Ahad, 20 Disember 2009

SEDIAKAN JADUAL MENULIS NOVEL

SEBAGAI seorang yang sudah mengambil keputusan untuk menghasilkan sebuah novel, adakah sdra. mempunyai masa untuk menulis? Saya yakin, sdra. mempunyai masa untuk menulis sebagaimana sdra. mempunyai masa untuk menonton tv, membeli-belah, bersiar-siar dan sebagainya.

Sdra. tidak perlukan masa berjam-jam untuk menulis. Cukuplah sdra. peruntukan masa sejam atau dua jam untuk menulis dalam masa sehari. Jika sdra. hanya ada masa pada waktu malam untuk menulis, menulis lebih awal, mungkin sdra. ada masa tiga jam untuk menulis. Katakanlah sdra. mula menghadap komputer pada jam 9.00 malam dan berakhir pada jam 12.00 malam.

Jika masa yang sama sdra. kekalkan setiap hari untuk menulis, tidak mustahil sdra. boleh menyiapkan sebuah novel yang tebalnya sekitar 300 halaman dalam masa sebulan. Ini bermakna sdra. dapat menyiapkan satu bab setiap malam yang panjangnya kira-kira 8 – 10 halaman kertas A4.

Sebagaimana pelajar sekolah mengikut jadual setiap hari, menulis novel juga perlu mengikut dan mematuhi jadual yang disediakan untuk menjamin kelancaran menulis novel siap dalam masa yang ditetapkan. Untuk tujuan ini, sdra. mesti konsisten memperuntukkan masa untuk menulis. Saya yakin, sdra. boleh menjadi penulis novel yang cemerlang.

Bagaimanapun semua ini bergantung kepada sdra. menguruskan masa menulis. Di dalam ebook Cara Mudah Menulis Masa ada dijelaskan bagaimana anda menguruskan masa supaya novel yang sdra. hasilkan dapat disiapkan dalam masa yang ditetapkan.

Kebanyakan penulis yang sudah banyak menghasilkan novel, menggunakan masa yang ada dengan sebaik-baiknya. Jika mentargetkan mahu menyiapkan sebuah novel dalam masa sebulan, mereka sudah membuat perancangan dan menepati jadual yang disediakan.

Menulis novel, harus memaksa diri untuk menghadap komputer setiap hari. Buang jauh-jauh sifat-sifat negatif yang mengatakan menulis hanya membuang masa dan tidak berfaedah.

Tiada ulasan: