging di taman tasik. Bukan fasal jogging yang hendak dibincang tetapi masalah perebutan anak yang perlu ditonjolkan.