Sabtu, 18 Disember 2010

SATU MANUSKRIP UNTUK SATU PENERBIT

BOLEHKAH menghantar satu manuskrip yang sama ke penerbit yang berlainan pada masa yang sama?

Jawabnya. Tidak boleh. Sama ada anda seorang penulis baru atau penulis yag sudah lama menulis, ada baiknya diambil perhatian perkara ini. Satu manuskrip novel hanya boleh dihantar kepada sebuah penerbit sahaja pada masa yang sama.

Anda boleh menghantar menuskrip yang sama kepada penerbit lain sekiranya penerbit yang pertama menolak novel anda itu. Tetapi jika ada belum ada hitam putih mengenai penolakkan, sila daptkan kepastian daripada penerbit pertama jika anda berhasrat untuk menghantar kepada penebrit lain setelah anda berasakan terlalu lama menunggu untuk diterbitkan.

Perbuatan menghantar satu manuskrip yang sama kepada dua atau tiga penerbit juga pada masa yang sama, adalah perbuatan penulis yang tidka sabar untuk mencipta nama. Akibat perbuatan yang tidak bertanggungjawab, akan menyebabkan nama penulis berkenaan disenaraihitamkan.

Saya pernah menemui kes yang seperti ini semasa menjadi editor sebuah penerbitan. Seorang penulis yang ada nama melakukan perbuatan seperti ini tanpa memberitahu terlebih dahulu penerbit pertama sedangkan pada masa yang sama itu novel itu dalam proses untuk diterbit.

Mujur juga editor pada penerbit yang satu lagi ada memberitahu saya, penulis yang dimaksudkan itu ada menghantar manuskrip yang sama dengan penerbit lain. Bayangkanlah jika manuskrip novel yang sama , ditulis oleh penulis yang sama, terbit dalam masa yang sama?

Akhirnya manuskrip berkenaan terpaksa dikeluarkan daripada senarai novel yang akan diterbitlkan. Perbuatan ini merugikan penulis sendiri.

Bagaimanapun penulis boleh menghantar manuskrip yang berlainan kepada beberapa penerbit yang berlainan dan cerita juga berlainan. Itu pun jika penulis novel berkenaan bukan tertakluk kepada syarat-syarat hanya menulis novel untuk sesebuah syarikat penerbitan sahaja.

Penulis perlu menjaga nama baik sendiri supaya hasil tulisan kita tidak dipertikaikan oleh penerbit akibat kesabaran mahu mencipta nama dalam masa yang singkat.

4 ulasan:

Mus'ab Manan berkata...

assalamu'alaikum,
saya telah mengikuti blog saudara yang bayak faedahnya. Soalan saya adalah, bolehkah selepas manuskrip telah diterbitkan oleh satu penerbit, kemudian kita hantar pula untuk diterbitkan oleh penerbit yang lain? adakah kita perlu membatalkan dulu kontrak dengan penerbit yang sebelumya? Bagaimanakah caranya? sekian sahaja, terima kasih. =)

Unknown berkata...

Sesebuah manuskrip novel yang telah diterbiatkan oleh penerbit A, manuskrip berkenaan tidka boleh dihantar ke penerbit lain. Saya mencadangkan supaya sdra. menghantar manuskrip lain ke penerbit berkenaan. Sekiranya manuskrip novel sdra. ditolak oleh penerbit A, pada ketika itu bolehlah sdra. menghantar manuskrip itu ke penerbit lain. tetapi jika manuskrip novel itu maish di tangan penerbit dan tiada kata putus sama ada mahu diterbitkan atau tidak oleh kerana terlalu, sila hubungi penerbit berkenaan untuk bertanyakan status manuskrip sdra. itu.