JIKA mahu hasil royalti
banyak, tulislah buku yang ada nilai. Maksudnya nilai di dalam buku itu. Jika
isi buku itu tidak ada nilai, siapa yang hendak beli? Hendak beli buku mesti sama dengan nilai
ringgit yang pembaca keluarkan.
Buku yang ada nilai, biar mahal orang sanggup beli.
Tetapi buku yang tidak ada nilai, murah sekalipun pembaca hanya pandang sekal
lalu. Dalam hal ini, sebelum menulis kena kaji dahulu apa kehendak pembaca masa
kini.
Oh, pembaca mahu buku yang santai dibaca. Isinya tidak
berat. Bahasa mudah difahami. Isi kandungannya sesuai dengan kehendak pembaca
dan pastikan pembaca akan berkata, “Inilah buku yang saya cari-cari selama
ini!”
Ya, pembaca sekarang bukan zaman pembaca ayah atau datuk
nenek kita dahulu. Pembaca sekarang mahu yang ringkas, padat, ada isi dan tidak
terlalu berbunga-bunga. Macam mana mereka menulis dan membaca WhatApps,
begitulah juga ringkasnya kehidupan mereka.
tetapi penulis jangan menulis ikut bahasa WhatApps.
Gunakan bahasa yang santai, Bahasa yang mereka suka, Bahasa yang dekat dengan
mereka. Yang penting jangan merosakkan bahasa. Gaya penyampaian seolah-olah
pembaca ada di sisi atau di depan mata. Bukan jauh berselindung di sebalik
tiang.
Siapa yang ada di depan dan di sisi kita? Pembaca berusia 50 tahun, 30 tahun, 20 tahun atau
belasan tahun. Bayangkan ada sekelompok remaja di dahapan kita berusia belasan
atau 20 tahun. Macam mana Bahasa yang mereka gunakan, gaya bahasa yang seperti
itu juga kita perlu tulis
Ingat ya! Bukan mudah untuk mereka selok poket, keluarkan
duit untuk beli buku yang kita tulis. Penulis mesti ad acara bagaimana dengan
perlahan-lahan mereka selok poket dan keluarkan duit dan beli buku kita.
Yang buku kita ada nilai komersil yang boleh menyebabkan
mereka membeli buku kita. Bukankah itu tujuan kita? Kita tulis buku supaya
mereka dapat beli. Mereka dapat ilmu kita dapat royalti hasil penulisan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan