Buku agama ini mengandungi 100 Pesanan Terakhir Rasulullah s.a.w yang merangkumi segala aspek kehidupan sehari-harian yang dipetik berdasarkan hadis-hadis yang diriwayatkan oleh perawi-perawi terkenal. Tidak rugi memiliki buku ini kerana ia banyak mengandungi pesanan yang sepatutnya kita ikuti sebagai umat Muhammad yang mengaku beriman kepada Yang Esa. Harga RM 18.00 .Tahun terbit Ogos 2011.
BAGAIMANA SAYA MENULIS: Proses Penciptaan Cerpen
SEBUAH lagi buku baru terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka disusun oleh Mawar Shafei dan Nisah Haji Haron ini menampilkan proses penciptaan Cerpen daripada penulis seperti Aminah Mokhtar, Faisal tehrani, Kamariah Kamaruddin, Maskiah Masrom, Muhd Nasruddin Dasuki, SM Zakir,Salina Ibrahim, Siti Jasmina Ibrahim dan ramai lagi. Buku ini wajar dimiliki oleh mereka yang berjinak-jinak untuk menulis cerpen. Pembaca akan dapat mempelajari bagaimana seseorang penulis itu mendapat idea untuk menulis cerpen. Harga buku RM 25.00 dan terbit pada Januari 2011.
SEBUAH NOVELOG: SEMENJAK KAU DATANG
Novelog Semenjak Kau Datang yang terbit pada awal Januari 2011 merupakan sebuah novelog yakni catatan perjalanan berbentuk novel yang mengisahkan bagaimana seorang gadis bernama Syahwati yang jatuh cinta dengan jejaka Lombok dan kemudian berkahwin lari. Mereka meninggalkan negara ini menggunakan jalan laut meredah ombak dan gelombang. Namun demi cinta mereka sanggup mengharungi dan sampai di Pulau Lombok. Kehidupan yang susah memaksa Hermawan suami Syahwati meninggalkan kampung dan kembali ke Malaysia untuk mencari pekerjaan. Bagaimanakah nasib Syahwati di Pulau lombok tanpa saudara mara dan tempat mengadu? Novel sarat mesej ini, diterbitkan oleh Buku Prima, berharga RM 15.90.
AKU SANGGUP WAHAI MUHAMMAD
BUKU TERBARU. Buku yang mengandungi 100 kehebatan, kemuliaan dan kebijaksanaan Rasulullah s.a.w dalam menghadapi pelbagai dugaan dari masyarakat Quraisy dan juga musuh-musuh baginda. Terdapat kisah suka duka, gembira dan pahit sepanjang hayat baginda menyebarkan agama Islam. Diterbitkan oleh Oasis Book Sdn. Bhd. Harga RM 18.00 Tebal Halaman 365. Ingin mendapatkannya boleh berhubung terus dengan Alaf 21 Sdn. Bhd.
BAHAGIAKAN HATIMU
BAHAGIAKAN HATIMU: Sebuah buku terjemahan agama daripada penulis asal Ibnu Qayyim Al-Jauziyah diterjemah ke Bahasa Melayu. Terbit pada November 2009 oleh PTS Islamika Sdn. Bhd. Buku ini lahir setelah mengikuti Bengkel Terjemahan Buku-Buku Agama di bawah bimbingan Puan Ainon Muhammad.
PUTERI INTAN SURAYA
PUTERI INTAN SURAYA: Siri Novel Klasik terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur.
SEBENING AIR MATA
SEBENING AIR MATA: Novel pertama terbitan MND Publications & Distributors, Tahun 2004. Harga RM 18.90
PURBAWISESA
PURBAWISESA: Antologi Cerpen Perseorangan diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur.
DAYANG SINDORA
DAYANG SNDORA: Novel ini diterbitkan oleh Ryhthm Publishing Sdn. Bhd. di Pulau Pinang. Tahun 2003, Tebal 356 Halaman. Harga RM 13,90.
PENGEMIS SUNGAI TIGRIS
PENGERMIS SUNGAI TIGRIS: Siri 31 Cerita Kisah Teladan terbitan PTS Islamika Sdn. Bhd. Buku ini dihasilkan setelah mengikuti Bengkel Penulisan Siri Serita Agama di bawah bimbingan Puan Ainon Muhammad.
LANGIT ANGSANA
LANGIT ANGSANA: Diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, tahun 2007. Novel ini memenangi Hadiah Saguhati Sayembara Menulis Novel Sempena Perayaan Jubli Emas DBP. Tebal 334 Halaman Harga RM 20.00.
PUTERI INTAN SURAYA
PUTERI INTAN SURAYA: Novel Siri Cerita Klasik ini diterbtkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. Buku ini adalah yang kedua dalam siri ini selepas novel SCK Perawan Dari Lembah.
CERMINAN
CERMINAN: Novel ini diterbitkan oleh Karya Bistari anak syarikat Karangkraf Sdn. Bhd. sebelum wujudnya Penerbitan Alaf 21 sdn. Bhd.
ARCA
ARCA, TERBITAN DBP, PEMENANG HADIAH KEDUA PERADUAN MENULIS NOVEL ALAF BARU 2001 TERBIT 2003. HARGA RM31.00, 420 HALAMAN. Novel mengisahkan kejatuhan seorang tokoh korporat akibat dunia perniagaan yang berliku dan akhirnya memakan diri sendiri.
INSAF KERANA KATAK
INSAF KERANA KATAK: Siri Cerita Kisah Teladan ini diterbitkan oleh PTS Islamika Sdn. Bhd. setelah mengikuti bengkel penulisan cerita-cerita agama dan Teknik Menulis Teori Surah Yusuf di bawah bimbingan Puan Ainon Muhammad.
AIR MATA PERTAMA
AIRMATA PERTAMA, PENERBIT MND PUBLICATIONS & DISTRIBUTORS, TAHUN 2005, HARGA 19.90, TEBAL 360 HALAMAN. Novel ini adalah novel kedua diterbitkan oleh syarikat sendiri selepas novel Air Mata Pertama.
SECEBIS IMPIAN
SECEBIS IMPIAN,PENERBIT CREATIVE ENTERPRISE SDN. BHD, 2003, HARGA RM 17.90, TEBAL 328 HALAMAN. Novel pertama diterbitkan penerbit Creative Enterprise. Ketika itu penrbit ini sedang galak menerbitkan novel.
SURATAN KASIH
SURATAN KASIH, ADAPTASI DARI FILEM SURATAN KASIH TERBITAN NR PUBLICATIONS, 1996, HARGA 8.90,125 HALAMAN. Kejayaan mengadaptasi novel SEMBILU, membuatkan penerbit filem Suratan Kasih meminta supaya novel dengan judul yang sama ditulis menjadi novel sebagai sebahagian strategi promosi.
SEMBILU
SEMBILU, ADAPTASI DARI FILEM SEMBILU, PENERBIT NR PUBLICATIONS. Novel ditulis berdasarkan skrip filem terbitan Skop Production milik Datuk Yusuf Haslam. Hasil perbincangan dengan Datuk Yusuf Haslam, novel ini dapat diterbitkan dan dilancarkan di FINAS, Hulu Klang.
MENJALA IMPIAN
MENJALA IMPIAN, PENERBIT RHTHM PUBLISHING,2001 /HARGA 7.90, 165 HALAMAN. Novel ini pernah terbengkalai penulisannya. Mula ditulis pada tahun 1981 dan hanya dapat disiapkan dan terbit pada tahun 1991. Ketika itu penggunaan komputer mula digunakan. Akibat komputer rosak, tulisan yang tersimpan dalam HD hilang. Mujur sebahagiannya sempat di 'print'.
MEI HUA
MEI HUA, PENERBIT BAHAGIAN HAL EHWAL ISLAM, JPN, 1995. HADIAH SAGUHATI SAYEMBARA MENULIS NOVEL REMAJA BERUNSUR ISLAM, HARGA RM 10.00, 177 HALAMAN. Novel ini telah diadaptasi menjadi Panggung RTM dengan tajuk PANAS BARA dan memenangi Teleplay Terbaik Anugerah Seri Angkasa 1996.
PERAWAN DARI LEMBAH
PERAWAN DARI LEMBAH: Diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. Novel dipadankan dari sebuah cerita klasik.
MAWAR SHAFIQ
MAWAR SHAFIQ: Novel ini diterbitkan oleh Rhythm Publishing Sdn. Bhd, di Pulau Pinang tahun 1994.
KUDIAM HATIMU SELAMA
KUDIAM HATIMU SELAMA: Novel cinta ini diterbitkan oleh Tempo Publishing Sdn. Bhd. Petaling Jaya tahun 1993.
HIJAU KASIHNYA
HIJAU KASIHNYA: Novel ini memenangi tempat kedua Peraduan Menulis Novel Kanak-Kanak berunsurkan alam sekitar anjuran Utusn Melayu (M) Sdn. Bhd. dan Jabatan Alam Sekitar, Kemetrian Sains Teknologi dan Alam Sekitar tahun 1993
MENGUKIR IMPIAN
Novel ini diterbitkan Marwilis Publisher & Distributors tahun 1991 ketika menjadi Editor dan Pegawai Perhubungan Awam syarikat berkenaan.
DI ANTARA NOVEL YANG TELAH DITERBITKAN
GERIMIS MASIH DI PIPI TERBITAN MASTIKA PUBLISHER, 1985. Inilah novel pertama yang ditulis. Novel ini menjadi pendorong untuk menulis novel yang terkemudiannya.
0 ulasan:
Catat Ulasan