PADA 7 Mei 2011, saya berpeluang menghadiri pertemuan penulis yang dianjurkan oleh Grup Buku Karangkraf di Auditorium Syarikat Kumpulan Karangkraf. Di bawah Grup Buku Karangkraf terdapat tiga anak syarikat penerbit Karangkraf, iaitu Alaf 21, Prima Buku, Karya Bistari yang kesemuanya menerbitkan pelbagai jenis buku bermula dari novel, buku kanak- buku agama, buku resepi, buku motivasi dan banyak lagi.
Menurut Puan Sri Diah selaku Pengurus Besar Grup Buku Karangkaf, banyak peluang untuk berkarya boleh disalurkan ke mana-mana penerbitan yang bersesuaian.
Pertemuan yang dihadiri kira-kira 200 penulis yang telah menghasilkan buku dengan Grup Buku Karangkraf diadakan untuk mendedahkan kepada penulis mengenai peluang-peluang menulis yang disediakan oleh Grup Buku Karangkaf.
Kepada mereka yang sedang menghasilkan novel dan sedang memilih penerbit mana yang hendak menerbitkan, mulai sekarang boleh meninjau peluang menghasilkan novel dengan Prima Buku.
Prima Buku memberi peluang kepada penulis baru yang sedang menghasilkan novel untuk diterbitkan. Kepada mereka yang sudah siap mansukrip novel, sila berhubung dengan editor Prima Buku atau Encik Ali untuk menyerahkan mansukrip mereka.
Sebenarnya banyak lagi peluang untuk berkarya dengan Grup Buku Karangkraf. Mereka yang berminat boleh menghubungi mana mana editor GBK, antaranya: Siti Aisyah Hussain 019-2614355, Norfilzah Wahidon 019-3386885, Shahida Md Kassim 019-5165961 dan Siti Zarina Hussin 017-8892262.
Isnin, 9 Mei 2011
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)


0 ulasan:
Catat Ulasan