TERBITNYA novel pertama
‘Gerimis Masih Di Pipi’ walaupun tidak dapat bayaran (masa itu fasal bayaran
tak penting, yang penting novel dapat diterbitkan) ia secara tidak langsung
memberikan semangat untuk menulis novel seterusnya.
Siapa yang tak rasa
bangga bila novel dapat dijual di kedai-kedai buku? Selepas novel pertama, lahirlah
novel-novel seterusnya. Judul-judul novel saya sila lihat di sebelah kanan blog ini. Ada
novel yang dibayar dan ada novel yang langsung tak dibayar dan ada novel yang
dijual ‘lumpsum.”
Sedar tak sedar, masa
itu sudah lebih 10 novel diterbitkan.
Macam mana nak ‘test
market’ kita boleh pergi jauh dengan menulis novel? Masa itu mentor saya
penulis novel remaja tersohor Khairuddin Ayip. Sekarang dia tak tulis novel
lagi tetapi banyak tulis buku-buku rujukan untuk pelajar UPSR, PT3 dan SPM.
Diaa sudah pergi jauh
ke depan tinggalkan saya. Saya nak kejar, tapi belum tercapai lagi. Dia yang
cadangkan saya sertai sayembara menulis novel.
Saya beranikan diri masuk sayembara menulis
novel. Sayembara pertama yang saya sertai
ialah Peraduan Menulis Novel Ramaja
Berunsurkan Islam anjuran Jabatan Perdana Menteri, Bahagian Hal Ehwal Islam.
Dalam sayembara itu
novel saya mendapat hadiah Sagu hati berjudul “Mei Hua.’ Berdasarkan novel itu
juga saya adaptasikan ke sebuah skrip Panggung Drama TV RTM dengan nama “Panas
Bara.” Sekali lagi tuah memihak kepada saya apabila skrip Panggung RTM saya itu
memenangi Anugerah Seri Angkasa kategori teleplay terbaik tahun 1987.
Bermula dari situ, saya
mula dapat tawaran untuk menulis skrip drama TV. Beberapa buah skrip yang
dihantar kepada produser/penerbit ada yang disiarkan dan ada yang senyap begitu
sahaja. Lama kelamaan minat saya menulis skrip drama tv berkurangan walaupun
saya boleh menghasilkan skrip drama tv.
Itulah, kadang-kadang
kita tak boleh tamak dalam semua perkara.
Saya hanya tumpukan
kepada menulis novel. Ketika itu penulisan novel dimonopoli oleh penulis
lelaki. Hanya beberapa orang sahaja penulis perempuan, tapi yang ramai penulis
lelaki. Kemudian saya mencuba menulis novel untuk sayembara menulis novel
berunsurkan Alam Sekitar anjuran Jabatan Alam Sekitar.
Kali ini tuah memihak
kepada saya apabila novel berjudul “Hijau Kasihnya” mendapat tempat dua.
Sebelum itu saya juga ikut sayembara menulis drama pentas tetapi nampaknya tuah
saya tidak ada di situ. Saya teruskan menulis novel. Beberapa buah novel saya
ada diterbitkan oleh DBP dan penerbit lain.
Selepas itu saya sertai
sayembara menulis novel sempena Alaf
Baru anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka. Tuah juga memihak kepada saya apabila
novel saya berjudul ,’Arca’ mendapat hadiah Kedua dan mendapat hadiah RM 20.00.
Tidak berhenti di situ,
saya juga masuk sayembara menulis novel Sempena 50 tahun DBP, anjuran Dewan
Bahasa dan Pustaka. Novel saya berjudul ‘Langit Angsana’ mendapat hadiah sagu hati.
Cita-cita saya ingin mendapat hadiah utama dalam sayembara novel tidak
kesampaian apabila saya tidak memasuki mana-mana sayembara selepas itu dan
itulah novel kedua terakhir saya.
Kenapa saya tidak
menulis novel lagi selepas itu? Tunggu..
Bersambung…
Tiada ulasan:
Catat Ulasan