Jumaat, 21 September 2012

TIGA NOVEL DALAM SATU


MENGIKUT kebiasaan, sebuah novel ditulis oleh seorang penulis. Tetapi ada juga sebuah novel dengan judul yang sama ditulis oleh dua atau tiga orang  penulis. Bagaimanapun  novel seumpama ini jarang kedapatan di pasaran. Bagaimanapun sejak kebelakangan ini sudah ada penerbit yang menerbitkan tiga novel dalam sebuah buku dan ditulis oleh tiga penulis berlainan dan ceritanya juga berlainan.
          
Ini satu perkambangan menarik yang perlu juga diambil perhatian supaya teknik penulisan novel mengalami pembaharuan. Pembaharuan yang dimaksudkan ialah pembaharuan seperti yang dinyatakan di atas.

Bagi  mereka yang pertama kali mencuba menghasilkan sebuah novel  mungkin mengalami masalah apabila diminta menulis novel sehingga 500 sehingga 600 halaman. Mereka yang tidak biasa sudah tentu menghadapi kesulitan. Apakah yang ditulis di dalam novel itu tambahan pulaanda  baru mencuba menulis novel?

Jika rajin perhatikan sekarang sudah ada kecenderungan sesetengah penebit menerbitkan novel  setebal begitu tetapi ditulis oleh tiga  penulis yang berlainan. Maksudnya dalam satu buku setebal enam ratus terdapat tiga novel yang berlainan tajuk dan penulis. Mungkin boleh dikatakan tiga dalam satu.

Untuk tujuan ini, seorang penulis perlu menghasilkan sebuah novel yang mempunyai halaman kira-kira 200 lebih. Mungkin bagi penulis baru,menulis novel setebal 200 halaman tidak menjadi masalah. Sebagai langkah permulaan untuk menulis novel teknik ini boleh direalisasikan. Penerbit yang menerbitkan novel 3 dalam 1 ini pasti sudah mengkaji kehendak pasaran sebelum menerbitkannya.

Bayangkan jika pembaca mengeluarkan RM 25.00 untuk membaca sebuah novel, tetapi dengan adanya novel 3 dalam 1 ini,pembaca dapat membaca tiga buah novel yang berlainan dengan harga RM 25.00. Kelebihan kepada pembaca dapat membaca tiga novel dalam satu  masa.

Mereka yang mempunyai kewangan yang tidak mengizinkan, ada kemungkinan memilih novel 3 dalam 1 ini kerana mempunyai  kelebihan tersendiri. Mereka dapat membaca tiga cerita di dalam satu novel.

Mereka yang ingin menulis novel 3 dalam 1 ini boleh mengintai-intai penerbit yang menerbitkan novel seperti ini. Di antara penerbit yang telah merintis penerbitan seperti ini ialah penerbitan..
           

Tiada ulasan: