Khamis, 26 Mei 2016

100 AMALAN SUNNAH RASULULLAH



SYUKUR ALHAMDULILLAH, sempena Pesta Buku Antarabangsa KUALA LUMPUR 2016 yang berlangsung pada 28 April sehingga 10 Mei lalu di MAEPS, penerbit buku Karangkraf melalui anak syarikatnya Karya Bestari telah melancarkan 20 buku terbaru terbitannya.

Salah satu buku yang turut dilancarkan ialah 100 AMALAN SUNNAH RASULLLAH. Buku kelima tulisan saya ini telah dilancarkan oleh Mufti Wilayah Perseketuan, Sahibus Samahah Datuk Zulkifli al-Bakri. 

Tidak dinafikan ramai di antara kita yang kurang arif yang mana satukah yang menjadi Sunnah Rasulullah dan yang mana bukan Sunnah Rasulullah SAW. Buku ini menampilkan 100 Amalan Sunnah daripada beribu-ribu Sunnah rasulullah yang lain.

Kenapa memilih 100 Sunnah? Apa yang ditampilkan di dalam buku ini ialah amalan Sunnah Rasulullah yang sering kita lakukan. Dalam kehidupan kita sehari-hari banyak perkara dfan perbuatan yang kita lakukan. Sayangnya kita tidak tahu apa yang kita lakukan itu Sunnah Rasulullah SAW.

Dalam buku ini ada diterangkan 100 Sunnah Rasulullah SAW yang hamper dengan kehidupan kita sehari-hari. Apakah Sunnah-Sunnah  Rasulullah SAW ini? Ada baikya dapatkab buku yang berharga RM 30.00 dengan gaya penyampaian yang menarik, ringkas tetapi padat.

Buku 100 Amalan Sunnah Rasulullah SAW ini memberi panduan kepada kita untuk mengamalkan sunnah Rasulullah SAW tanpa mengira masa dan tempat.


Andai tidak mampu mengamalkan semua amalan sunnah Nabi SAW, jangan pula terus meninggalkannya. Ayuh, kita jadikan sunnah Rasululullah ini sebagai sahabat sepanjang zaman!

Antara kandungan menarik:
● Banyak bersedekah melapangkan rezeki
● Solat Tahajud: Menguji ketaatan insan
● Banyakkan beristighfar dan berselawat
● Sebarkan salam tambah kemesraan
● Berbakti kepada anak-anak yatim
● Makan jangan sampai kenyang
● Mengutip makanan yang jatuh
● Berdoa ketika angin bertiup
● Mentahnik bayi baru lahir
● Tidak mencela makanan


Tiada ulasan: