JIKA anda berminat untuk menghasilkan novel ‘thriller’,
jangan lupa perhatikan cirri-ciri yang sepatutnya ada dalam novel
berkenaan. Di antara cici-ciri yang
sepatutnya ada ialah:
MISTERI
Misteri seolah-olah sudah menjadi
satu kewajipan dalam novel corak sedemikian kerana misteri seolah-olah satu
pancing untuk menarik pembaca mengikuti kisah selanjutnya. Banyak perkara yang
boleh menimbulkan misteri seperti pembunuhan, penculikan, rompakan dan
sebagainya. Bagaimanapun dalam kisah thriller tidak semestinya berlaku pembunuhan, apa yang penting
bagaimana penulis mengolah kisah misteri itu.
SUSPEN
Unsur ini juga wajib ada. Tanpa
suspen ia tidak akan menjadi misteri. Boleh dikatakan setiap peristiwa yang
dipaparkan akan menimbulkan tanda tanya. Tanda tanya inilah yang akan disimpan oleh penulis dan untuk mengetahui jawapannya,
pembaca mesti meneruskan pembacaan sehingga akhir.
TEKNIK PENCERITAAN YANG PANTAS
Membaca novel thriller seolah-olah
kita sedang menonton kisah seram atau thriller seperti yang disiarkan di kaca
tv, ada music seram tetapi pantras dan bukan mendayu-dayu. Oleh itu jalan
penceritaan juga mesti pantas, ayat tidak terlalu panjang. Kadan-kadang pendek
tetapi padat dan penuh mesej. Tempoh penceritaan tidak lama sehingga
bertahun-tahun tetapi tempohnya singkat. Mungkin sehari semalaman atau beberapa
jam sahaja.
Jika anda ada bakat untuk menulis novel sedemikian, cubalah untuk menulis novel triller seperti itu kerana tidak ramai penulis yang mampu berbuat demikian. Apa kata anda cabar diri anda sendiri.
Jika anda ada bakat untuk menulis novel sedemikian, cubalah untuk menulis novel triller seperti itu kerana tidak ramai penulis yang mampu berbuat demikian. Apa kata anda cabar diri anda sendiri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan