YA, kita harus menulis
buku bukan untuk ‘syok’ sendiri! Masa menulis buku untuk syok sendiri sudah
berlalu. Sesuai dengan keadaan ekonomi sekarang (2017) orang berkira untuk
membeli suatu barangan termasuk buku.
Kita menulis buku untuk orang lain membaca bukan kita
seorang yang membaca. Jadi menulis buku tidak kira buku-buku agama, novel
seram, novel tak seram dan seumpama mesti megikut selera pembaca. Pembaca yang
keluarkan duit, mereka ada hak untuk memilih buku yang ‘kena’ dengan selera
mereka.
Menulis buku ikut selera sendiri sangat ‘bahaya’. Bahaya
jika buku itu tidak boleh dijual. Maksudnya tidak laku di pasaran. Kesannya
kepada penulis dan pihak penerbit yang menerbitkan buku itu. Jika penerbit ‘tidak mampu senyum’ dengan
prestasi jualan buku tersebut, peluang mungkin tinggal 20% untuk kita terbitkan
buku selepas ini.
Mahu atau tidak, mestu tulis buku apa yang pembaca mahu. Bukan penulis mahu. Macam mana hendak tahu apa yang pembaca mahu? Kena buat kajian rambang atau cuba prestasi jualan buku apa yang laku pada ketika ini.
Jika ada perubahan dari segi penyampaian, isi kandungan,
Bahasa dan sebagainya, penulis kena akur dengan keadaan. Penulis tidak boleh
menulis lagi ‘style’ tahun 70-an atau
80-an. Mesti ikut ‘style’ pembaca 2017.
Bukan mudah hendak paksa mereka keluarkan duit dari poket
untuk beli buku kita jika tidak kena dengan selera mereka. Penulis kena mengalah, kena ikut kehendak
pembaca 2017 dan tahun-tahun akan datang. Tulislah ikut apa yang mereka ‘syok’
jika buku kita mahu terjual laris di
pasaran.
Biarlah mereka syok dengan karya kita. Penulis boleh
tersenyum, editor pun boleh tersenyum, penulis juga boleh tersenyum kerana
royalti menulis tidak lagi ‘seciput’.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan