BANYAK sebab mengapa ramai yang berlumba-lumba ingin
menjadi penulis novel. Pertama mereka mempunyai minat ada ada bakat menulis novel, kedua kerana ingin
mencipta nama menerusi penulisan, ketiga kerana daya tarikan novel yang menjadi
kegemaran pembaca ketika ini, keempat kerana ingin mendapatkan royalti hasil
penulisan novel, kelima ingin menjadikan novel sebagai tempat untuk meluahkan
perasaan atau apa yang terpendam di hati, keenam ingin dikenali sebagai penulis
novel dan banyak lagi sebab yang tidak dapat dituliskan di sini.
Apa yang
pasti, hanya mereka sahaja yang tahu apakah
niat mereka menulis novel. Ditambah pula dengan bilangan penerbit novel
yang bertambah, secara tidak langsung peluang untuk penulis menerbitkan
manuskrip mereka terbuka luas. Jika kita rajin ke kedai buku, mungkin lebih
daripada 20 judul novel diterbitkan setiap bulan yang diterbitkan oleh pelbagai
syarikat penerbitan.
Jumlah novel yang terbit setiap bulan ini akan
menyebabkan pesaingan semakin sengit untuk menarik peminat novel membeli novel
mereka. Mereka yang masih baru dan belum mempunyai nama mungkin akan tenggelam
di tengah-tengah kehangatan penulis yang sudah melahirkan novel sebelum ini.
Bagaimanapun
jangan dijadikan alasan ini untuk kurang menulis atau memetahkan semangat.
Penulis yang ingin Berjaya seharusnya tidak gusar dengan fenomena ini. Jika
karya anda baik, sudah tentu akan menjadi rebutan peminat novel. Jika novel
pertama tidak Berjaya, jangan patah semangat, tulis dan tulislah semampu nya
sehingga nama anda sebaris dengan
penulis lain di rak-rak buku.
Sebenarnya
banyak faktor yang menyebabkan novel anda meledak di pasaran, selain anda sudah
mempunyai nama yang kukuh, cerita yang dipaparkan, promosi novel berkenaan,
penerbit yang menerbitkan dan banyak lagi. Penulis juga wajar mempunyai blog
sendiri untuk memasarkan novelnya sendiri dan tidak bergantung semata-mata kepada
penerbit dan pengedar.
Tidak
terujakah anda jika novel anda mencatat jualan sehingga 20 ke 30 ribu naskah?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan