Jumaat, 19 November 2010

BAKAT DAN MINAT DUA PERKARA BERBEZA

ADA orang minat menulis tetapi sesudah mencuba berkali-kali masih juga gagal. Ini kerana mereka tidak ada bakat. Minat dan bakat, dua perkara yang berbeza. Ada minat tidak semestinya ada bakat menulis.

Contohnya, daripada sekian banyak mereka yang menghadiri bengkel penulisan novel contohnya, hanya beberapa orang sahaja yang mampu menghasilkan novel. Yang lain kerana mempunyai minat tetapi tidak berkebolehan menulis kerana tidak ada bakat.

Bagaimanapun, jika ada bakat, minat wajib ada kepada mereka yang ingin menulis novel. Bakat boleh dipupuk, begitu juga dengan minat. Ada sesetengah orang yang tidak bemrinat dengan sesuatu perkara tetapi apabila didedahkan beberapa dengan perkara berkenaan, akhirnya mereka berminat.

Apabila sudah ada minat, bakat harus dipupuk. Ada sesetengah mereka yang tidak ada bakat tetapi apabila diberi pendedahan, akhirnya mereka berkemampuan untuk menulis.

Walaupun bakat dan minat dua perkara yang berbeza tetapi dua perkara ini boleh diletakkan di aras yang sama. Oleh yang demikian bakat dan minat harus seiringan jika ingin menghasilkan novel.

Minat ada tetapi bvakat tidak ada, novel tidak akan terhasil. Bakat ada tetapi minat tidak dipupuk selalu, akhirnya bakat akan lenyap begitu sahaja. Bayangkan di dalam satu-satu bengkel penulisan novel boleh dihadiri lebih kurang 40 orang, adakah kita yakin 40 orang ini mampu menghasilkan novel?

Jawapannya pasti tidak. Mungkin hanya beberapa orang sahaja yang betul-betul berminat dan berbakat akan muncul sebagai penulis novel yang berjaya.

1 ulasan:

lindazizan berkata...

nak tanya,
saya mula minat menulis sejak umur 15 tahun, tapi, baru tahun lepas, saya cuba beranikan diri untuk menulis cerpen,
dan hasilnya saya sudah menulis 4 cerpen dan 1 masih dalam proses,
saya letakkan cerita saya di facebook dan blogspot supaya orang ramai dapat membaca dan menilai...

pada pendapat encik,
boleh ke saya menjadi novelis?
sebab saya begitu berminat untuk jadikannya kerja sambilan saya...

http://linda-zizan.blogspot.com/2011/01/greenroses.html

http://www.facebook.com/home.php#!/pages/Linda-Zizan/152997938047460