BLOG sudah ada, ebook sudah diiklankan supaya
pembaca dapat tahu ebook kita. Macam mana pula pembeli nak bayar? Untuk
permulaan gunakan cara yang mudah sebab kita masih ‘bodoh’ lagi. Sertakan no.
akaun bank di blog. Terangkan macam mana nak bayar.
Kalau tak mahu sertakan no. akaun bank, takut banyak masalah timbul. Minta pembeli whatApps sahaja. Dalam WhatApss itu kita sertakan no. Akaun bank.
Kalau tak mahu sertakan no. akaun bank, takut banyak masalah timbul. Minta pembeli whatApps sahaja. Dalam WhatApss itu kita sertakan no. Akaun bank.
Sekarang dah mudah.
Jika ada Maybank2U gunakan kemudahan itu. Mereka yang sudah buat bayaran,
otomatik butiran pembelian akan masuk ke emel kita. Cek emel dan pastikan
bayaran dah buat.
Dalam blog juga minta
sertakan alamat emel untuk mudahkan kita hantar
ebook. Ebook dihantar melalui emel. Sudah hantar, minta pembeli
download. Pembeli boleh baca terus di komputer atau laptop, boeh juga baca di
handphone.
Mereka juga boleh
‘print’ dan baca semula bila ada masa. Nampak macam mudah tetapi agak rumit
tetapi itu hanya mula-mula sahaja, selepas itu semuanya akan menjadi mudah.
Setelah kejayaan menghasilkan
ebook pertama, barulah timbul pula untuk menulis ebook yang ada kaitan dengan
ebook pertama iaitu 50 TIP MENULIS NOVEL. Caranya semua sama dengan cara ebook
pertama, siap terus pamerkan di blog.
Kemudian lahirkan pula
ebook ketiga, PANDUAN MENULIS NOVEL – Berdasarkan Kisah Benar.
Sehingga kini tiga
ebook itu masih lagi dijual dan permintaan sentiasa ada.
Dalam keadaan ekonomi
sekarang yang merudum, ebook masih lagi dijual dan promosi mesti dilakukan dari
masa ke masa.
Di luar sana, ramai lagi yang minat menulis novel, mereka sentiasa mahu mendapatkan
maklumat, tiga ebook ini akan memberikan penyelesaian.
Bersambung…
Tiada ulasan:
Catat Ulasan