Ahad, 20 Disember 2009

SEDIAKAN JADUAL MENULIS NOVEL

SEBAGAI seorang yang sudah mengambil keputusan untuk menghasilkan sebuah novel, adakah sdra. mempunyai masa untuk menulis? Saya yakin, sdra. mempunyai masa untuk menulis sebagaimana sdra. mempunyai masa untuk menonton tv, membeli-belah, bersiar-siar dan sebagainya.

Sdra. tidak perlukan masa berjam-jam untuk menulis. Cukuplah sdra. peruntukan masa sejam atau dua jam untuk menulis dalam masa sehari. Jika sdra. hanya ada masa pada waktu malam untuk menulis, menulis lebih awal, mungkin sdra. ada masa tiga jam untuk menulis. Katakanlah sdra. mula menghadap komputer pada jam 9.00 malam dan berakhir pada jam 12.00 malam.

Jika masa yang sama sdra. kekalkan setiap hari untuk menulis, tidak mustahil sdra. boleh menyiapkan sebuah novel yang tebalnya sekitar 300 halaman dalam masa sebulan. Ini bermakna sdra. dapat menyiapkan satu bab setiap malam yang panjangnya kira-kira 8 – 10 halaman kertas A4.

Sebagaimana pelajar sekolah mengikut jadual setiap hari, menulis novel juga perlu mengikut dan mematuhi jadual yang disediakan untuk menjamin kelancaran menulis novel siap dalam masa yang ditetapkan. Untuk tujuan ini, sdra. mesti konsisten memperuntukkan masa untuk menulis. Saya yakin, sdra. boleh menjadi penulis novel yang cemerlang.

Bagaimanapun semua ini bergantung kepada sdra. menguruskan masa menulis. Di dalam ebook Cara Mudah Menulis Masa ada dijelaskan bagaimana anda menguruskan masa supaya novel yang sdra. hasilkan dapat disiapkan dalam masa yang ditetapkan.

Kebanyakan penulis yang sudah banyak menghasilkan novel, menggunakan masa yang ada dengan sebaik-baiknya. Jika mentargetkan mahu menyiapkan sebuah novel dalam masa sebulan, mereka sudah membuat perancangan dan menepati jadual yang disediakan.

Menulis novel, harus memaksa diri untuk menghadap komputer setiap hari. Buang jauh-jauh sifat-sifat negatif yang mengatakan menulis hanya membuang masa dan tidak berfaedah.

SUSAHKAH MENULIS NOVEL

Saya tahu di luar sana ramai yang berminat menulis novel. Tetapi setakat berminat sahaja dan tidak berusaha untuk menghasilkan novel, impian sdra. tidak akan tercapai. Menulis novel memerlukan kesungguhan dan komitmen yang tinggi. Setakat ini apakah usaha sdra. untuk menghasilkan sebuah novel?

Saya pasti, sdra. memiliki kesungguhan dan komitmen yang tinggi untuk menghasilkan sekurang-kurangnya sebuah novel. Tidak terujakah sdra. apabila berkunjung ke kedai buku dan melihat novel yang anda tulis terusun rapi di rak-rak buku? Nama sdra. terpampang sebagai penulis novel berkenaan dan melihat novel sdra. sedang dibelek-belek oleh seorang pembaca.

Susah sangatkah ingin menghasilkan sebuah novel? Itulah pertanyaan yang sering saya terima ketika mengadakan bengkel penulisan novel. Bayangkan bagaimanakah seorang penulis novel boleh menghasilkan sehingga 20 lebih buah novel. Bukankah ia bermula dengan sebuah novel?

Menulis tidak susah bagi mereka yang sudah biasa menulis novel tetapi ia sangat susah bagi mereka yang pertama kali hendak menulis novel. Menulis novel bukan seperti menulis cerpen atau karangan. Menulis novel memerlukan panduan supaya kerja-kerja penulisan novel berjalan lancar dan tidak terputus idea.

Sebenarnya ada cara yang sangat mudah jika sdra mahu menghasilkan novel. Ebook Cara Mudah Menulis Novel yang saya hasilkan tentu dapat membantu mereka yang berminat menulis novel. Apa yang penting, sdra mesti ada kemahuan untuk menghasilkannya.

Ahad, 8 November 2009

MENULIS NAMA DAN WATAK SEBENAR DALAM NOVEL

SEBAGAIMANA menulis nama tempat dan lokasi sebenar, menulis nama watak sebenar di dalam novel juga dibolehkan. Tetapi ada kalanya dilarang atau ditegah. Jika menulis nama watak sekadar sampingan atau sekali lalu dan bertujuan untuik perkara yang baik, memang dibolehkan.

Sebagai contoh:
Ketika Farhana bersendirian itu, dia teringatkan kata-kata Datuk Haji Mohd Fadilah Kamsah ketika mengikuti ceramah yang dihadirinya minggu lalu. Menurut pakar motivasi itu, sesuatu perkahwinan bukan hanya sekadar perkongsian dua hati untuk melayari bahtera kehidupan tetapi meliputi pelbagai perkongsian termasuk perasaan, keluarga dan sebagainya.

Menuliskan nama watak sebenar di atas adalah secara sekali lalu sahaja yang bertujuan untuk kebaikan. Tetapi jika menulis dengan menggambarkan mengenai perkara yang negatif mengenai tokoh berkenaan adalah dilarang dan ditegah.

Bagaimanapun kita dilarang untuk menuliskan watak keseluruhan tokoh berkenaan atau tokoh-tokoh lain yang wujud tidak kita sama ada tokoh politik, tokoh perniagaan atau apa sahaja atau kita mengambil watak tokoh tersebut menjadi watak penting atau sampingan di dalam novel kita.

Apatah lagi jika kita membabitkan nama tokoh-tokoh berkenaan terbabit dengan skandal di dalam novel yang kita tuliskan. Walaupun novel itu hanya rekaan semata-mata, sebaik-baik supaya tidak timbal masalah, lebih baik wujudkan watak yang tidak ada kena mengana dengan sesiapa walaupun novel yang kita tuliskan itu berkisar mengenai tokoh politik, tokoh perniagaan atau apa sahaja.

Watak itu kita wujudkan sebagai mewakili watak dan bukan sebagai orang yang ditujukan di dalam novel berkenaan.

Sebagai contoh:
Semua teman-teman rapat Ayusari tahu, gadis bermata galak itu ada menjalin hubungan dengan Datuk (disebut nama datuk itu dan kebetulan nama datuk itu memang wujud) tetapi Ayusari sering menafikannya.

“Kau janganlah nak berbohong Ayu, datuk (sebut nama datuk itu) yang kaya raya tu sendiri yang beritahu pada kami, takkan dia nak berbohong. Katanya, engkau yang teringin Sangat nak rumah banglo di tepi pantai tu…,” pintas Laila, teman serumah apabila Ayusari enggan mengaku.

Jika ingin juga menulis nama datuk itu, biarlah nama datuk rekaan yang tidak wujud di alam nyata ini atau menujukan kepada seseorang.

Sebagai penulis, anda harus menjaga nama atau maruah orang-orang tertentu terutamanya nama-nama dan watak yang anda gunakan. Jika pun perkara itu memang benar-benar berlaku, sebaik-baiknya elakkan menggunakan nama orang popular atau terkenal untuk mengelakkan kontroversi.

Seperkara lagi yang perlu diambil perhatian ialah, penggunaan nama-nama watak. Jika kita mengkaji novel-novel A, Samad Said, beliau lebih gemar menggunakan nama yang sekali digunakan oleh orang lain.

Contohnya dalam novel Daerah Zeni. Nama-nama yang digunakan ialah Hamdar, Zedi, Zirah, Dol Zaleh, Ehran, Lazri, Zeni, Raja Dabet dan banyak lagi.

Nama-nama di atas mungkin agak pelik dan nama itu jarang digunakan. Tetapi apabila sekali sebut, pembaca pantas akan teringat novel berkenaan kerana hanya dalam novel itu sahaja watak itu disebut.

Berbanding dengan novel-novel lain, penulis lazimnya menggunakan nama yang sering dan mudah diingat, seperti Ismail, Ahmad, Abu Bakar, Fauziah, Mariani, Latifah dan sebagainya.

Bagaimanapun kebelakangan ini ramai penulis generasi baru lebih suka menggunakan nama-nama yang moden seperti Kaisara, Lestari, Qalida Qaseh, Mya Zara dan banyak lagi.

Penggunaan nama apa sekalipun tidak menjadi kesalahan tetapi sebaik-baiknya biarlah nama-mana itu berpadanan dengan wataknya. Sebagai contoh watak seorang pemarah, pendendam, penipu dan seumpamanya tentulah tidak sesuai menggunakan nama-nama seperti Muslim, Hidayat, Muhammad Abduh, Syed Al-Amin dan seumpamanya.

Kadang-kadang penggunaan nama-nama juga penting untuk mencorakan sesebuah novel. Sebuah novel yang bercirikan Islami, tentulah tidak sesuai menggunakan nama watak utama atau sampingan yang membawa maksud tidak baik melainkan jika nama-nama watak yang berperwatakan yang bertentangan dengan nilai murni.

Khamis, 5 November 2009

PERSEDIAAN MENULIS NOVEL

ORANG zaman dahulu sering berpesan kepada sesiapa yang ingin merantau supaya penuhkan ilmu di dada terlebih dahulu. Setelah penuh ilmu di dada, pergilah merantau di ceruk mana sekali pun. Tujuan mereka sekadar mengingatkan kerana sepanjang perjalanan merantau mereka akan berhadapan dengan pelbagai halangan.

Bagaimanakah hendak berhadapan dengan halangan itu jika kita tidak ada ilmu atau kepakaran untuk menghadapinya. Sebagai contohnya, apakah yang harus dilakukan jika ditahan musuh pertengahan jalan? Jika tidak ada ilmu mempertahankan diri, bagaimanakah mahu menghadapinya?

Begitu jugalah halnya dengan saudara yang mahu menulis novel. Walaupun ilmu tidak penuh di dada tetapi sekurang-kurangnya ada ilmu sebagai bekalan menulis novel. Usah menulis novel dengan dada yang kosong, saudara akan terkapai-kapai nanti.

Banyak persediaan boleh dilakukan jira ingin menulis novel. Saudara boleh mengikuti bengkel-bengkel penulisan novel yang diadakan secara percuma atau berbayar. Saudara boleh juga mendapatkan buku-buku panduan menulis novel dan bertanya kepada mereka yang arif dalam penulisan novel.

Sekarang ini calun-calun penulis novel lebih beruntung kerana banyak syarikat penerbitan novel mengadakan bengkel penulisan untuk mereka yang mahu menghasilkan novel. Mereka akan dibimbing dan peluang untuk novel diterbitkan sangat cerah.

Penuhkan ilmu di dada dengan ilmu penulisan novel, setelah itu mulakan lakukan praktikal menulis sebuah novel. Nescaya perjalanan saudara untuk menghasilkan sebuah novel tidak akan berhadapan dengan banyak kesukaran.

Tanpa persediaan menulis novel, bukan bermakna tidak boleh menghasilkan novel. Saudara masih boleh menghasilkan novel tetapi hasilnya ibarat masakan yang tidak cukup resepi. Ia masih boleh dimakan tetapi mungkn sesuai untuk hidangan sendiri sahaja.

Cuba fikirkan contoh ini.
Seseorang yang ingin masuk ke gelanggang persilatan tetapi tidak pernah belajar bersilat dengan betul, tidakkah langkahnya akan sumbang berada di gelanggang. Orang yang tidak tahu ilmu persilatan mungkin tidak nampak di mana sumbangnya. Tetapi bagi mereka yang bersilat, sudah tentu dapat mengesan di manakah kesilapannya. Begitulah analoginya jika menulis novel tanpa ilmu dan persediaan.

Di sini disertakan beberapa tip-tip sebagai persediaan jika ingin menulis novel.

1. Mesti memiliki minat untuk menulis novel.
2. Sebelum menulis novel ádalah lebih baik melatih diri menulis cerpen.
3. Banyak membaca novel-novel dari pelbagai kategori seperti novel kanak-kanak,
remaja, dewasa, novel seram, novel cinta, novel sejarah dan sebagainya.
4. Dapatkan panduan menulis novel sama ada dari buku-buku atau bengkel penulisan.
5. Berkongsi pengalaman dengan mereka yang sudah berjaya menulis novel.
6. Yakinkan diri saudara mampu menghasilkan novel.

Tip di atas adalah sebahagian persediaan yang penting tetapi jika ada peluang untuk mendalami ilmu mengenai penulisan novel jangan lepaskan peluang mengikutinya.

Bukan mustahil jika saudara ada nama di dalam penulisan novel, saudara tidak perlu mengemis kepada penerbit untuk menerbitkan novel saudara. Malah pihak penerbit novel sendiri mempelawa saudara menulis novel untuk syarikat mereka.

Apa yang penting sekarang, buktikan saudara mampu melakukannya.

MENULIS NOVEL UNTUK SAYEMBARA

APAKAH bezanya menulis novel untuk sayembara dan bukan untuk tujuan sayembara? Sekali imbas memang tidak ada bezanya tetapi jika diperhatikan ia memang ada perbezaannya.

Mereka yang pernah menulis novel untuk tujuan sayembara mungkin dapat membezakannya tetapi jika tidak pernah menyertai sayembara novel mungkin sukar untuk membuat perbandingan.

Bagaimanapun secara mudah, perbezaan menulis nvel untuk sayembara dan bukan sayembara boleh dijelaskjan seperti berikut.

NOVEL SAYEMBARA

Novel sayembara mengandungi syarat dan peraturan yang sudah ditetapkan oleh pihak penganjur.

Di antara syarat-syaratnya ialah:
a) Penganjur menetapkan tema yang perlu ditulis.
b) Penganjur menetapkan jumlah perkataan yang mesti ditulis.
c) Penganjur menetapkan tarikh tutup penyertaan.
d) Manuskrip yang menyertai pertandingan sama ada memang atau tidak akan menjadi hak penganjur.
e) Penganjur menyediakn penal yang akan menilai novel sayembara untuk dinilai bagi dipilih untuk memenangi sayembara berkenaan.
f) Pemenang akan diberikan hadiah seperti wang tunai dengan jumlah yang ditentukan.

NOVEL BUKAN SAYEMBARA

Novel yang bukan tujuan sayembara, tidak ada syarat-syarat tertentu untuk diterbitkan. Bagaimana ia masih tertakluk kepada syarat-syarat lain yang dipelrukan oleh pihak penerbit seperti penerbit mahukan novel yang berkisar dunia remaja, dewasa, kanak-kanak dan sebagainya.

a) Tidak ada tema yang ditentukan, kebanyakannya tema umum.
b) Tidak terhad panjang atau pendek novel berkenaan dan tiada keretapan jumlah halaman.
c) Tidak ada tarikh tutup dan novel ini boleh ditulis pada bila-bila masa asalkan penulis ada waktu untuk menyiapkan.
d) Manuskrip yang dihantar akan dinilai oleh penerbit, jika sesuai novel akan diterbitkan dengan terma-terma perjanjian yang sudah ditetapkan.
e) Tidak ada hadiah diberikan tetapi jika novel mendapat sambutan dan diulang cetak penulis berpeluang mendapat royalti yang lebih.

PERBEZAAN LAIN

Menulis novel sayembara memerlukan lebih banyak kajian dan perlu berhati-hati supaya novel yang ditulis tidak terkeluar dari landasan atau syarat yang ditetapkan. Jika novel terkeluar dari syarat-syarat yang ditetapkan, ia secara automatik akan dikeluarkan dari pertandingan.

Selain itu penulis terikat dengan syarat dan tidak bebas untuk mengeluarkan idea tetapi jika penulis seorang yang kreatif, banyak membuat kajian, tidak mustahil ia akan dipilih sebagai pemenang.

Terdapat sesetengah penulis novel tidak sanggup menulis novel untuk sayembara kerana tidak mahu terikat dengan syarat-syarat yang diberikan kerana mereka berasakan tidak bebas untuk berkarya.

Bagaimanapun terdapat sesetengah penulis yang hanya menulis novel untuk sayembara kerana ia berkemampuan untuk memenuhi syarat-syarat yang diberikan. Justeru tidak hairanlah penulis seperti itu kerapkalu memenangi sayembara kerana sudah berpengalaman menyertainya.

Walaupun menulis novel untuk sayembara memerlukan kajian, bukan bermakna menulis bukan bertujuan untuk pertandingan tidak perlu memerlukan kajian. Novel ini masih memerlukan kajian supaya apa yang ditulis itu tidak terawang-awang dan tidak berpijak di bumi nyata.

Ada setengah berpendapat mengatakan , novel yang dihasilkan oleh sayembara sudah terbukti novel berkenaan baik mutunya dan boleh dibuat rujukan kerana telah dinilai dan diuji oleh panel berpengalaman di bidang itu. Itu memang tidak dinafikan. Novel sayembara yang menmang adalah yang terbaik di antara sekian banyak yang menyertai sayembara.

Jika dibandingkan dengan novel-novel yang tidak memenangi pertadingan, ada kemungkinan novel itu masíh ditahap sederhana mutunya. Tetapi bukan bermakna tidak baik tetapi kadang-kadang oleh kerana publisitinya, novel yang tidak pernah menang pertandingan lebih laku jualannya.

Walau apapun di dalam perkara ini, jalan cerita di dalam novel itu yang menepati citarasa pembaca pada zamannya berpeluang dicetak berulangkali. Kesimpulannya, jika seseorang penulis novel ingin menguji sejauh mana kemampuannya menulis novel, lebih baik menyertai sayembara.

Seorang pelari yang baik, adalah pelari yang sering memenangi pertandingan lumba lari dengan jumlah catatan yang kerap memecah rekod, berbanding dengan mereka yang berlari untuk tujuan mengeluarkan peluh dan menjaga kesihatan.

PERSEPSI MENGENAI NOVEL CINTA

APABILA di sebut ‘Novel Cinta’, apakah sebenarnya yang terbayang di ruang fikiran saudara? Jika ditanya kepada sepuluh orang pembaca, mungkin mereka akan memberikan jawapan yang berlainan. Mungkin juga mereka akan memberikan jawapan yang hampir-hampir sama.

Tetapi lazimnya, apa yang terbayang di ruang fikiran kita ialah novel cinta, novel yang memaparkan kisah cinta, temanya cinta, bahasanya cinta dan segala-galannya cinta. Oleh kerana tema cinta hampir dirasai oleh kesemua orang, tema itu dianggap popular dan mendapat tempat teratas di kalangan pembaca.

Novel cinta kebiasaannya tidak dapat lari daripada perkara-perkara berikut:

1. Cinta tiga segi di mana, dua lelaki berebut seorang wanita atau dua wanita berebutkan seorang lelaki.
2. Cinta adik angkat kepada abang angkat.
3. Cinta anak angkat dengan ibu angkat atau sebaliknya.
4. Cinta anak tiri dengan ayah tiri dan sebaliknya.
5. Cinta anak saudara dengan bapa saudara atau sebaliknya.
6. Cinta orang tua dengan orang muda.
7. Cinta dua darjat antara miskin dan kaya.
8. Cinta di antara sepupu.
9. Cinta yang tidak direstui keluarga.
10. Cinta kerana ingin membalas dendam.
11. Cinta kerana mahukan harta.
12. Cinta siber.
13. Cinta antara dua benua.
14. Cinta berlainan agama.
15. Cinta di antara suami dan isteri orang.
16. Cinta seberang.
17. Cinta monyet.
18. Cinta songsang.

Apa yang dicatatkan di atas adalah sebahagian daripada puluhan kisah cinta yang berlaku di dalam masyarakat kita. Bacalah novel-novel cinta, sudah pasti salah satu daripada yang dicatitkan di atas menjadi temanya.

Tema-tema cinta seperti di atas merupakan kisah cinta yang sudah biasa ditulis sejak dahulu sehingga sekarang. Jika kita hendak menulis juga novel cinta, sudah tentu tidak ada bezanya dengan novel-novel cinta yang pernah diterbitkan.

Lazimnya, novel-novel cinta yang menjadi kegemaran pembaca adalah novel yang berakhir dengan kekecewaan pada watak-wataknya. Mereka tidak sempat untuk menjejak ke pelamin dan arus perintaan mereka sentiasa berliku sebelum mencapai kejayaan atau kegagalan.

Boleh dikatakan hampir setiap orang mengalami detik percintaan yang berbeza. Bagi mereka yang mampu menghasilkan novel, mereka akan curahkan pengalaman yang di dalam novel. Ini kerana peristiwa itu lebih ‘real’ dan bukan imaginasi penulisnya.

Jarang ada penulis novel cinta mampu lari daripada kisah yang dicatitkan di atas. Jika mereka menulis novel cinta, kisah itu akan berputar-putar pada kisah yang kebiasaannya dialami oleh semua orang.

Jarang sekali ada penulis yang yang mampu lari daripada persoalan cinta di atas. Contohnya, cinta kepaad Pencipta kita, Allah. Berapa ramaikah di antara kita mampu menghasilkan sebuah novel cinta terhadap Allah, segala-galanya kepada Allah?

Tidak semua penulis mampu menulis kecintaan terhadap Allah. Kebanyakkannya cinta hanya sesama manusia. Jika tidak seratus peratus menulis novel cinta terhadap Allah, tentu tidak salah menulis novel cinta kerana Allah.

Jarang ada penulis novel cinta menulis kisah cinta lelaki dan perempuan bercinta kerana Allah. Kebanyakkan cinta yang ditulis bersandarkan nafsu, harta, kecantikan dan sebagainya.

Bukankah cinta terhadap Allah sesuatu yang bersifat kekal manakala cinta sesama manusia hanyalah bersifat sementara. Sebab itulah cinta selaku kecundang, tidak kesampaian dan salah seorang akan merana akibat panahan api cinta sesama manusia.

Selepas ini, cuba fikir-fikirkan menulis novel cinta semata-mata kerana Allah, bukan kerana didorong oleh nafsu atau harta benda.

Jumaat, 22 Mei 2009

EBOOK CARA MUDAH MENULIS NOVEL - Pakej Lengkap Berserta Contoh

DARIPADA:
Muhd Nasruddin Dasuki.
H/P: 013-3635560

Assalamualaikum dan salam sejahtera
TIDAK dinafikan, ramai di antara kita sebenarnya cenderong untuk menghasilkan novel tetapi malangnya saudara masih samar-samar bagaimana mahu memulakan kerana saudara tidak ada asas atau panduan yang boleh diikuti. Jika saudara berpeluang, mungkin saudara boleh mengikuti bengkel-bengkel penulisan yang diadakan tetapi jika tidak, saudara perlulah berusaha sendiri.

Bagaimanapun bengkel penulisan yang saudara ikuti hanya menerangkan secara asas kerana faktor masa. Tetapi saudara tidak perlu risau, ebook ini akan dapat menyelesaikan masalah saudara itu. Ebook ini akan menerangkan secara terperinci dari A-Z tanpa perlu saudara mengikuti sebarang bengkel.

Di dalam ebook CMMN ini, pembaca akan diperkenalkan dengan ciri-ciri novel, sinopsis, plot, rangka cerita, watak dan perwatakan, sudut pandangan, gaya bahasa dan sebagainya. Saya percaya, ebook ini tidak akan menghampakan jika saudara berkesempatan memilikinya.
Sebaik sahaja saudara memiliki ebook ini, saudara layak untuk mendapat bonus sebuah novel berjudul ‘Sebening Airmata’ serta 10 tip bimbingan percuma setiap minggu sehingga saudara mampu menghasilkan sebuah sinopsis novel.

PENGENALAN

EBOOK mengandungi 150 halaman ini sememangnya dihasilkan khusus untuk mereka yang hendak belajar menulis novel dan bercita-cita menjadi novelis supaya nama mereka sebaris dengan mereka yang sudah menempa nama di bidang ini. Ebook Cara Mudah Menulis Novel (CMMN) ini dihasilkan dengan bahasa yang mudah supaya senang difahami.

Selain itu contoh-contoh juga disediakan supaya mereka dapat memahami dengan lebih jelas. Ebook ini dibahagikan kepada tiga bahagian di mana pada setiap bahagian terdapat judul-judul yang mengandungi maklumat berguna untuk dipraktikkan.

BAHAGIAN PERTAMA

SELAIN pengenalan, pembaca akan diterangkan bagaimana bidang penulisan ini jika dilakukan dengan bersungguh-sungguh ia boleh menyumbangkan pendapatan sampingan daripada royalti yang diterima setelah novel diterbitkan. Diterangkan juga mengapa ramai di kalangan remaja gemar membaca novel ketika mengisi masa terluang atau satu kemestian untuk memiliki novel karya penulis idola mereka.

Industri novel yang sedang pesat sekarang menyaksikan banyak novel diterbitkan di pasaran. Ini secara tidak langsung memberi peluang kepada yang mempunyai bakat untuk menyerlahkan bakat mereka.

Kepada mereka yang sedang berjinak-jinak dengan dunia penulisan novel dan ingin membuktikan kemampuan mereka, inilah masanya untuk berbuat demikian. Peluang tersedia di hadapan mata, mengapa harus dilepaskan peluang itu?

Ia juga akan menjadi penanda aras sama ada saudara berkemampuan atau tidak membuktikan kebolehan saudara menjadi pengarang atau tidak. Jika ini kali pertama saudara menghasilkan novel, ia juga merupakan satu ujian sama ada saudara mampu menarik khalayak peminat saudara atau tidak.

Apabila kita menulis novel, kita juga perlu mengkaji apakah yang sebenarnya pembaca mahu. Oleh kerana pembaca mempunyai selera yang berbeza-beza, menjadi tugas penulis untuk menghasilkan novel yang mampu memenuhi impian mereka. Jika saudara sudah mempunyai khalayak pembaca saudara sendiri, apakah cara yang terbaik supaya mereka terus meminati karya saudara itu. Semua ada diterangkan di bahagian pertama ebook ini.


BAHAGIAN KEDUA
PADA bahagian kedua ini, pembaca akan didedahkan kepada 26 tajuk yang kesemuanya berupa panduan yang mengandungi maklumat berguna. Ia menerangkan cara menghasilkan novel bermula dari A – Z.

Di sini, saya akan terangkan secara ringkas judul-judul penting yang wajib diikuti ketika menulis novel. Judul-judul di bahagian kedua ini juga akan diselitkan dengan contoh agar pengajaran menjadi lebih mudah dan berkesan.

Di antara judul-judul itu ialah:

DEFINASI NOVEL

Sebelum melarikan pena menghasilkan ayat pertama di dalam novel, saudara akan diperkenalkan dengan novel dan cerpen kerana ia merupakan dua bidang yang berbeza. Ada novel sejarah, novel remaja, novel kanak-kanak, novel Islami dan pelbagai lagi.

TEMA

Isi di dalam judul ini penting untuk diambil perhatian. Sebelum menulis novel, saudara harus memastikan apakah tema yang akan ditulis. Contohnya novel yang bertemakan kekeluargaan, sejarah, perjuangan, sosial, keagamaan dan sebagainya.

PLOT

Plot ialah peristiwa yang disusun dan peristiwa dengan peristiwa yang lain itu saling berkaitan dan ia berlaku kerana adanya sebab dan akibat. Oleh itu setiap peristiwa yang hendak ditimbulkan mestilah bersebab dan ada kaitan dengan cerita.

WATAK

Bagaimana mahu menampilkan watak utama dan watak pembantu? Bagaimana juga mahu memperkenalkan watak dan perwatakan? Ingin memperkenalkan watak, banyak caranya. Di antaranya dengan meneliti cara watak bertindak, berfikir, gerak laku dan sebagainya.
Perwatakannya begaimana pula, adakah ia seorang yang sombong, ego, pemalas, pendendam, bengis, rakus dan sebagainya. Ebook ini akan menerangkan segalanya di bawah tajuk mengenali watak dan perwatakan.

LATAR

Setiap plot di dalam novel harus mempunyai latarnya. Ia ibarat ‘parking’ bagi sebuah kereta ketika mana kereta itu berada. Jika berada di dalam bangunan, di manakah kereta itu berada? Di tempat letak kereta bawah bangunan atau di luar bangunan?

Latar pula dibahagi kepada beberapa jenis. Di antaranya latar tempat, latar waktu, latar masa dan waktu dan latar persekitaran. Apakah bezanya di antara latar yang disebutkan itu?
Sementara itu, di dalam novel, ada dua latar yang mesti ada:

Pertama: Latar masa keseluruhan cerita. Contohnya, zaman sekarang atau zaman selepas perang atau sebelum perang.

Kedua: Latar belakang sesuatu peristiwa.

SUDUT PANDANGAN

Sudut pandangan dibahagi kepada empat:
Sudut pandangan orang pertama.
Sudut pandangan orang serbatahu.
Sudut pandangan peninjau
Sudut pandangan objektif.

GAYA BAHASA

Pembaca akan diterangkan bagaimana mahu mengolah novel dengan bahasa yang mudah difahami pembaca. Ebook ini akan menjelaskan kepada pembaca.


MENDAPATKAN BAHAN MENULIS

Pelbagai cara dijelaskan bagaimana mahu mendapatkan bahan untuk menulis novel. Satu daripadanya cerita yang dialami diri sendiri, orang lain atau dari keratan akhbar dan sebagainya.


MENULIS SINOPSIS

Ini merupakan satu judul yang penting. Sinopsis merupakan cerita keseluruhan novel yang sedang ditulis. Contoh menulis sinopsis juga disediakan kepada pembaca. Sinopsis hanya sebagai panduan supaya memudahkan penulis menulis mengikut aliran cerita yang disediakan.


MENULIS RANGKA CERITA

Sesudah menulis sipnopsis, kini giliran untuk menulis rangka cerita berdasarkan sinopsis tadi. Contoh rangka cerita juga disediakan untuk lebih difahami.

MENULIS NOVEL MENGIKUT KERANGKA CERITA

Daripada kerangka cerita yang sudah disediakan, kini tiba giliran pula untuk memulakan kerja menulis novel bermula dengan Bab satu dan seterusnya.

JADUAL MENYIAPKAN NOVEL

Setelah kesemuanya saudara fahami dan kerja menulis sudah dimulakan, satu perkara yang perlu diambil perhatian ialah mengenai target menyiapkan novel.
Apa juga pekerjaan, kita mesti menetapkan waktu untuk menyiapkannya, begitu juga dengan menulis novel. Di dalam ebook ini sudah disediakan satu judul sebagai panduan supaya kerja-kerja menulis tidak terencat di pertengahan jalan.

BAHAGIAN TIGA

Pada bahagian ini, diterangkan secara ringkas, apakah yang perlu dilakukan oleh penulis setelah manuskrip novel disiapkabn. Sama ada saudara mahu menerbitkan sendiri, dihantar ke penerbit novel atau mahu menjadikan enovel dan dijual melalui laman web. Itu terpulang kepada saudara.


KELEBIHAN MEMILIKI EBOOK CMMN

Mengapakah ebook ini perlu saudara miliki?
Ebook ini akan membantu saudara menghasilkan novel berpandukan panduan, maklumat dan contoh yang disediakan. Oleh itu memilikinya bukan satu kerugia, Ia ibarat ilmu tidak akan hilang selagi saudara mahu mengamalkannya.

Saudara tidak perlu membuang masa mencari maklumat di Kedai-kedai buku, di internet dan mengumpulkan satu persatu kerana ebook ini akan menjelaskan segala-galanya mengenai novel.
Sebelum ini belum ada ebook yang memberikan panduan dan maklumat bagaimana cara yang lebih efisyen untuk menghasilkan novel. Ebook ini akan membuka kunci permasalahan anda selama ini.

Saudara akan dibimbing sehingga saudara sekurang-kurangnya menghasilkan satu bab daripada novel yang akan saudara hasilkan. Ini sebagai komitmen kami yang tidak mahu anda berasa sia-sia memiliki ebook ini.

Ebook yang hanya berharga RM 40.00 sahaja dan saudara akan mendapat bonus sebuah novel berjudul Sebening Airmata atau Airmata Pertama secara percuma.


CARA BAYARAN MENGGUNAKAN BANK IN

Akaun : Maybank
Nama : Muhd Nasruddin Dasuki
No. Akaun : 162115976283

Akaun : CIMB
Nama : Muhd Nasruddin Dasuki
No Akaun : 1277-0002240-207

Selepas saudara bank in ke akaun di atas, sila emailkan butiran anda.
Nama Penuh:
Alamat lengkap:
Tarikh:
Masa:
Tempat:
Alamat e-mail anda:
Jumlah yang dibank in RM 40.00
No. Telefon Bimbit:
Emailkan butiran di atas ke alamat : mnasd_326@yahoo.com
Atau sms ke No. 013-3635560

Pilih salah satu novel sebagai bonus: Sebening Airmata/Airmata Pertama
Sebagai penutup, jika saudara mahukan kejayaan, ia harus dilakukan dengan pengorbanan. Pengorbanan wang ringgit dan masa. Semua orang yang berjaya, mereka mengamalkan apa yang disebutkan tadi.

Bertindaklah sekarang!
Keputusan di tangan saudara.

Inilah novel yang akan saya beri percuma kepada setiap pembeli ebook CARA MUDAH MENULIS NOVEL ini.Mereka yang berminat boleh email kepada saya: mnasd_326@yahoo atau sms ke nombor telefon:013-3635560.










Jangan tunggu lagi!

Selasa, 19 Mei 2009

MENGURUS MASA MENULIS NOVEL

WALAU APAPUN jenis pekerjaan, pengurusan masa yang betul amat penting dipraktikkan. Jika pengurusan masa tersusun dalam apa juga kerja yang dilakukan, ia akan siap dalam tempoh yang ditetapkan. Masalah tidak ada masa serta masalah-masalah lain yang mengganggu akan dijadikan alasan apabila kerja yang sepatutnya disiapkan, tidak terlaksana.

Begitulah juga dengan dunia penulisan. Tidak kira apa juga bentuk genre penulisan. Pengurusan masa yang betul memang penting. Ada penulis, menulis mengikut mood atau menunggu datangnya idea. Ada juga yang tidak memerlukan dua eleman itu. Apabila keinginan untuk menulis tiba, ia akan duduk di depan komputer. Ketika itulah idea akan datang.

Bagi penulis sepenuh masa, mungkin tidak ada batas waktu tertentu menyediakan masa untuk menulis. Ia boleh menulis pada bila-bila masa yang ia mahu. Tetapi bagi mereka yang bekerja atau pelajar pada waktu siang, malam merupakan masa yang sesuai untuk menulis. Ini kerana waktu malam kurang sedikit ‘gangguannya’ berbanding waktu siang.


Ada beberapa tip yang mudah untuk diikuti sekiranya kerja-kerja penulisan mampu siap pada masa yang ditetapkan. Sama ada menulis cerpen, novel, drama, puisi, rencana dan sebagainya, jadual pengurusan masa mesti disediakan.

· Sediakan masa yang tepat untuk menulis. Contohnya dua jam atau tiga jam pada waktu malam. Bermula pada jam 9.00 hingga jam 12.00 atau jam 10.00 malam hinggá jam 1.00 pagi.

· Sediakan ‘dateline’ untuk menyiapkan satu-satu karya itu. Contohnya menulis novel. Novel akan disiapkan dalam tempoh sebulan atau dua bulan. Dua bulan, 60 hari. Tolak masa ‘gangguan’ jika ada, tinggal 45 hari. Katakan novel ada 45 bab. Bermakna, satu bab mesti disiapkan dalam masa seharí. Boleh?

· Satu bab, katakan ada 8 halaman. Tiga jam menulis bahagi dengan 8 halaman. Bermakna satu jam, mesti menulis sekurang-kurangnya 3 halaman kertas A4. Tidak bolehkah satu jam menulis tiga halaman, tentu boleh.

· Untuk memudahkan kerja penulisan, semua idea atau bahan rujukan untuk menulis mesti sudah ada di sisi.

· Sediakan sebotol air mineral botol kecil, untuk mengelakkan mengantuk ketika menulis. Minumlah sedikit jika rasa mengantuk dan meredakan ketegangan otak yang ligat berjalan.

· Amalkan menulis tiga jam satu malam, tiga halaman satu jam, satu bab satu malam. Lakukan berterusan setiap malam.

· Jika letih, amalkan berzikir dalam hati, berselawat atau pasang mp3 surah-surah tertentu dalam al-quran ( boleh di download secara percuma melalui Internet dan simpan dalam komputer) Ia boleh dipasang sebagai halwa telinga ketika mula menulis.

· Jika ada masa, sila semak hasil penulisan tadi sebelum menutup komputer, jira tidak ada masa, boleh semak jira ada masa terluang.

Walaupun setiap penulis ada cara tersendiri bagaimana menguruskan masa menulis, tetapi apa yang penting di sini ialah setiap kerja-kerja penulisan mesti berjadual. Ini untuk mengelakkan verja-kerja penulisan sering tertangguh dan tidak menepati masa yang ditetapkan oleh pihak yang mahukan karya kita.

Sekiranya ada penulis yang mempunyai gaya dan teknik tersendiri menguruskan masa menulis, adalah lebih baik jika pengalaman dikongsi bersama. Tambah pula kepada mereka yang baru berjinak atau ingin menjadi penulis, panduan seperti ini amat berguna.

Semoga tip yang diberikan di atas tadi memberikan sedikit sebanyak pengetahuan agar masa yang diperuntukkan untuk menulis tidak membazir begitu sahaja. Masa memang penting untuk berkarya, tetapi masa menjadi tidak penting jika tersalah urus.