TERNYATA
ingin menjadi penulis yang berjaya, perlu memiliki dua perkara keramat yang mesti diamalkan. Yang pertama
ialah rajin melakukan latihan. Apa yang dimaksudkan melakukan latihan ialah
latihan menulis novel. Seringkali melakukan latihan akan membiasakan diri kita lancar
dengan hal-hal penulisan.
Ia ibarat membeli sebilah parang
baru. Sekali asah mungkin tajamnya hanya untuk seketika tetapi jika diasah
setiap hari, lama kelamaan parang akan menjadi tajam. Sebab itulah ada
peribahasa menyebut ‘belakang parang kalau diasah lagikan tajam.’ Maksudnya belakang
parang yang jarang kita gunakan, jika diasah hari-hari, akhirnya akan tajam juga. Inikan pula jika bahagian
depan parang sudah tentu lebih tajam.
Soalnya, mesti diasah hari-hari.
Bukan hendak diguna, baru hendak diasah. Begitu juga dengan menulis novel.
Biarpun kita belum berjaya menghasilkan novel tetapi jika kita hari membuat
latihan menulis, lama kelamaan novel akan siap juga. Itulah juga yang dilakukan
oleh para penulis yang hebat sebelum ini.
Hal ini sama juga dengan pelajar yang
selalu membuat latihan, akhirnya akan cemerlang dalam peperiksaan berbanding
dengan pelajar yang malas membuat latihan.
Sebagai contoh pencipta telefon Alanxander Graham Bell. Beliau banyak melakukan eksperimen sehinggalah bentuk sejak asal dicipta sehinggakan sekarang ini dapat dilihat dalam pelbagai bentuk. Telefon yang asal, direka oleh generasi selepasnya sehingga generasi sekarang ini. Hasilnya kita dapat lihat bentuk telefon yang dahulunya menggunakan wayar, sekarang ini hanya menggunakan gelombang yang boleh dibawa ke mana-mana.
Samalah juga halnya dengan menulis novel. Jika orang lain mampu menghasilkan novel yang mampu memikat pembaca kerana seringnya membuat latihan dan menghasilkan novel, akhirnya hasil tulisannya sentiasa ada sesuatu yang baru dan segar.
Penulis yang berjaya
dan hebat banyak mempergunakan waktu hidupnya semata-mata untuk menulis dan
hasilnya mereka menikmati apa yang mereka kerjakan. Sanggupkah anda melakukan
apa yang disarankan di atas? Jika sanggup, yakinlah satu ketika nanti anda akan
menjadi penulis yang hebat.
1 ulasan:
Insya-Allah! terima kasih atas perkongsian.
Catat Ulasan