BILA kita sudah ada
blog untuk menjual ebook, bukan bermakna kita akan berhenti di situ sahaja.
Kita tidak boleh duduk diam menunggu 'buah turun dari langit.'
Dari masa ke masa kita perlu buat promosi. Selain buat promosi, kita juga perlu tulis entri dalam blog hampir setiap minggu supaya tidak nampak blog kita seperti rumah yang ditinggalkan penghuni.
Dari masa ke masa kita perlu buat promosi. Selain buat promosi, kita juga perlu tulis entri dalam blog hampir setiap minggu supaya tidak nampak blog kita seperti rumah yang ditinggalkan penghuni.
Maksud blog seperti
rumah ditinggalkan penghuni ialah blog yang dua tiga bulan sekali baru ditulis
entri. Kalau boleh biar setiap minggu ada entri baru supaya pengunjung blog
tidak bosan menatap entri yang sama setiap minggu.
Hendak menulis entri
setiap minggu kadang-kadang jadi masalah juga bila tiada idea apa nak tulis. Mempunyai
blog wajib ada idea untuk ditulis. Untuk itu penulis harus banyak mencari
maklumat mengenai apa yang hendak ditulis dan ada kaitan dengan ebook yang
dihasilkan.
Sebenarnya dalam dunia
penulisan novel, walaupun nampak mudah tetapi banyak perkara remeh yang ramai
tidak tahu. Contohnya:
1. Masih
ramai tidak tahu format menulis yang betul menggunakan Microsoft Word. Tidak
tahu nak guna ‘font’ apa dan berapa ‘point’ nak guna.
2. Tidak
tahu berapa ‘spacing’ nak guna. Ada yang guna ‘line spacing’ seperti 1.0, 1.15,
1.5 dan 2.0. Yang betul ialah guna ‘line spacing 2.0’ atau ‘double spacing’
atau lebih dikenali ‘jarak dua’. Ada sebab mesti guna ‘double spacing’. Dalam
entri sebelum ini ada ditulis perkara ini. Sila skrol pada laman terdahulu.
3. Tidak
tahu mengapa mesti ada ruang kosong lebih kurang 1 inci setengah di sebelah
atas, bawah, kanan dan kiri halaman kertas A4 anda. Ini juga ada diterangkan
dalam entri yang lepas.
4. Tidak
tahu bagaimana mengira jumlah perkataan. Mudah saja. Di bawah halaman laptop
anda ada tertera jumlah ‘word’ yang telah ada taipkan.
5. Tidak
tahu bagaimana mahu menulis tanda dialog
seperti (“…..”), (“…….,”) dan
banyak lagi.
6. Tidak
tahu bagaimana mahu menulis dialog dalaman (hati yang berkata-kata) dan banyak lagi.
Banyak lagi sebenarnya
perkara remeh yang jarang dipedulikan oleh mereka yang baru mencuba menulis
novel. Pemerhatian seperti ini penting kerana editor akan menilai gaya
penulisan anda sama ada anda seorang yang ‘prihatin’ terhadap perkara yang
kecil atau tidak. Jika perkara sekecil ini tidak diambil peduli bagaimana mahu
menekuni soal plot, sub plot, sudut pandangan, gaya penceritaan, klimaks dan
sebagainya?
Semua masalah ini saya
kutip dari permasalahan yang dikemukakan oleh penulis baru di dalam grup
whatApps. Ada lima atau enam grup whatApps dalam Hp saya. Ramai yang masih yang
kurang arif dalam penulisan novel.
Sedikit pengalaman ringkas di sini, sekurang-kurangnya dapat membantu mereka yang berminat menulis ebook selain menulis fizikal yang sedia ada. Sebenarnya banyak lagi tentang penulisan ebook tetapi tidak dapat diceritakan kerana ruang yang terhad.
Bagaimanapun saya akan cuba paparkan mengenai ebook dari masa ke masa sekiranya ada yang perlu diketahui oleh pembaca.
Sedikit pengalaman ringkas di sini, sekurang-kurangnya dapat membantu mereka yang berminat menulis ebook selain menulis fizikal yang sedia ada. Sebenarnya banyak lagi tentang penulisan ebook tetapi tidak dapat diceritakan kerana ruang yang terhad.
Bagaimanapun saya akan cuba paparkan mengenai ebook dari masa ke masa sekiranya ada yang perlu diketahui oleh pembaca.
Cukup setakat ini saya
ceritakan serba sedikit pengalaman menulis ebook. Sebenarnya banyak lagi
perkara-perkara yang perlu kita tahu. Tapi apa yang saya tuliskan hanyalah
perkara asas yang perlu kita tahu.
Kita boleh dapatkan
maklumat terperinci di laman-laman web yang memberikan panduan menulis ebook.
Rajin-rajinlah cari maklumat untuk tambah ilmu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan