Isnin, 23 Januari 2017

PENGALAMAN MENULIS EBOOK (3)




BLOG  sudah ada, ebook sudah diiklankan supaya pembaca dapat tahu ebook kita. Macam mana pula pembeli nak bayar? Untuk permulaan gunakan cara yang mudah sebab kita masih ‘bodoh’ lagi. Sertakan no. akaun bank di blog. Terangkan macam mana nak bayar. 

Kalau tak mahu sertakan no. akaun bank, takut banyak masalah timbul. Minta pembeli whatApps sahaja. Dalam WhatApss itu kita sertakan no. Akaun bank. 

Sekarang dah mudah. Jika ada Maybank2U gunakan kemudahan itu. Mereka yang sudah buat bayaran, otomatik butiran pembelian akan masuk ke emel kita. Cek emel dan pastikan bayaran dah buat.

Dalam blog juga minta sertakan alamat emel untuk mudahkan kita hantar  ebook. Ebook dihantar melalui emel. Sudah hantar, minta pembeli download. Pembeli boleh baca terus di komputer atau laptop, boeh juga baca di handphone.

Mereka juga boleh ‘print’ dan baca semula bila ada masa. Nampak macam mudah tetapi agak rumit tetapi itu hanya mula-mula sahaja, selepas itu semuanya akan menjadi mudah.

Setelah kejayaan menghasilkan  ebook pertama, barulah timbul pula untuk menulis ebook yang ada kaitan dengan ebook pertama iaitu 50 TIP MENULIS NOVEL. Caranya semua sama dengan cara ebook pertama, siap terus pamerkan di blog.

Kemudian lahirkan pula ebook ketiga, PANDUAN MENULIS NOVEL – Berdasarkan Kisah Benar.

Sehingga kini tiga ebook itu masih lagi dijual dan permintaan sentiasa ada.

Dalam keadaan ekonomi sekarang yang merudum, ebook masih lagi dijual dan promosi mesti dilakukan dari masa ke masa.

Di luar sana, ramai lagi yang minat menulis novel, mereka sentiasa mahu mendapatkan maklumat, tiga ebook ini akan memberikan penyelesaian.

Bersambung…

PENGALAMAN MENULIS EBOOK (4)



BILA kita sudah ada blog untuk menjual ebook, bukan bermakna kita akan berhenti di situ sahaja. Kita tidak boleh duduk diam menunggu 'buah turun dari langit.'

Dari masa ke masa kita perlu buat promosi. Selain buat promosi, kita juga perlu tulis entri dalam blog hampir setiap minggu supaya tidak nampak  blog kita seperti rumah yang ditinggalkan penghuni.

Maksud blog seperti rumah ditinggalkan penghuni ialah blog yang dua tiga bulan sekali baru ditulis entri. Kalau boleh biar setiap minggu ada entri baru supaya pengunjung blog tidak bosan menatap entri yang sama setiap minggu.

Hendak menulis entri setiap minggu kadang-kadang jadi masalah juga bila tiada idea apa nak tulis. Mempunyai blog wajib ada idea untuk ditulis. Untuk itu penulis harus banyak mencari maklumat mengenai apa yang hendak ditulis dan ada kaitan dengan ebook yang dihasilkan.

Sebenarnya dalam dunia penulisan novel, walaupun nampak mudah tetapi banyak perkara remeh yang ramai tidak tahu. Contohnya:

1.       Masih ramai tidak tahu format menulis yang betul menggunakan Microsoft Word. Tidak tahu nak guna ‘font’ apa dan berapa ‘point’ nak guna.

2.       Tidak tahu berapa ‘spacing’ nak guna. Ada yang guna ‘line spacing’ seperti 1.0, 1.15, 1.5 dan 2.0. Yang betul ialah guna ‘line spacing 2.0’ atau ‘double spacing’ atau lebih dikenali ‘jarak dua’. Ada sebab mesti guna ‘double spacing’. Dalam entri sebelum ini ada ditulis perkara ini. Sila skrol pada laman terdahulu.

3.       Tidak tahu mengapa mesti ada ruang kosong lebih kurang 1 inci setengah di sebelah atas, bawah, kanan dan kiri halaman kertas A4 anda. Ini juga ada diterangkan dalam entri yang lepas.

4.       Tidak tahu bagaimana mengira jumlah perkataan. Mudah saja. Di bawah halaman laptop anda ada tertera jumlah ‘word’ yang telah ada taipkan.

5.       Tidak tahu bagaimana mahu menulis tanda dialog  seperti  (“…..”), (“…….,”) dan banyak lagi.

6.       Tidak tahu bagaimana mahu menulis dialog dalaman (hati yang berkata-kata) dan banyak lagi.

Banyak lagi sebenarnya perkara remeh yang jarang dipedulikan oleh mereka yang baru mencuba menulis novel. Pemerhatian seperti ini penting kerana editor akan menilai gaya penulisan anda sama ada anda seorang yang ‘prihatin’ terhadap perkara yang kecil atau tidak. Jika perkara sekecil ini tidak diambil peduli bagaimana mahu menekuni soal plot, sub plot, sudut pandangan, gaya penceritaan, klimaks dan sebagainya?

Semua masalah ini saya kutip dari permasalahan yang dikemukakan oleh penulis baru di dalam grup whatApps. Ada lima atau enam grup whatApps dalam Hp saya. Ramai yang masih yang kurang arif dalam penulisan novel.

Sedikit pengalaman ringkas di sini, sekurang-kurangnya dapat membantu mereka yang berminat menulis ebook selain menulis fizikal yang sedia ada. Sebenarnya banyak lagi tentang penulisan ebook tetapi tidak dapat diceritakan kerana ruang yang terhad.

Bagaimanapun saya akan cuba paparkan mengenai ebook dari masa ke masa sekiranya ada yang perlu diketahui oleh pembaca. 

Cukup setakat ini saya ceritakan serba sedikit pengalaman menulis ebook. Sebenarnya banyak lagi perkara-perkara yang perlu kita tahu. Tapi apa yang saya tuliskan hanyalah perkara asas yang perlu kita tahu.

Kita boleh dapatkan maklumat terperinci di laman-laman web yang memberikan panduan menulis ebook. Rajin-rajinlah cari maklumat untuk tambah ilmu.

Isnin, 16 Januari 2017

TIGA EBOOK HANYA RM 50.00!




MANA  hendak dapat tiga ebook dengan harga RM 50.00?

Jika buku fizikal sekalipun, tidak  mungkin akan dapat! 

Tapi saya yakin dapat capaikan impian anda untuk dapatkan 

tiga ebook dengan  harga RM 50.00.

Tiga ebook itu ialah:

CARA MUDAH MENULIS NOVEL
(Harga asal RM 40.00)

50 TIP MENULIS NOVEL
(Harga asal RM 30.00)

PANDUAN MENULIS NOVEL
BERDASARKAN KISAH BENAR
(Harga asal RM 20.00)
   
Tiga ebook berkenaan jika harga biasa berjumlah RM 90.00 tetapi untuk empat bulan ini 

saya menjualnya dengan harga pakej RM 50.00. Jimat RM 40.00

Tawaran ini dibuka mulai awal Januari 2017 sehingga 30 April 2017.

Selama empat bulan saya jual ebook berpakej ini dengan harga RM 50.00 sahaja.

Jangan lepaskan peluang ini! Selepas 1 Mei, harga ebook ini akan kembali ke harga asal.

Mereka yang berimat segera WhastApp kepada saya segera

 ke No. Telefon: 013-3635560 dengan menuliskan EBOOK HARGA PAKEJ.

Saya akan jelaskan bagaimanakah kaedah bayaran dan pengiriman ebook ini.



JANGAN LEPASKAN PELUANG!