Ahad, 11 Mac 2012

ASAM GARAM MENJADI PENULIS



MASUK tahun ini bermakna sudah 36 tahun saya mengabdi diri kepada bidang penulsan. Tempoh yang lama dan panjang itu sudah tentu banyak pengalaman pahit dan manis saya tempuhi terutamanya di dalam bidang penulisan. Bagaimanapun semua pengalaman itu menjadi sempadan dan iktibar kepada saya sehingga kini.
          
Pengalaman manuskrip ditolak oleh penerbit bukanlah perkara asing malah saya pernah menjaga manuskrip pertama itu ke beberapa penebit tetapi tidak berhasil diterbitkan kepada ketika itu nama dalam bidang penulisan masih hijau, kata orang.

            Mungkin penerbit tidak yakin dengan hasil tulisan  penulis baru seperti saya pada ketika itu. Bagaimanapun penolakkan novel itu bukan bermakna saya kecewa dan tidak mahu menulis lagi. Saya masih meneruskan menulis novel yang lain pula walaupun tiada satu pun novel diterbitkan.

            Setelah dua atau tiga buah mansukrip diterbitlkan, barulah ada penerbit yang mahu menerbitkan. Ketika itu tidak dapat dibayangkan betapa gembiranya hati seolah-olah mahu melompat setinggi langit. Walaupun sudah diterbitkan, tiada satu sen pun mendapat bayaran.

            Ketika itu, bayaran seolah-olah bukan yang utama tetapi yang penting novel dapat diterbitkan. Apabila novel sudah diterbitkan, tiada siapa yang tahu novel dibayar atau tidak kerana ia di antara penulis dengan penerbit. Jika dibayar pun hanya sekadar RM 200 – RM 300 dengan menjual manuskrip. Jika dicetak ulang kali, penerbit yang untung dan penulis menggigit jari. 

      Walaupun begitu semangat untuk terus menulis masih membara. Tanpa memperdulikan soal bayaran, lahirlah satu demi satu novel dari pelbagai jenis penerbitan, ada yang membayar dan ada yang langsung tidak membayar apa-apa. Proses  seperti ini saya ibaratkan proses ‘mengukir nama’.
         
Semangat mengukir nama terus membara dengan menyertai sayembara penulisan novel. Ini sekadar mahu menguji kemampuan.  Orang lain saya tidak tahu, pertama kali menyertai sayembara novel saya mendapat tempat ketiga, kemudian menyertai lagi dan mendapat tempat kedua, dan beberapa hadia saguhati yang lain, hanya tempat pertama sahaja saya belum nikmati.

            Namun di dalam banyak-banyak novel yang terbit itu, rasanya hanya beberapa buah saja yang dicetak ulang sedangkan yang lain tidak diketahui statusnya. Saya nekad untuk tidak menulis novel lagi setelah novel terakhir ‘ Semenjak Kau Datang” diterbitkan oleh Prima Buku.

           Akhirnya saya mengambil keputusan untuk menulis buku-buku bercorak keagamaan kerana pasarannya cukup bagus. Contohnya buku 100 Pesanan Terakhir yang diterbitkan oleh Karya Bestari sudah masuk cetakan ketiga walaupun belum setahun berada di pasaran dan kini termasuk di antara buku terlaris dan ‘best seller’. Mungkin ini anugerah akibat kesabaran sepanjang menjadi penulis…Syukur Alhamdulillah.
           
Mereka yang ingin mendapatkan buku ini boleh memesan terus dari saya atau sms kepada saya di talian:  013-3635560.   

Tiada ulasan: