Isnin, 15 Disember 2014
CARA MENDAPATKAN SEMANGAT MENULIS
ORANG yang tidak ada waktu untuk membaca, sudah tentu tidak ada masa hendak menulis. Manakala orang yang hendak menulis perlu banyak membaca. Banyak membaca ibarat pokok yang sentiasa disirami air dan sentiasa segar. Lama kelamaan pokok akan membesar, berbunga dan berbuah. Buah itu pula akan dinikmati oleh orang lain.
Begitu jugalah dengan menulis novel. Mula-mula kita membaca. Kemudian ikta berminat menulis. Kemudian berjaya pula menghaslkan sebuah novel. Apabila banyak membaca, akan banyaklah hasil tulisan nanti. Apabila tidak banyak membaca, tidaklah banyak hasil tulsannya. Setuju atau tidak dengan kenyataan ini? Apabila banyak membaca, akan lahir banyak idea-idea baru.
Apabila ada idea untuk menulis, akan lahirlah semangat untuk menulis. Apabila semangat sudah ada, anda akan rajin pula membaca untuk mendapatkan bahan rujukan menulis. Hasil tulisan yang baik banyak mengandungi fakta bukan imaginasi semata-mata.
Hasil tulisan yang baik akan menyebabkan novel mendapat tempat di hati pembaca. Ini bermakna hasil tulisan anda tidak dipandang sepi oleh pembaca. Apabila ramai memperkatakan novel anda, anda akan rasa jerih payah menghasilkan novel sangat dihargai.
Apabila novel menjadi ‘best seller’ akan akan berasakan nikmat dari royalti yang diperolehi. Yakinlah semangat menulis akan terus membaca apabila keringat anda dihargai oleh pembaca dan mendapat royalti hasil idea anda.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan