DALAM keghairahan menjadi penulis novel yang
mahu cepat dikenali, kita seringkali diabaikan dengan beberapa faktor. Di
antara faktor yang sering terabai ialah terdedah dengan risiko tidak menerima
royalti. Lazimnya bagi penulis yang baru mencuba-cuba untuk menulis novel,
royalti bukanlah yang diutamakan tetapi yang penting dapat diterbitkan dan ke
mana-mana kedai buku, novel anda ada terselit di celah-celah novel-novel lain.
Terdapat sesetengah menerbitkan
mengambil kesempatan kecetekan pengetahuan penulis mengenai bayaran
royalti menyebabkan sesetengah tidak
mendapat apa-apa bayaran daripada penerbit walaupun novel mereka sudah berada
di pasaran. Oleh itu, pastikan sebelum menghantar manuskrip kaji dulu latar
belakang penerbit supaya anda tidak mudah ditipu.
Setakat ini hanya terdapat segelintir penerbit novel yang berkala membayar royalti kepada penulis, di antara penerbit novel yang bernaung di bawah Grup Buku Karangkraf Sdn. Bhd. seperti ALAF 21, PRIMA BUKU dan KARYA BESTARI. Grup Buku Karangkraf membayar royalti empat bulan sekali atau tiga kali setahun.
Bagaimanapun tidak semua penulis
mampu tertumpu kepada ALAF 21 atau PRIMA BUKU kerana terpaksa menunggu giliran
kerana banyaknya manuskrip yang sedang menunggu. Bagi mereka yang tidak sanggup
menunggu terpaksa mencari penerbit lain asalkan novel mereka dapat diterbitkan.
Oleh kerana itu ramai juga calun novelis terpaksa berpusat kepada penerbit yang baru belajar menerbitkan novel kerana mereka kurang manuskrip dan peluang untuk novel diterbitkan lebih cerah. Tetapi mereka terpaksa menanggung risiko tidak dibayar royalti kerana penerbit berkenaan juga tidak pasti sama ada novel merea boleh dijual atau tidak kerana tidak ada nama.
Oleh kerana itu ramai juga calun novelis terpaksa berpusat kepada penerbit yang baru belajar menerbitkan novel kerana mereka kurang manuskrip dan peluang untuk novel diterbitkan lebih cerah. Tetapi mereka terpaksa menanggung risiko tidak dibayar royalti kerana penerbit berkenaan juga tidak pasti sama ada novel merea boleh dijual atau tidak kerana tidak ada nama.
Untuk mengatasi tidak dibayar
royalti, penulis diberi pilihan supaya menjual manuskrip secara ‘lumpsum’
(menjual manuskrip) dengan harga yang dipersetujui. Bagi penulis yang mahukan
wang dengan cepat mahu tidak mahu terpaksalah menjual manuskrip berkenaan
daripada tidak menerima royalti langsung.
Begitulah nasib penulis…
Tiada ulasan:
Catat Ulasan