Apabila disebut pembaca
sekarang ialah pembaca yang baru lepasan sekolah menengah, peringkat kolej atau
universiti. Jiwa muda mereka sememangnya tidak suka disuruh, diajak itu dan
ini. Tetapi apabila diajak, mereka boleh bertoleransi.
Contohnya dalam
pemilihan bahan bacaan. Mereka sudah tentu tidak suka buku-buku yang berbentuk ‘mengajar.’
Sebagai penulis, kita perlu faham dan menulis yang bukan berbentuk mengajar
tetapi lebih kepada ‘mengajak.’
Mengajak atau memandu ke
arah kebaikan, satu cara mendekatkan diri kepada minat membaca. Tanyalah kepada
anak-anak kita, apabila kita suruh atau perintah buat itu atau ini, mereka
berat untuk melakukan. Jika melakukan sekalipun bukan dengan kerelaan tetapi terpaksa.
Tetapi apabila kita
ajak ke satu-satu tempat, mereka tanpa berfikir panjang. Apa lagi jika tempat itu memberikan hiburan tetapi jika di
ajak ke tempat-tempat yang menambahkan ilmu, mereka mungkin agak keberatan.
Apa yang penting di
sini ialah kemahuan. Apabila sudah ada kemahuan, boleh diselitkan sedikit demi
sedikit ilmu pengetahuan kepada mereka. Mereka tidak boleh diteruskan dengan
memberikan ilmu tetapi dengan cara mendadak.
Sebagai penulis,
gunakan cara yang bijak, menggunakan teknik atau gaya menulis yang mengarah
kepada ‘mengajak’ bukan ‘memerintah’ , ‘menyuruh’ dan seumpamanya.
Inilah bezanya pembaca dahulu dan pembaca sekarang. mereka hidup pada zaman semua maklumat di hujung jari. Kadang-kadang pembaca ini lebih bijak daripada penulis sebab itulah mereka tidak suka diajar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan