SETIAP konflik yang dicetuskan mestilah kuat, bukan
konflik remeh temeh. Apabila konflik kuat, cara penyelesaiannya juga mesti kuat
dan logik. Apa yang dimaksudkan konflik yang lemah ialah konflik yang tidak
mencabar untuk diselesaikan.
Sebagai
contoh kes anak Ahmad dan Bakar yang saling jatuh cinta dan mahu berkahwin.
Penyelesaian yang lemah ialah membenarfkan mereka berkahwin dan ahmad serta
Bakar melupakan kisah lama. Selesailah konflik.
Penyelesaikan
yang kuat ialah apabila Ahmad menentang anak perempuannya berkahwin dengan anak
lelaki Bakar. Ahmad akan melakukan apa sahaja asalkan anaknya tidak jadi
berkahwin dengan anak Bakar.
Begitu
juga dengan Bakar yang berusaha untuk memisahkan anaknya berkahwin dengan anak
Ahmad. Bakar pula sudah menyediakan seorang gadis yang sesuai untuk dijodohkan
dengan anaknya.
Konflik
demi konflik demi konflik terus tercetus. Konflik di antara Ahmad dengan Bakar,
Ahmad dengan anaknya, Ahmad dengan isterinya. Bakar dengan anaknya, konflik
Bakar dengan isterinya dan anak Ahmad dengan anak Bakar juga turut berkonflik.
Bgeotulah
cerita akan terus berkembang pada lamdasan konflik yang dibina dengan binaan
yang kuat dan kukuh. Cara penyelesainya juga memerlukan ketelitian dana mat
mencabar.
Mungkin
pada akhir cerita setelah melalui pelbagai konflik, anak Ahmad dan anak Bakar
akhirnya berkahwin atau Ahmad dan Bakar berpatah arang dan berkerat rotan.
Mereka menghalang perkahwinan anak-anak
mereka.
Itu
terpulangkan kepada pengarang mencari solusinya. Sebenarnya konflik seperti ini
boleh dipanjangkan sekiranya novel tidak cukup tebal. Untuk memanjangkannya,
pengarang harus bijak memasukkan banyak plot.
Bagi
memastikan konflik yang kuat, dialog yang digunakan juga mesti kuat, ada isi
dan bukan dialog yang remeh seperti betanya khabar, sudah makan atau belum atau
dialog-dialog yang tidak bermakna atau nilai.
Dialog
juga mesti menjurus kepada pokok persoalan konflik. Jika konflik mengenai
keretakkan rumahtangga, dialog mesti ada kaitan dengan perihal rumahtangga
sahaja.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan