Selasa, 25 November 2014

TETAPKAN MASA SIAPKAN NOVEL




OLEH kerana menghasilkan sesebuah novel mengambil masa yang panjang, sememangnya banyak masa digunakan untuk menyiapkannnya. Bagaimanapun untuk menyiapkan sesebuah novel seseorang penulis perlu menetapkan  atau jangkaan masa seperti sebualan dua bulan atau tiga bulan.
            Untuk memudahkan penulis menepati masa menyiapkan sesebuah novel. Panduan ini mungkin berguna, supaya penulis dapat menyiapkan dalam masa yang ditetapkan.
1.Mencari bahan-bahan atau idea menulis.
2. Sesudah mendapatkan bahan, sila kembangkan menjasi sebuah sinopsis.
3. Siap sinopsis, kembangkan menjadi rangka. Maksudnya bab pertama, apakah cerita yang hendak ditulis, kemudian bab kedua dan seterusnya sehinggalah ke bab terakhir.
4. Mulakan menulis bab pertama. Siap bab pertama teruskan kepada bab kedua san seterusnya sehingga akhir.
5. Jangan berhenti menulis selagi  novel belum siap. Jika berhenti akan menyebabkan novel terbengkalai.
CONTOH YANG MUDAH
1.    Bahan-bahan atau Idea misalnya mengenai kes buli di sekolah menengah.
Dapatkan bahan-bahan melalui keratan akhbar, majalah, kajian dan sebagainya. Misalnya mengapa ia berlaku. Langkah-langkah mencegah dan penyelesaiannya. Wujudkan satu watak yang kena buli, watak-watak yang membuli, watak yang simpati dan watak-watak lain yang ada kaitan dengan kisah ini.
2.. Sinopsis
Alif seorang pelajar pendiam. Bapanya sudah meninggal dunia dan tinggal bersama ibunya yang hidup serba sukar. Pelajaranya bagus dan disujai guru-guru dan seorang pelajar perempuan simpati dengan hidupnya. Seorang pelajar lelaki lain cemburu melihat pelajar perempuan itu sering memantu Alif.
            Zack pelajar yang cemburu, seorang anak orang berada. Dia menggunakan ‘kemewahan’ untuk  mempengaruhi rakan-rakannya untuk membuli Alif.  Zack merancang untuk melakukan sesuatu kepada Alif tetapi rancangannya diketahui lebih awal oleh pelajar perempuan yang simpati dengan Aliff.
            (Teruskan sinopsis kisah ini sehingga selesai)
3.Menulis rangka.
BAB 1.
Alif sedang makan di kantin berseorangan, kemudian didatangi Irma, gadis pelajar yang simpati dengan hidupnya.  Zack yang turut berada di kantin berasa tercabar apabila, pelajar yang diminati  menjadi teman baik Alif. Zack menghampiri bersama-sama dengan dua rakannya.  Zack memberi amaran supaya tidak berbaik-baik dengan Irma.
BAB 2
Zack kehilangan kunci motosikal. Dia menuduh Alif menyembunyikannya. Alif  menafikan tetapi Zack tetap menuduh dan mengancam Alif mahu melakukan sesuatu terhadapnya.  Alif bimbang, dia mengadukan perkara itu kepada guru disiplin.
BAB 3
(Teruskan menulis kisah seterusnya sehinggalah selesai)
4. Mulakan menulis bab satu
Contoh:
SEBAIK sahaja loceng rehat berbunyi, Alif melangkah keluar dari kelas menuju ke kantin.  Dia membawa bungkusan nasi lemak yang dibuat ibunya serta bekas berisi air masak. Sampai di kantin, dia mencari meja paling belakang.  Suasana di kantin riuh rendah dengan pelajar yang menyerbu makanan yang dijual.
            Alif tidak memperdulikan keriuhan itu sebaliknya terus duduk di bangku panjang yang boleh memuatkan empat orang. Sebaik sahaja duduk, tercegat seorang gadis di hadapannya.  (Teruskan babak ini sehingga akhir bab 1).
5. Teruskan menulis setiap bab, jika boleh biar panjang setiap bab – sama. Jika 10 halaman, buatlah 10 halaman setiap bab. 



Selasa, 18 November 2014

PAKEJ ISTIMEWA BELI 2 EBOOK, PERCUMA SATU: HANYA RM 50.00



SEMPENA menjelang akhir tahun 2014, saya menawarkan jualan pakej istimewa dua ebook saya,

CARA MUDAH MENULIS NOVEL (CMMN) yang berharga RM 40.00 dan 50 TIP MENULIS NOVEL

 (50TMN) RM 20.00 kepada harga istimewa hanya RM 50.00 sahaja untuk kedua-dua buah ebook

berkenaan dan setiap pembelian akan mendapat sebuah ebook percuma berjudul PANDUAN MENULIS NOVEL BERDASARKAN KISAH BENAR.


            Kepada mereka yang ingin menghasilkan novel, jangan lepaskan peluang ini. Sila buat pesanan segera.   Pembayaran kedua-dua ebook ini boleh dilakukan dengan cara bank in ke akaun saya:
            MUHD NASRUDDIN DASUKI
            AKAUN MAY BANK : 162115976283
            CIMB : 1227-0002240-20-7     



             Pembeli boleh mengirimkan butiran pembelian ke emel: mnasd_326@yahoo.com atau sms  atau WhatsApp ke HP 013-3635560.

KETAHUILAH RAHSIA DIMURAHKAN REZEKI



MEMANDANGKAN sambutan hangat terhadap ebook saya MEMANCING REZEKI DENGAN SEDEKAH,  dan ramai yang meminta supaya ebook itu dibukukan, akhirnya impian tersebut berjaya dilaksanakan. Buku JAMINAN REZEKI DENGAN SEDEKAH merupakan tranformasi daripada ebook Memancing Rezeki Dengan Sedekah.

               Buku berkenaan telah pun berada di pasaran sejak sebulan lalu dan dijual  dengan harga RM 36.00, diterbitkan oleh Penerbitan Tibbuna.  Buku berkenaan dicetak dalam edisi istimewa di mana banyak gambar-gambar berkaitan dengan isi kandungannya dan sudah pasti wajar dimiliki oleh mereka yang berhajat dimurahkan rezeki.

             Miliki, baca dan amalkan apa yang terkandung di dalam buku berkenaan yang bercorak motivasi Islamik, ditulis dalam gaya bahasa santai dan mudah difahami. 


            Buku JAMINAN REZEKI DENGAN SEDEKAH, tulisan terbaru saya mengupas bagaimana mahu mencari rezeki dengan cara yang mudah dan dianjurkan oleh agama. Insya-ALLAH jika anda mengamalkan apa yang saya tuliskan dan sedia berubah, rezeki yang sempit akan dilapangkan oleh ALLAH.

            Di dalam buku ini mengandungi 80 rencana bagaimana mahu mendapatkan rezeki dan bagaimana dengan hanya bersedekah, rezeki setiap orang akan melimpah ruah. Saya tidak menjamin selepas anda memiliki buku  ini rezeki anda yang sempit akan menjadi murah, tetapi tidak mustahil setelah membaca buku ini, anda sedia berubah dan mengikuti apa yang dianjurkan olehbuku
ini, rezeki anda secara perlahan-lahan akan berubah dan rezeki anda bertambah.

             Kepada mereka yang ingin berminat mendapatkan buku ini, sila buat pesanan segera dengan membuat pembayaran RM 40.00 termasuk belanja pos.  Pembayaran  boleh dilakukan dengan cara bank in ke akaun saya.






              Berikut adalah butiran akaun bank saya:
              MUHD NASRUDDIN DASUKI
              Akaun MAYBANK  :   162115976283
              Akaun CIMB BANK  :  1277-0002240-207       

             Pembeli boleh mengirimkan butiran pembelian ke emel: mnasd_326@yahoo.com atau sms  atau WhatsApp ke HP 013-3635560.