TIDAK dinafikan,
apabila ekonomi lembab, banyak syarikat penerbitan mengecilkan saiz penerbitan.
Malah ada yang mengurangkan staff demi kelangsungan hayat penerbitan. Jika
sebelum ini ada penerbit yang menerbitkan 50 buku setahun tetapi akibat ekonomi
lembab, mereka mengurangkan kepada 20 buku setahun.
Akibatnya ramai penulis
tidak mendapat peluang. Manuskrip yang ada di tangan penerbit terpaksa
dipulangkan kepada penulis. Akibatnya penulis yang menerima kesannya. Penulis tidak
boleh salahkan penerbit.
Siapalah penulis jika
tiada penerbit yang mahu menerbitkan buku mereka?
Dalam hal ini, apakah
tindakan penulis? Berhenti menulis! Itu bukanlah jawapannya.
Jawapan yang tepat,
penulis mesti menulis seperti biasa. Inilah masanya penulis menumpukan untuk
menulis. Jangan menunggu ekonomi pulih semula barulah hendak menulis. Itu
salah.
Jika ikut cara orang
yang bergelumang dengan hartanah, masa ekonomi lembab inilah mereka memberi
harta dan menjualnya semula apabila ekonomi pulih. Begitu juga dengan penulis.
Masa ekonomi lembab inilah kita banyak menghasilkan karya.
Kumpulkan karya
sebanyak mungkin. Ditakdirkan ekonomi pulih semula, kita ada stok karya di
tangan. Mudahlah kita untuk menghantar manuskrip ke mana-mana penerbit.
Tetapi jika kita tidak
berkarya, kita tidak aka nada karya. Apabila ekonomi puliH semua, penerbit akan
mula mencari manuskrip. Masa inilah kita dengan mudah memberikan mansukrip yang
sudah siap. Perlu ingat, menghasilkan satu manuskrip bukan memakan sehari dua,
malah adakala berbulan-bulan.
Kepada mereka yang
menulis novel atau bukua, biar ekonomi lembab macam mana sekalipun jangan
sesekali berhenti menulis. Menulislah seperti biasa.
Kelembapan ekonomi
hanyalah bersifat sementara. Ini ujian bagi penulis. Ujian juga bagi mereka
yang mencari rezeki dalam pelbagai bidang. Ini yang dikatakan air pasang surut.
Bila air pasang, kita akan berada di atas pantai tetapi apabila air suraut,
inilah masanya untuk kita mencari hasil laut, seperti kepah, lokan, keram dan
pelbagai lagi jenis hidupan laut.
KiTa mesti ingat, dalam
kesusahan pasti ada kemudahan yang menanti. Banyakan bersabar menghadapi
kelembapan ekonomi yang banyak membawa kesan kepada rakyat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan