BAGAIMANAKAH perasaan anda
sebagai penulis novel, apabila manuskrip novel ditolak oleh penerbit sedangkan
anda sudah mengirimkan keseluruhan manuskrip itu melalui emel atau secara pos.
Jika dipos biasa, kemungkinan anda boleh meminta penerbit memulangkan manuskrip
itu.
Tetapi bagaimana jika anda
mengirimkan melalui emel? Sebagai penulis baru, tidak salah jika anda berasa
curiga atau bimbang jika novel itu di ‘copy’ semula oleh penerbit dan kemudian
diterbitkan dengan nama orang lain.
Bagaimanapun sebagai penulis
yang sudah lama menceburi bidang ini, saya berharap sangat penerbit tidak
melakukan perbuatan seperti ini dan fahamilah jerih payah penulis menghasilkan
novel yang memerlukan banyak masa dan tenaga.
Untuk mengatasi perkara
seperti ini, saya menasihatkan mereka yang baru menulis hanya perlu menulis
synopsis dan dua tiga bab awal novel berkenaan sekiranya mahu menghantarkan
manuskrip ke mana-mana penerbit.
Sebelum mengirimkan
manuskrip novel sama ada secara bertaip atau melalui emel, pastikan dahulu anda
menghubungi editor penerbit terlebih dahulu dan berbincanglah bagaimana yang
sepatutnya mengirimkan manuskrip novel anda itu.
Mengikut kebiasaan, anda
boleh mengirimkan manuskrip novel yang bertaip kepada penerbit. Sekiranya pihak
penerbit sudah bersetuju untuk menerbitkan setelah melalui proses penilaian,
kebiasaan pihak penerbit akan meminta penulis mengirimkan manuskrip novel
secara email untuk memudahkan proses “type setting” , ‘Lay-Out’ dan sebagainya.
Penulis yang baru berjinak-jinak menulis novel dan
ingin mengirimkan manuskrip kepada mana-mana penerbit harus waspada dengan
perkara ini walaupun ia jarang berlaku tetapi kebimbangan tetap ada kerana
menulis novel memerlukan komitment yang tinggi.
Bayangkanlah berbulan-bulan
anda menghasilkan sebuah novel, apabila dihantar ke penerbit, manuskrip ditolak
tetapi beberapa bulan kemudian mansukrip
anda itu diterbitkan tetapi dengan nama orang lain. Tidakkah anda berasa
kecewa.
Untuk memastikan novel anda
diterbitkan, sila ikuti bengkel-bengkel yang diadakan oleh penerbit kerana
dengan cara ini anda boleh bertanya terus kepada pihak penebit, apakah kreteria
yang diperlukan sebelum menghasilkan novel bagi mengelakkan kejadian seperti
ini berlaku.
1 ulasan:
pada 20 Disember 2011,saya menghantar secara email 3 bab awal, 3 bab tengah dan 3 bab akhir kepada satu penerbit itu dan pada 27 disember 2011, saya menerima email daripada penerbit (sudah pasti stafnya) yg meminta saya menghantar manuskrip penuh lalu saya pun berbuat demikian. 27 mac baru-baru ini, genap 3 bulan manuskrip itu saya kirimkan jadi saya pun menghubungi pihak penerbitan dan mereka memberitahu,manuskrip saya dalam bacaan kali ke-2..dan jawapan akan diberi pada minggu depannya iaitu minggu lepas..tp setakat ini blm ada makluman apa2 lagi..perlukah saya menghubungi mereka lagi?
Catat Ulasan