Jumaat, 13 Januari 2017

MUDAHKAH MENJUAL BUKU DI MEDIA SOSIAL



MENJUAL  buku tidak sama caranya dengan menjual produk kesihatan di media sosial. Tetapi strategi yang digunakan oleh mereka boleh diaplikasikan terhadap pemasaran buku.Penulis wajar untuk belajar dan mengkaji  apakah strategi yang mereka gunakan sehinggakan penjual produk kesihatan melebihi jualan di kedai-kedai biasa?

Mungkin ramai di antara kita tidak ada masa untuk mengikuti kursus atau bengkel yang diadakan mengenai pemasaran produk di media sosial. Untuk mengatasinya penulis wajar berusaha mendapatkan maklumat pengenai pemasaran ini melalui internet. Dapatkan maklumat sebanyak mungkin dan dapat subscribe daripada pengendali bengkel seperti ini di website mereka.

Ada orang kata, mudah saja jual buku di facebook. Letak saja gambar buku, cerita sedikit isi kandungan, letak harga dan sesiapa yang berminat boleh terus PM. Hakikatnya tidak semudah itu. Dalam facebook sahaja sudah bermacam-macam iklan.

Bermula dari jualan tudung, pakaian kanak-kanak, produk kesihatan, jam tangan, kasut, sehinggalah kepada ubat peransang seks, semua ada dilambakkan di situ. Bagaimanakah mereka yang melayari media sosial ini akan tertarik untuk membeli pelbagai produk ini?

Paling malang jika pengguna laman sosial ini hanya memandang sepi iklan yang terpapar. Sudah berhar-hari iklan terpapar tetapi hanya sebilangan kecil yang berminat membeli. Jika ini berlaku semangat penulis untuk memasarkan buku ini akan luntur.

Sebenarnya kalau kita rajin melayari internet  dan mencari maklumat mengenai bagaimana cara untuk memasarkan produk di media social, kita akan ditemukan dengan pelbagai laman web yang memasarkan produk di laman sosial.

Bacalah panduan itu dan cuba terapkan.Mudah-mudahan usaha yang sedikit demi sedikit itu akan membuahkan hasil.Belajarlah dari pengalaman  mereka yang berjaya memasarkan  buku di laman sosial.
           



Tiada ulasan: