Ahad, 21 Mei 2017

BEZANYA MEMBACA NOVEL BAGI DUA GOLONGAN


MEMBACA novel hanya sekadar ingin tahu isi cerita dengan membaca novel dengan niat ingin menghasilkan sebuah novel satu ketika nanti, ada bezanya. Membaca novel hanya sekadar ingin tahu cerita dan kesudahannya boleh dilakukan secara santai.

Mungkin membaca novel boleh dilakukan ketika mengisi waktu lapang, waktu tidak sibuk atau sememangnya dikhaskan waktu untuk membaca novel dalam setengah atau satu jam. Selepas membaca dan tahu isi cerita novel, buku itu akan disimpam di dalam rak dan mengambil novel lain pula untuk dibaca.

Jika novel itu membosankan, mereka akan membaca sekali lalu dengan cepat supaya cepat habis. Tetapi jika novel itu bagus, mereka akan membacanya satu persatu perkataan dan dapat membayangkan apa yang dibacanya di dalam kepala.

Manakala mereka yang membaca novel dengan niat ingin menghasilkan sebuah novel satu hari nanti, mereka akan mengambil masa yang agak lama. Ada dua kemungkinan. Pertama sambal membaca, mereka akan meneliti cara pengolahan penulis, bahasanya, bagaimana menjalin plot, penyudahan dan sebagainya.

Mereka akan membuat catitan sebagai panduan. Ini akan memudahkannya apabila ingin membuat rujukan ketika menulis novel.
Kedua, mereka akan membacanya dengan teliti sehingga habis. Setelah mengetahui isi ceritanya, mereka akan membaca sekali lagi dengan tujuan untuk membuat catitan bagaimanakah penulis mengolah cerita dan sebagainya.

Tugas seperti ini memakan masa lama. Ya, seseorang yang ingin membuat sesuatu sudah pasti sejak awal ia akan membuat kajian. Sebagai contoh, seseorang yang ingin membuat kek. Pastinya ia sudah tahu apakah bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat kek. Kemudian bagaimana mahu mengadun dan sebagainya.

Selepas itu berapa lama masa diambil untuk menyiapkan sebiji kek. Jika dia membuat lebih daripada sebiji, berapa lama masa akan diambil dan tidak semua kek rasanya sama bahan yang sama.
Secara ringkasnya, banyak kajian dibuat sebelum menghasilkan sesuatu produk. Ini berbeza dengan mereka yang ingin memakan kek. Mereka boleh beli di kedai, kemudian bawa balik, potong dan memakannya.

Ingin menghasilkan novel juga begitu. Jika tidak tahu bagaimana mahu membuatnya, mereka akan belajar sama dengan menghadiri bengkel atau buku-buku mengenai penulisan novel.
Membaca novel bagi kategori pertama tidak perlu berfikir dan memikir. Ia sama seperti membeli kek di kedai, bawa balik rumah, potong dan terus dijamah.

Berbeza dengan kategori kedua. Mereka akan membeli bahan-bahan membuat kek di kedai, kemudian bawa balik rumah dan terus membuatnya. Jika difikirkan, tidak perlu bersusah payah membuat kek jika ingin memakannya.

Begitu juga dengan menulis novel. Bagi mereka yang ingin menghasilkan novel sudah tentu akan berusaha dan belajar sehingga berjaya. Jadi, mereka yang ingin menghasilkan novel perlu banyak menghabiskan masa untuk belajar dan mengkaji sebelum menghasilkan sesebuah novel.

Jika anda terus membuat novel tanpa persediaan, novel anda mungkin tidak sebaik jika anda belajar dulu. Sesudah anda memiliki ilmu, barulah anda menghasilkan sebuah novel. Ketahui teknik-teknik bagaimana mahu menulis novel supaya kerja anda tidak terbe gkala di tengah jalan.

www.sifubuku.com

MENGHADAM NOVEL BERAT DAN NOVEL RINGAN




DARIPADA tajuk sesebuah novel, kita sudah dapat membayangkan sama ada novel yang kita beli atau sedang baca itu sebuah novel ringan atau novel berat/ilmiah. Novel ringan atau novel novel popular sekarang melambak-lambak di pasaran.

Genre yang seperti itu jugalah yang menjadi kegemaran para penulis yang batu mmencuba menghasilakn novel. Tajuk-tajuknya mudah dan tidak perlu memaksa kita berfikir. Berbeza dengan novel berat atau ilmiah.

Judulnya sahaja sudah membayangkan betapa memaksa kita supaya banyak berfikir. Contohnya seperti novel sasterawan Negara Datuk A.Samad Said seperti Hujan Pagi, Langit Petang dan seumpamanya.

Begitu juga dengan novel sasterawan negara yang lain seperti Arena Wati, Anuar Ridhwan dan beberapa orang lagi. Membaca novel mereka, memaksa kita banyak berfikir.

Tujuan kita membaca novel yang ringan, hanya sekadar untuk mendapat hiburan dan bukan ilmunya. Dibaca hanya untuk suka-suka kebetulan minat sangat dengan novel cinta, seram, dan sebagainya.
Apa yang jelas membaca novel ilmiah atau berat ini bukan hanya untuk suka-suka. Jika untuk suka-suka ia akan membosankan. Kecuali mereka yang membaca kerana mahu mencari ilmu dan mempertajamkan fikiran.

Kita akan membacanya dengan teliti. Bahkan untuk memahami apa yang hendak disampaikan oleh penulis novel ilmiah ini, mengambil banyak masa untuk faham.
Sebagai orang yang ingin  menulis novel sangat wajar untuk membaca kedua-dua jenis novel ini. Novel ringan dan novel ilmiah. Tujuannya supaya kita faham apakah yang hendak disampaikan oleh penulis novel popular dan penulis novel ilmiah.

Sebagai permulaan, tidak salah jika kita hendak membaca novel yang sifatnya popular sekarang untuk belajar. Tetapi pada masa yang sama, ada baiknya juga cari sebuah novel yang sederhana ilmiah sebagai mencambahkan fikiran.

Seperti juga dalam sesuatu masakan, ada manis, pedas, masam, masin dan sebaaginya. Apabila semua itu dicampurkan dalam satu masakan ia akan menghasilkan satu rasa yang lain, tidak manis sangat, tidak pedas dan tidak juga masin tetapi kena dengan selera orang yang menjamahnya.
Begitu juga bakal seorang penulis novel, harus tahu apakah yang diperlukan di dalam novel yang sedang digarapnya.

Rabu, 3 Mei 2017

14 TIP MENJUAL BUKU DI PESTA BUKU ATAU EKSPO/PAMERAN




SETIAP penulis lazimnya diberi peluang oleh penerbit menjul atau mempromosi buku sendiri sama di Pesta Buku Antarabangsa KL/Ekspo atau pameran-pameran buku di merata tempat. Ini ada beberapa tip berguna untuk mereka yang berhasrat mempromosikan buku kepada pembeli. Ini juga satu cara untuk memperkenalkan buku anda kepada pembaca.

1.Sedia berada di mana buku-buku kita di susun sama di rak atau tempat yang disediakan.

2.Sanggup tebal muka dan pandai bercakap.

3.Targetkan sasaran berapa jumlah buku mahu dijual.

4.Tuju tepat sasaran pembeli berpotensi. Maksudnya buku itu sasarannya siapa?

5.Tunjukkan buku. Jangan malu beritahu andalah penulis buku itu dan anda jual terus kepada pembeli.

6. Jika dalam pemasaran internet gunakan ‘copy writing’. Dalam ‘direct sale’ kena gunakan ‘direct talking’ yang memukau emosi sehingga pelanggan tertarik membeli.

7.Ceritakan kelebihan dan manfaat buku kerana anda yang lebih tahu.

8.Berikan diskaun menarik.

9.Berikan ‘free gift; jika ada seperti ‘key chain,’ Pen bertulis nama sendiri, penanda buku atau apa saja, khas bagi setiap pembelian.

10. Jika ada buku dua atau tiga naskah, cadangkan beli secara pakej dan hadiahkan satu “free gift’ menarik. Ini menolong jualan buku anda yang lain.

11.Jangan lupa tanda tangan buku bagi setiap pembelian.

12. Berdasarkan pengalaman. Daripada 10 sasaran, 6 atau 7 orang mesti membeli.

13. Bergambar dengan pembeli dan ambil maklumat diri untuk testimoni atau database.

14. Jika pelanggan menolak, itu biasa. Jangan kecewa. Ucapkan terima kasih

Teknik di atas lebih kurang sama dengan pemasaran produk di internet. Cuma dalam pemasaran internet kita tidak nampak pembeli manakala ‘direct sale’ penulis boleh bersemuka dengan pembeli.

Semoga sukses!