SETIAP pembaca ada masalah masing-masing. Kita pun
tidak tahu apa masalah mereka. Yang penting mereka ada masalah dan kita sebagai
penulis cuba selesaikan masalah mereka. Ya, mereka beli buku dengan harapan masalah
mereka dapat diselesaikan.
Contoh. Setiap orang ada hutang. Tidak kira sama ada
hutang dengan manusia atau hutang dengan Allah SWT. Kalau berhutang dengan
manusia sudah pasti mereka mahu mencari buku, bagaimana untuk selesaikan hutang
dengan manusia.
Tulislah buku bagaimana mahu menyelesaikan masalah
mereka. Tunjukkan cara bagaimana mahu selesaikan hutang, sama ada mahu
berjimat, menabung atau menjalankan perniagaan secara ‘online’ atau
kecil-kecilan. Niatkan sebahagian hasil keuntungan ditabung untuk selesaikan
hutang.
Yakin atau tidak jika ini diamalkan lama kelamaan hutang
dapat dilangsaikan?
Jika berhutang dengan Allah SWT pula, bagaimana hendak
lunaskan? Contohnya tertunggak solat fardu. Bagaimana hendak lunaskan? Berikan
panduan bagaimana hendak selesaikan masalah ini. Boleh rujuk dengan ustaz
berpengalaman, tulis buku mengenai perkara ini.
Jika hutang tidak bersedekah, berzakat dan sebagainya
menyebabkan rezeki sempit, ajarkan bagaimana mahu memperolehi kelancaran
rezeki. Banyak cara untuk melancarkan rezeki dalam Islam. Beri panduan dan
amalkan apa yang disarankan oleh agama.
Gaya penyampaian pula, jangan pula terlalu menyalahkan
pembaca sehingga semua ini berlaku. Semua orang ada buat silap. Perbetulkan
kesilapan dan berilah contoh-contoh orang yang telah berjaya melunaskan dua
jenis hutang ini.
Jika sedang hadapi dua masalah ini, apabila terbit buku
seperti ini, yakin atau tidak kita mampu selesaikan masalah mereka? Walaupun
tidak serratus peratus selesai, sekurang-kurangnya kita sudah beri panduan
penyelesaian.
Selebihnya mereka kena ikut panduan yang betul.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan