Ahad, 11 Mac 2012

TUGAS PENULIS HASILKAN YANG TERBAIK



DARIPADA  emel-emel yang saya terima, nampaknya masih ramai di antara mereka yang berminat menulis novel tidak tahu secara jelas perkara-perkara asas untuk menghasilkan novel. Perkara asas yang saya maksudkan ialah bagaimana menulis novel tetapi cara menghasilkan novel seperti cara menaip, huruf taip apa yang perlu digunakan, panjang halaman setiap bab dan berapa jumlah halaman kertas saiz a4 yang diperlukan bagi sesebuah novel.

Saya sebenarnya sudah menerangkan perkara-perkara seperti ini dalam entri-entri yang lepas. Sila rujuk satu persatu, anda pasti temui masalah-masalah yang anda hadapi itu.

Lambakan novel-novel baru di pasaran setiap bulan, sebenarnya satu persaingan yang sihat kepada mereka yang ingin menceburi karier ini. Justeru para penerbit berlumba-lumba mencari penulis yang novelnya boleh mencatatkan jualan tertinggi. Di dalam banyak-banyak novel sudah tentu amar sukar untuk mencari yang mana satukah novel yang bermutu.

Sehubungan itu sebagai penulis, menghasilkan karya yang baik dan bermutu kemudian diterbitkan pula oleh penerbit yang sudah ada nama sudah tentulah menjadi impian. Tambahan pula kemunculan novel baru anda itu mendapat perhatian di majalah, facebook dan sebagainya.

Tidak ada sesiapa yang tahu, bagaimananakah nasib novel anda apabila berada di tengah-tengah pasaran dan bersaing pula dengan lambakan novel baru oleh penerbit-penerbit lain. Justeru itu tidak hairanlah akan lahir pelbagai-bagai nama penulis dengan pelbagai nama pena menghiasi kulit novel.

Terdapat penggemar novel hanya mahu membeli novel daripada hasil penulis yang sudah ada nama dan diketahui corak ceritanya dan ada pula yang hanya membeli novel yang diterbitkan oleh penerbit tertentu sahaja kerana sudah diketahui umum, banyak novel yang diterbitkan sudah dicetak ulang beberapa kali.

Dalam hal ini terpulanglah kepada pembaca untuk mendapatkan yang mana satukah novel yang menarik ceritanya. Tugas penulis novel sudah tentu menghasilkan yang terbaik kerana jika jualan novel melonjak, namanya penulis juga akan turut melonjak dan membina nama dalam penulisan bukan memakan masa sehari dua. Anda mesti terus menghasilkan novel tidak kira sama ada novel itu mendapat jualan yang baik atau tidak.

Janganlah hendaknya selepas lahir novel pertama, anda berhenti menulis kerena komitmen rumahtangga dan sebagainya walaupun ada kalanya mereka yang lahir menjadi penulis novel setelah hidup berumahtangga.  

Tiada ulasan: