Ahad, 21 Mei 2017

MENGHADAM NOVEL BERAT DAN NOVEL RINGAN




DARIPADA tajuk sesebuah novel, kita sudah dapat membayangkan sama ada novel yang kita beli atau sedang baca itu sebuah novel ringan atau novel berat/ilmiah. Novel ringan atau novel novel popular sekarang melambak-lambak di pasaran.

Genre yang seperti itu jugalah yang menjadi kegemaran para penulis yang batu mmencuba menghasilakn novel. Tajuk-tajuknya mudah dan tidak perlu memaksa kita berfikir. Berbeza dengan novel berat atau ilmiah.

Judulnya sahaja sudah membayangkan betapa memaksa kita supaya banyak berfikir. Contohnya seperti novel sasterawan Negara Datuk A.Samad Said seperti Hujan Pagi, Langit Petang dan seumpamanya.

Begitu juga dengan novel sasterawan negara yang lain seperti Arena Wati, Anuar Ridhwan dan beberapa orang lagi. Membaca novel mereka, memaksa kita banyak berfikir.

Tujuan kita membaca novel yang ringan, hanya sekadar untuk mendapat hiburan dan bukan ilmunya. Dibaca hanya untuk suka-suka kebetulan minat sangat dengan novel cinta, seram, dan sebagainya.
Apa yang jelas membaca novel ilmiah atau berat ini bukan hanya untuk suka-suka. Jika untuk suka-suka ia akan membosankan. Kecuali mereka yang membaca kerana mahu mencari ilmu dan mempertajamkan fikiran.

Kita akan membacanya dengan teliti. Bahkan untuk memahami apa yang hendak disampaikan oleh penulis novel ilmiah ini, mengambil banyak masa untuk faham.
Sebagai orang yang ingin  menulis novel sangat wajar untuk membaca kedua-dua jenis novel ini. Novel ringan dan novel ilmiah. Tujuannya supaya kita faham apakah yang hendak disampaikan oleh penulis novel popular dan penulis novel ilmiah.

Sebagai permulaan, tidak salah jika kita hendak membaca novel yang sifatnya popular sekarang untuk belajar. Tetapi pada masa yang sama, ada baiknya juga cari sebuah novel yang sederhana ilmiah sebagai mencambahkan fikiran.

Seperti juga dalam sesuatu masakan, ada manis, pedas, masam, masin dan sebaaginya. Apabila semua itu dicampurkan dalam satu masakan ia akan menghasilkan satu rasa yang lain, tidak manis sangat, tidak pedas dan tidak juga masin tetapi kena dengan selera orang yang menjamahnya.
Begitu juga bakal seorang penulis novel, harus tahu apakah yang diperlukan di dalam novel yang sedang digarapnya.

Tiada ulasan: